Seminar Ibu Hamil Tahun 2014
Seminar Ibu Hamil Tahun 2014
Di antara pengisian program tersebut ialah Slot Ceramah 1 oleh Ybhg Ustaz Harrryanto Rizal Bin Rokman Personaliti TV dan Pendakwah Bebas dengan tajuk " Amalan menyambut kelahiran ,Antara Sunnah dan Larangan ". Bagi Slot Ceramah 2 disampaikan oleh Ybhg Dr.Noor Suhaila Binti Abu Bakar Pegawai Perubatan O & G Hospital Kuala Lumpur dengan tajuk " Penjagaan Ibu Hamil dan selepas kelahiran dari Perspektif Perubatan Moden ". Di antara Objektif Seminar tersebut ialah :- 1. Memberi kefahaman dan penghayatan mendalam kepada peserta berhubung peranan dan kewajipan suami isteri dalam membina dan melahirkan zuriat yang cemerlang bermula dari awal perkahwinan. 2. Memberi penjelasan kepada pasangan suami isteri berkaitan proses-proses kelahiran dari sudut perubatan terkini. 3. Memberikan penjelasan kepada pasangan suami isteri tentang persediaan dan persiapan yang perlu bagi menimang cahaya mata. Foto dan teks oleh: Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan |
Jumlah paparan: 2401