- Takwim JAWI
-
PROGRAM JAULAH ILMU ZIARAH ULAMA 2017 SIRI II

JUMAAT, 8 September 2017 - Kelas Bimbingan Ilmu Fardhu Ain Pemuda Masjid Al-Hidayah menganjurkan Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama 2017 Siri II. Pada peringkat permulaan, program ini dirancang untuk menziarah Ulama-ulama dan makam orang soleh yang berada di beberapa kawasan Johor, Singapura, Melaka dan Negeri Sembilan.
Objektif Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini diadakan ialah Membawa anak muda menghayati permusafiran yang dipenuhi dengan suasana Ilmu, zikrullah dan amalan-amalan sunnah Rasulullah S.A.W. Selain itu, membawa n anak muda mengenali para Ulama dan melihat secara langsung corak kehidupan mereka seterusnya menjadikan mereka contoh tauladan dalam kehidupan. Dan Mewujudkan rasa rindu serta cinta terhadap Ilmu dan Alim Ulama’, dalam yang sama mendapatkan nasihat dan peringatan daripada mereka.
Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini bermula pada selepas asar Jumaat dan selamat pulang ke Masjid Al-Hidayah pada Sabtu jam 12.30am. Hasil daripada program ini ialah :-
Hari Pertama : Jumaat
- Bertemu dengan Syeikh Abu Zaki As-Sanggafuri di Batu Pahat, Johor seterusnya menerima nasihat-nasihat bekalan akhirat dan Ijazah pemakaian Sunnah Baginda Nabi S.A.W iaitu Rida'.Hari Kedua : Sabtu
- Menziarah perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat. Tempat dimakamkan orang Soleh iaitu Habib Ali bin Jaafar Al'ydrus. Semasa hayatnya beliau dibeberapa kali dikunjungi oleh beberapa ulama besar seperti Sayyid Muhammad b. Alawi Al Maliki Al Makki dan lain-lain.
- Berkesempatan bersama Majlis Haul Habib Ahmad Bin Abdullah Bin Hassan Al-Attas ke 25, Pengasas Majlis Zikir AsmaulHusna JB. Dan Slot Khas bersama Habib Umar Bin Ahmad Bin Abdullah Bin Hassan Al-Attas.
- Pertemuan dan Taklimat “Strategi Dakwah ARG dalam memperkukuhkan Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah di kalangan Masyarakat" bersama Ahli Sunnah Research Group Johor Bharu.
- Mengikuti Kelas Pengajian Kitab "Iktikad ASWJ" anjuran ARG Johor, bersama Kiyai Idrus Ramli (Dewan Pakar ASWJ Nahdatul Ulamak Indonesia), di Dataran Hajah Rogayah, Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini.Hari Ketiga :
- 10 orang peserta menziarah Maqam Habib Nuh Bin Muhammad Al-Habsyi & Habib Abdurrahman Al-Habsyi di Masjid Haji Soleh, Singapura. Kemudian menziarah Al-Habib Syed Hassan Bin Muhammad Al-Attas (Imam Masjid Ba’'alawi ) & Habib Ja’afar Al-Kaff (Tetamu dari Jakarta) di Masjid Ba’'alawi, Singapura.
- 5 Orang peserta mengikut “Seminar Pemahaman Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah” disampaikan oleh Kiyai Idrus Ramli (Dewan Pakar ASWJ Nahdatul Ulamak Indonesia), di Madrasah Tahfiz Al-Mustofa. Kemudian menziarah Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.Seramai 13 orang pemuda dan 2 orang remaja dari Jemaah Masjid Al-Hidayah dan sekitarnya yang menyertai Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini. Program ini mendapat sumbangan dan kerjasama daripada daripada beberapa pihak antaranyan ABS Catering, Alya Jaya Catering dan beberapa individu lagi. Masjid As-Syakirin KLCC juga turut menyumbangkan pengguna Van Komuniti Masjid bagi tujuan tersebut. In Sya Allah, Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama Siri III akan diaturkan untuk masa akan datang.
Sekian.
Disediakan oleh :
NAQIB / K.IMAM
Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. -
PROGRAM KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT SIRI 1 TAHUN 2025 TINGKATKAN KEFAHAMAN PNCR DAN PPNCR WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

