Program Pemantapan Ilmu Nikah, Cerai Dan Ruju' Kepada Pendaftar Dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Ruju' Orang Islam Siri 1 2014 'Wali Dalam Pernikahan'
20 Mac 2014 (Khamis) – Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Pemantapan Ilmu Nikah, Cerai Dan Ruju' Kepada Pendaftar Dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Ruju' Orang Islam Siri 1 2014 bertempat Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam. Program ini diadakan bagi menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan nikah, cerai dan ruju’ dikalangan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam serta kakitangan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga dalam mengurus hal ehwal tersebut. Seramai 100 orang peserta turut hadir bagi mendapatkan maklumat tentang persoalan yang sering ditimbulkan oleh pelanggan sama ada melalui walk-in, telefon dan surat rasmi serta menjadi garis panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkaitan pernikahan, perceraian dan ruju’. Ceramah Siri 1 yang bertajuk ‘Wali Dalam Pernikahan’ telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Turut hadir, YBhg. Hajjah Kamariah Binti Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Dan Pembangunan Keluarga, JAWI. Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Zakaria |
Jumlah paparan: 3659