Lawatan Kerja Bahagian Pelajaran, JAWI
Lawatan Kerja Bahagian Pelajaran, JAWI
Ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Lawatan kerja ini diadakan bertujuan membincangkan penyelarasan penajaan kepada guru-guru SRA JAWI yang mengikuti Kursus Diploma Pendidikan Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Selain itu juga, lawatan ini bertujuan membincangkan hal ehwal semasa pelajar ketika mengikuti pengajian dan juga semasa dalam menjalani latihan mengajar atau praktikum di sekolah. Diharapkan dengan mekanisme ini, dapat menambah baik kerjasama dan hubungan dua hala antara JAWI dan KUIS dan secara tidak langsung dapat melahirkan guru SRA JAWI yang berkualiti. Foto dan teks oleh: Bahagian Pelajaran |
Jumlah paparan: 3022