29 Mei 2025 | 1 Zulhijah 1446H
Masjid Negara Kuala LumpurBahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Munakahat Siri 1 Tahun 2025 khusus untuk Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PNCR) serta Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPNCR) bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Program yang berlangsung pada 29 Mei 2025 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur, telah menghimpunkan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada PNCR dan PPNCR dari seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan, termasuk penyertaan secara dalam talian.

Bagi siri pertama ini, pihak penganjur telah menjemput YBrs. Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sebagai penceramah undangan. Beliau telah menyampaikan syarahan bertajuk “Perbahasan Talaq Menurut Mazhab Syafi‘e”, yang memberi penekanan kepada kefahaman mendalam berhubung isu-isu hukum talaq berdasarkan pandangan ulama Mazhab Syafi‘e.

Program ini diadakan bagi memperkukuh ilmu dan kefahaman para PNCR dan PPNCR terhadap hukum-hakam munakahat, di samping menyediakan ruang perbincangan secara langsung antara peserta dan penceramah. Para peserta juga berpeluang bertukar pandangan serta mengemukakan persoalan berkaitan topik yang dibincangkan.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Ia bukan sahaja membantu memperjelas sebarang kekeliruan berkaitan hukum munakahat, malah turut menjadi platform untuk menggalakkan pembelajaran berterusan dalam kalangan PNCR dan PPNCR. Ini seterusnya dapat meningkatkan kecekapan serta profesionalisme mereka dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
-
SEMINAR MADANI KASIH KE SYURGA ANGKAT MARTABAT WARGA EMAS

12 Jun 2025 | 16 Zulhijjah 1446H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), dengan kerjasama Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, telah menganjurkan Seminar Madani Kasih Ke Syurga: “Warga Emas – Kerana Dirimu Begitu Berharga” bertempat di Dewan Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Setapak, Kuala Lumpur.

Seminar ini diadakan bertujuan memperkukuh kefahaman masyarakat tentang hak dan keperluan warga emas yang perlu dipelihara demi menjamin kesejahteraan hidup mereka dari segi tanggungjawab, perancangan masa depan, kekeluargaan serta penglibatan dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Di samping itu, ia juga memberi kesedaran kepada golongan warga emas agar sentiasa menjalani kehidupan dengan rasa gembira, sihat, ceria dan penuh kesyukuran walaupun dalam arus perubahan zaman.


Seminar dimulakan dengan ceramah bertajuk “Hak Warga Emas Mengikut Perspektif Islam” yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohamad Shukeri bin Yaacob, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara. Seterusnya, sesi ceramah kedua bertajuk “Kebahagiaan dan Cabaran Warga Emas” telah disampaikan oleh YBrs. Puan Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Majlis penutupan seminar telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir ialah YBrs. Ustazah Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK serta YBrs. Ustaz Ahmad Faidhul Irfan bin Ahmad Mustaffa Kamal, Naqib/Ketua Imam mewakili Pengerusi Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah.



Seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada golongan warga emas komuniti setempat telah menghadiri seminar ini, sekali gus mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap program yang memberi fokus kepada pemerkasaan golongan emas dalam masyarakat.
BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
-
PERKONGSIAN ILMU YB MENTERI TENTANG AKTA 303 PERKASA KEFAHAMAN PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU' ORANG ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

19 Jun 2025 | 22 Zulhijjah 1446H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menganjurkan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] Siri 1 Tahun 2025 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan.
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah menghimpunkan seramai lebih 100 orang Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam (PNCR & PPNCR) dari seluruh Wilayah Persekutuan sebagai peserta utama. Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh kefahaman berhubung pelaksanaan peruntukan undang-undang di bawah Akta 303 secara lebih menyeluruh dan tersusun.
Turut hadir ke program ini Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI, Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK JAWI merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan, warga BPPK JAWI, dan pegawai serta kakitangan dari pelbagai bahagian di JAWI.

