06:15
Subuh
07:50
Dhuha
13:27
Zohor
16:49
Asar
19:25
Maghrib

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Soalan Lazim Bahagian Pengurusan Masjid

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID (BPM)

1) Apakah fungsi BPM?

a) Mengurus pentadbiran masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan.
b) Menyelia keceriaan dan kebersihan masjid dan surau.
c) Menyelaras permohonan pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan masjid dan surau.
d) Menyelaras program pengimarahan dan takmir masjid dan surau.
e) Menyelaras pengurusan Tanah Perkuburan Islam.
f) Menerbitkan teks Khutbah Jumaat dan Khutbah Multimedia.
g)Memproses pelantikan dan pentauliahan Imam Ratib, Pembantu Bilal, Guru Takmir, dan ahli Jawatankuasa Masjid dan surau.
h) Menyelaras Latihan kepada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid &surau.
i) Memproses pembayaran imbuhan dan elaun kepada Imam Ratib, Pembantu Bilal, guru takmir dan ahli jawatankuasa masjid.
j) Menguruskan perasmian masjid dan lawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
k) Menyelaras bantuan kepada asnaf dengan kerjasama Institusi masjid dan surau melalui medium JAWI Food Bank.

 

2) Bagaimana ingin mendaftar surau?

Urusan permohonan untuk mendaftar surau boleh dirujuk kepada Pejabat-Pejabat Pentadbiran Zon masing-masing dengan mengisi borang yang berkaitan.
Pejabat Pentadbiran Zon akan mengadakan Lawatan Penilaian sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

 

3) Dimanakah lokasi Pejabat Pentadbiran Zon JAWI?

Zon 1 : Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara Kepong
Zon 2 : Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati KL
Zon 3 : Masjid Ash-Shafie, Taman Maluri Cheras
Zon 4 : Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
Zon 5 : Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan
Zon 6 : Masjid Ar-Rahman, Pantai Baharu Kuala Lumpur
Zon 7 : JAWI Putrajaya
Zon 8 : JAWI Labuan

 

4) Bagaimana prosedur urusan perkebumian di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS)?

a) Dapatkan Permit mengubur dari hospital atau balai polis (Sekiranya meninggal dunia di rumah atau selain hospital)
b) Permit mengubur hendaklah diserahkan ke Pejabat Pentadbiran Raudhatul Sakinah (TPIRS) bagi tujuan pendaftaran.
c) Waris atau wakil hendaklah mengisi borang permohonan pengebumian dan membuat bayaran sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
d) Jenazah hendaklah dibawa untuk dikebumikan mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pejabat TPIRS.

 

5) Bagaimana ingin memohon untuk menjadi Guru Takmir?

Iklan kekosongan Guru Takmir akan dimuat naik di media-media sosial JAWI jika terdapat kekosongan.

 

6) Bagaimana memohon menjadi imam / bilal ratib?

Permohonan menjadi imam / bilal ratib boleh dibuat terus ke masjid dan surau di kawasan masing-masing bergantung kepada kekosongan kuota yang ada.

 

7) Bagaimana memohon bantuan bakul makanan asnaf JAWI Food Bank?

Pemohon mesti hadir ke Pejabat JAWI Food Bank untuk melengkapkan borang permohonan. Pihak JAWI Food Bank akan mempertimbangkan sama ada untuk menghantar bantuan tersebut ke rumah pemohon atau kaedah-kaedah lain yang bersesuaian.

 

8) Bagaimana untuk menyalurkan aduan berkaitan masjid dan surau?

Aduan berkaitan mestilah melalui Pejabat Pentadbiran Zon untuk diselaraskan tindakan lanjut yang bersesuaian.

 

9) Bila khutbah Jumaat akan dimuat naik di Portal Web JAWI?

Khutbah Jumaat mingguan akan dimuat naik di portal JAWI selewat-lewatnya pada hari Khamis setiap minggu.

 

10) Apakah proses permohonan pembangunan/pembinaan masjid atau surau?

JK Penaja hendaklah membuat surat permohonan rasmi kepada JAWI. Setiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut :

a) Surat permohonan rasmi cadangan membina masjid atau surau
b) Surat permohonan pengesahan Jawatankuasa penaja
c) Salinan minit JK Penaja
d) Salinan hak milik /warta dan pelan akui (PA) bagi tanah / tapak berkaitan.
e) Salinan penyata bank / muka hadapan akaun bank
f) Salinan status tapak dan sijil geran pemilikan tanah
g) Salinan kertas kerja pelan pembangunan
h) Anggaran kos perolehan tapak dan pembinaan
i) Sumber kewangan dan dana pembinaan
j) Ulasan keperluan membina masjid / surau barudaripada Pejabat Pentadbiran Zon

 

avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar