Kursus Pengukuhan Team Building Bahagian Pengurusan Kariah 2014
Kursus Pengukuhan Team Building Bahagian Pengurusan Kariah 2014
Pengisian kursus ini menekankan kepada para peserta mengenai konsep kerja secara berpasukan, mengeratkan hubungan silaturahim, saling bantu-membantu sama ada dari segi ilmu dan tenaga, meningkatkan kemahiran komunikasi serta bijak dalam menangani konflik ketika melaksanakan tugas. Antara pengisian ceramah di dalam kursus ini ialah: i. Sesi taaruf dan Ice Breaking oleh Ustaz Hazman Bin Hashim, Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga ii. Pengurusan Konflik Di Masjid oleh Ustaz Ruslan Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut turut memberi kerjasama dalam melaksanakan aktiviti fizikal seperti: i. Water confidence ii. Latihan kemahiran menyelamat secara berpasukan iii. Jungle tracking. Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Jaafar Bin Haji Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah yang mewakili Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI. Foto Oleh: Muhamad Khairul Anwar Bin Misri Teks Oleh: Mohd Hilmee bin Umar Cawangan Pengimarahan & Takmir Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI |
Jumlah paparan: 2985