Program dimulakan dengan sesi utama iaitu pembentangan dan syarahan penuh Akta 303 dari Seksyen 62 hingga Seksyen 63 yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pengisian program disusun dalam dua sesi utama pembentangan dan diikuti dengan sesi soal jawab yang interaktif, memberi ruang kepada para peserta untuk mengemukakan persoalan serta mendapatkan penjelasan secara langsung daripada YB Menteri. Program turut diserikan dengan penyampaian tauliah pelantikan Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan kepada Pengarah JAWI yang disempurnakan penyampaiannya oleh YB Menteri, serta sesi bergambar kenangan.

JAWI komited untuk terus memperkasa integriti, kefahaman dan profesionalisme para PNCR dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sejajar dengan kehendak perundangan syariah serta aspirasi Malaysia MADANI.

BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) -
SESI TAKLIMAT SPPIM 2.0 BERSAMA PENGARAH JAWI
26 Jun 2025M | 29 Zulhijjah 1446H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan satu sesi taklimat berkaitan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) bersama Pengarah JAWI dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di JAWI Putrajaya.
Taklimat yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang ini bertujuan memberikan pendedahan lanjut kepada Pengarah JAWI berkenaan pelaksanaan serta penambahbaikan SPPIM, selaras dengan usaha pemerkasaan sistem pengurusan perkahwinan Islam yang lebih efisien dan mesra pengguna.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Rosnahni binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Antara yang turut hadir dalam sesi ini ialah Pn. Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, En. Mohd Suhaimi bin Mohd Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Putrajaya, dan beberapa pegawai kanan serta kakitangan BPPK dan JAWI Putrajaya.
Sesi ini juga membuka ruang perbincangan secara langsung antara pihak pelaksana dan kepimpinan JAWI dalam memastikan SPPIM terus relevan serta memenuhi keperluan semasa masyarakat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.Segala komitmen dan sokongan yang diberikan dalam sesi taklimat ini amat dihargai dan diharapkan dapat memacu penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan perkahwinan Islam di peringkat jabatan.BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) -
KURSUS KEMAHIRAN RUNDING CARA TAHUN 2025: ASAH KEMAHIRAN, TINGKAT ETIKA PERKHIDMATAN PEGAWAI
10-11 JULAI 2025M | 14-15 MUHARRAM 1447H (Khamis-Jumaat) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Runding Cara dan Pembangunan Keluarga Islam (RCPKI), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menganjurkan Kursus Kemahiran Runding Cara Tahun 2025 pada 10 dan 11 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, BPPK JAWI.Kursus ini disertai oleh seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan BPPK serta JAWI Putrajaya yang terlibat sebagai Pegawai Perunding Cara dan petugas Kaunter Runding Cara.
Program tahunan ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran peserta dalam menjalankan sesi khidmat nasihat dan runding cara secara profesional dan beretika. Para peserta telah diberi pendedahan berkenaan teknik kaunseling berkesan, prinsip asas kaunseling dan runding cara kekeluargaan, serta kemahiran komunikasi interpersonal. Latihan turut melibatkan simulasi dan lakonan peranan (role play) sebagai pendekatan praktikal dalam pengendalian sesi khidmat nasihat.
Slot ceramah telah disampaikan oleh dua Kaunselor Berdaftar iaitu:- YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan;
- YBrs. Puan Syahriah binti Yatim Mustafa, Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI.
Kursus ini diharap dapat memberikan impak yang menyeluruh serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan peserta dalam memberikan sokongan awal kepada masyarakat, khususnya dalam menangani pelbagai isu kekeluargaan secara berhemah, empati dan berlandaskan nilai Islam.
BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) -
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PNCR & PPNCR WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1/2025: MENGUKUHKAN MUTU PERKHIDMATAN BERLANDASKAN SYARAK DAN UNDANG-UNDANG

22 Julai 2025 | 26 Muharram 1447H (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (PNCR & PPNCR) Siri 1/2025 bertempat di Dewan Masjid Al-Akram, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.


