Simposium Kepimpinan Dan Fiqh Wanita Peringkat Wilayah Persekutuan
Simposium Kepimpinan Dan Fiqh Wanita Peringkat Wilayah Persekutuan
Program ini dilaksanakan dalam bentuk Pembentangan Kertas Kerja dan telah berjaya mengupas isu-isu kewanitaan dan kepimpinan masa kini. Sesi Pembentangan Kertas Kerja telah disampaikan oleh 3 orang penceramah jemputan iaitu : Sessi 1 : " Wanita dan Kepimpinan Menurut Perspekstif Islam : Analisis Isu Semasa " oleh Ustazah Isfadiah Binti Mohd Dasuki, Penasihat Syariah dan Pengarah Sekolah Brainy Bunch. Sesi 2 : " Hukum Hakam Fiqh Wanita : Permasalahan dan Kekeliruan Masa Kini " oleh Ustazah Asmak Binti Husin Pensyarah Universiti Teknologi MARA Sessi 3 : " Aurat Muslimah : Antara Perintah, Maruah Dan Darurat " oleh Ustazah Dr Nadzhirah Binti Mohamad , Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Di antara objektif program ialah :- 1. Memupuk sikap kepimpinan serta medan percambahan dan perkongsian ilmu di kalangan wanita 2. Memberi kesedaran kepada para wanita masa kini berhubung penyelesaian masalah kewanitaan menurut syarak 3. Menjadi platform kepada para wanita memperolehi ilmu fiqh kewanitaan dan medan merapatkan ukhuwwah sesama muslimah di Wilayah Persekutuan. Foto dan teks oleh: Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan |
Jumlah paparan: 3639