Majlis Perhimpunan Dan Penghargaan JAWI 2014
Majlis Perhimpunan Dan Penghargaan JAWI 2014
Majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Hadir sama ialah YBhg. Tuan Haji Awang Khalid Bin Mat Ali, Pengarah Kanan (Pengurusan) JAKIM, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI, serta pegawai-pegawai kanan JAWI. Selain itu, majlis tersebut turut melakar sejarah tersendiri buat JAWI apabila jabatan ini berjaya mendapat pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) setelah lulus dengan cemerlang dalam sesi audit 5S pada 29 April lalu. Sijil 5S berkenaan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC kepada YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI yang juga merupakan Penasihat Amalan 5S JAWI. Pengiktirafan yang dicapai oleh JAWI itu secara tidak langsung membuktikan tiada perkara yang mustahil untuk diraih sekiranya ia disertai dengan usaha, komitmen serta kesungguhan dalam mencapai sesuatu. Terdahulu, Dato’ Haji Othman dalam ucapannnya turut mengingatkan semua warga JAWI dapat mengekalkan prestasi cemerlang dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik di mana kualiti perkhidmatan yang diberikan dapat dicontohi oleh agensi lain selaras dengan moto JAWI “Sentiasa Dicontohi”. Foto dan teks oleh: Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan, JAWI |
Jumlah paparan: 3311