Kursus yang berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini telah melibatkan seramai lebih dari 70 orang peserta terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Objektif utama kursus ini adalah untuk:
- Mengeratkan hubungan dan meningkatkan kerjasama antara Pendaftar dan Penolong Pendaftar dengan pihak Jabatan;
- Menyampaikan maklumat terkini berkenaan peraturan serta prosedur semasa yang berkaitan dengan urusan perkahwinan orang Islam;
- Memperkasakan kefahaman berkaitan pelaksanaan tugas mengikut hukum syarak dan peruntukan undang-undang, khususnya Akta 303 - Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.


Kursus ini telah menampilkan penceramah jemputan iaitu YBrs. Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk:
"Rukun Nikah dari Perspektif Empat Mazhab Fiqh"


Ceramah ini memberi tumpuan kepada perbezaan dan persamaan pandangan empat mazhab utama dalam Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali berkaitan rukun nikah, serta implikasinya terhadap urusan perkahwinan dalam konteks pentadbiran undang-undang keluarga Islam di Malaysia.

Pada sebelah petang, telah diadakan sesi Diskusi Isu-Isu Nikah, Cerai dan Ruju’ yang dikendalikan oleh YBrs. En. Mohammad Maliki bin Yaacob, YBrs. Pn. Nik Norliza binti Nik Kamaludin, dan YBrs. En. Mohd Nizam bin Md Nor. Ketiga-tiga mereka merupakan pegawai kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI yang juga merangkap Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Slot ini bertujuan memberi pencerahan berkaitan isu-isu semasa serta menjawab persoalan dan kemusykilan peserta berhubung urusan perkahwinan, perceraian dan rujuk berdasarkan prosedur pentadbiran dan kehendak syarak.
Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan lagi tahap profesionalisme dalam kalangan Pendaftar dan Penolong Pendaftar, sekali gus memastikan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan sentiasa cemerlang, efisien dan patuh syariah.

BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
-
LAWATAN PEMERHATIAN PERBICARAAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN MEREALISASIKAN MATLAMAT 3P BUAT WARGA BPPK JAWI

6 OGOS 2025 / 12 Safar 1447H –Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah berjaya mengadakan lawatan pemerhatian perbicaraan kes di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur untuk siri kedua tahun ini.
Lawatan ini menitikberatkan kepada tiga (3) matlamat utama, iaitu :-
- Pemahaman mengenai proses-proses perbicaraan terutamanya untuk kes-kes perceraian yang relevan dengan kerja/ tugasan di Bahagian iaitu mengendalikan runding cara kekeluargaan, Jawatankuasa Pendamai dan sebagainya;
- Pembelajaran mengenai prosedur-prosedur tertentu di Mahkamah Syariah dan bagaimana ia dilaksanakan;
- Pendedahan mengenai amalan-amalan yang digunakan di Mahkamah Syariah.

Lawatan kali ini melibatkan seramai 15 pegawai dan kakitangan daripada BPPK yang diketuai oleh Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan. Turut hadir Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK selaku Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan.


Sejurus tiba di lobi utama MSWP pada jam 9.00 pagi, delegasi JAWI disambut baik oleh Ketua Pendaftar MSWP, Tuan Ahmad Basyir bin Yaakub dan dimulakan dengan sesi fotografi. Kemudian delegasi dibawa melawat ke Galeri MSWP untuk melihat sejarah, revolusi pemfailan, buku catatan/ rekod kes-kes dan pencapaian sepanjang tempoh 50 tahun penubuhan MSWP. Kami juga berpeluang mendengar penerangan ringkas mengenai proses pendaftaran kes-kes fast track daripada Tuan Ahmad Syafiq bin Awalludin, Penolong Pendaftar MSWP dan melihat pelaksanaan operasi di kaunter. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama yang terletak di Aras 5 untuk sesi taklimat ringkas oleh Pendaftar MSWP, Tuan Mohd Amir bin Arifin @ Haji Rifin mengenai proses perundangan dan pendaftaran di MSWP.

