Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1435H/2014M
Seramai 28 orang peserta terpilih untuk menyertai peringkat akhir yang diadakan selama 2 hari. 15 orang mengambil bahagian dalam kategori 1 hingga 10 juzuk, 8 orang kategori juzuk 1 hingga 20 juzuk dan 5 orang kategori 1 hingga 30 juzuk. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Che Husain Bin Isa, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Peserta Johan akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 10 dan 14 Mac 2014 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor. Berikut keputusan penuh pertandingan: Tahap 1-10 Juzuk (Lelaki) Johan : Muhammad Furqan Fawwas B Salleh Sani Naib Johan : Muhammad Hanaffi B Mohamed Moner Ketiga : Muhammad Fadhil Amin B Mohd Nissham Tahap 1-10 Juzuk (Perempuan) Johan : Nor Arfah Bt Samsudin Naib Johan : Syamirah Bt Mazmi Ketiga : Hanani Izyan Bt Mohd Ramzam Tahap 1-20 Juzuk (Lelaki) Johan : Muhammad Imran B Zulzamrin Naib Johan : Tuan Mohammad Razin B Tuan Mohd Razif Ketiga : Long Muhammad Luqman B Long Zor Tahap 1-20 Juzuk (Perempuan) Johan : Putri Nur Nadia Bt Bakri Naib Johan : Hannah Farihin Bt Fadglullah Ketiga : Athirah Salihah Bt Al-Azmi Tahap 1-30 Juzuk (Lelaki) Johan : Mohd Syahid Al-Amin Bin Razali Naib Johan : Hamdani Bin Zahid Ketiga : Umair Bin Mohd Hazril Munir@Umar Tahap 1-30 Juzuk (Perempuan) Johan : Mazian Bt Abu Bakar Naib Johan : Nurul Huda Binti Zazman Foto dan teks oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI) |
Jumlah paparan: 4580