Pemantauan Bertema Pengurusan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (Sra)
Pemantauan Bertema Pengurusan Sekolah Rendah Agama
Pemantauan Bertema Pengurusan Kurikulum bertujuan bagi memeriksa pelaksanaan perkara berkaitan pengurusan kurikulum SRA JAWI, pengurusan panitia mata pelajaran, perancangan program peningkatan pendidikan pengajaran dan pembelajaran murid serta memastikan SRA melaksanakan semua dasar dan program pendidikan SRA dipatuhi dan dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah dikeluarkan oleh JAWI. Manakala Pemantauan Bertema Pengurusan Hal Ehwal Murid bertujuan bagi memeriksa pelaksanaan perkara berkaitan pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) SRA JAWI, pengurusan disiplin, pengurusan bimbingan dan kaunseling, kebajikan, kesihatan dan keselamatan, perancangan program peningkatan sahsiah murid. Dengan adanya mekanisme ini, JAWI mengharapkan setiap pengurusan di SRA JAWI sentiasa mempertingkatkan kualiti terutama dalam usaha mendidik murid-murid dalam bidang pembelajaran. Foto dan teks oleh: Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan |
Jumlah paparan: 4477