Kursus Insentif Pengurusan Jenazah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2014
Kursus Insentif Pengurusan Jenazah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2014
26~27 Mei 2014 (Isnin dan Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Hospital Putrajaya telah menganjurkan Kursus Insentif Pengurusan Jenazah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya .
Pengurusan jenazah bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Sekalipun ia merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam,suatu perkara yang mesti diingat bahawa mempelajarinya adalah fardhu ain. Oleh yang demikian, ilmu yang berkaitan pengurusan jenazah sangat diperlukan. Kursus selama 2 hari yang dihadiri oleh 45 peserta yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Hospital Putrajaya ini ternyata mendapat sambutan menggalakkan sehingga ada permintaan supaya ia dilaksanakan lagi untuk siri berikutnya. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang konsep pengurusan jenazah dalam Islam di samping memberi bimbingan dalam melaksanakan pengurusan jenazah secara praktikal Sesi ceramah dan teori telah disampaikan oleh Komander Maritim Nik Kamaruddin Bin Yunoh, Pen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia manakala sesi praktikal dikendalikan oleh Us. Mohd Asri Bin Him, Pembantu Hal Ehwal Islam Kanan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, dibantu oleh Ust. Nazirah Binti Abu Bakar dan Ust. Nurhafizah Binti Jamil, Penolong Pengarah, Cawangan Inovasi dan Ketamadunan, Bahagian Dakwah Jakim. Ucapan perasmian kursus ini disampaikan oleh Us. Noor Hazwan Bin Nasruddin, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Dakwah, JAWI Cawangan Putrajaya Foto dan teks oleh: Sahrin Bin Salleh JAWI Cawangan Putrajaya |
Jumlah paparan: 4968