Operasi Cegah Maksiat Bersama Penguatkuasa Pelbagai Negeri
Operasi Cegah Maksiat Bersama Penguatkuasa Pelbagai Negeri
Serbuan telah dilakukan di beberapa buah lokasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Operasi pada malam tersebut tertumpu pada 3 Seksyen iaitu Seksyen 27, 28 dan 29 iaitu Seksyen di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 Kesalahan Khalwat, Seksyen 27 Akta 559, Kesalahan Orang Lelaki berlagak seperti perempuan Seksyen 28 dan Kesalahan Perbuatan tidak sopan di tempat Awam, Seksyen 29, Akta 559 Siri 11,12 dan 13/2014). Operasi telah bermula jam 12.00 pagi dan tamat pada jam 4.45 pagi. Pada Operasi tersebut JAWI telah berjaya menahan beberapa orang mengikut pecahan antaranya Seksyen 27, arahan hadir seramai 8 orang, Seksyen 28, seramai 9 orang dan Seksyen 29, seramai 22 orang. Foto dan teks oleh: Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan |
Jumlah paparan: 11574