Pada jam 11.00 pagi, kami kemudiannya dibawa melihat dan mendengar pengendalian perbicaraan kes secara langsung oleh hakim-hakim syarie yang berkaliber di dewan-dewan mahkamah rendah syariah melibatkan kes cerai, permohonan wali hakim dan perintah bersaling.
Delegasi JAWI amat berpuashati dan berharap program sebegini dilaksanakan dengan lebih kerap kerana amat relevan dan berkait rapat dengan pengendalian operasi di BPPK JAWI. Program ini juga dapat mengukuhkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama antara JAWI dan MSWP dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada masyarakat.

BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
-
AUDIT PEMATUHAN PENGURUSAN SPPIM PERKUKUH KUALITI PERKHIDMATAN NCR DAN RC DI JAWI LABUAN
22 Ogos 2025 | 27 Safar 1447H (Jumaat) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah melaksanakan Audit Pematuhan Pengurusan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di JAWI Cawangan Labuan selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Ogos 2024 (Rabu hingga Jumaat).Audit Pematuhan Pengurusan SPPIM di tiga Wilayah Persekutuan merupakan salah satu program yang digariskan sebagai strategi bagi memantapkan tadbir urus Nikah, Cerai, dan Ruju' (NCR) Orang Islam serta Khidmat Nasihat dan Runding Cara Kekeluargaan (RC) di Wilayah-Wilayah Persekutuan selaras dengan Teras 5, Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAWI. Program audit pada tahun ini adalah susulan daripada audit yang telah dilaksanakan pada tahun 2024 yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
Pasukan audit telah diketuai oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan bersama lima orang juruaudit yang dilantik secara dalaman. Manakala auditee yang terlibat adalah YBrs. Dr. Baharudin bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Labuan, dan semua pegawai dan kakitangan Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI Labuan.
Skop pengauditan memfokuskan kepada urusan kebenaran berkahwin, permohonan berkahwin menggunakan Wali Hakim, pendaftaran nikah, cerai dan ruju', permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (4P), RC dan Jawatankuasa Pendamai (JKP), SPPIM serta pembayaran fi.Hasil daripada audit yang dijalankan, secara keseluruhannya pasukan audit mendapati bahawa perkhidmatan NCR dan RC di JAWI Labuan telah ditadbir urus pada tahap sangat baik di mana banyak penambahbaikan dan penyelarasan telah dibuat hasil daripada penemuan dan teguran audit pada tahun 2024. Walaupun demikian, terdapat beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan telah dikemukakan bagi memperkemaskan lagi proses kerja NCR dan RC di JAWI Labuan selaras dengan peraturan dan Piagam Pelanggan Jabatan demi mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
Pelaksanaan audit ini membuktikan komitmen berterusan JAWI dalam memperkukuh tadbir urus serta mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan NCR dan RC demi kesejahteraan masyarakat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) -
KURSUS PROFESIONALISME PNCR & PPNCR SIRI 2/2025: PENEKANAN PADA INTEGRITI DAN PEMATUHAN AKTA 303

3 September 2025 | 10 Rabi'ul Awwal 1447H (Rabu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (PNCR & PPNCR) Siri 2/2025. Kursus ini bertempat di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Ia dihadiri oleh lebih 50 peserta yang terdiri daripada PNCR, PPNCR, serta kakitangan BPPK JAWI.Objektif utama kursus ini adalah untuk:
- Meningkatkan tahap profesionalisme dan integriti PNCR serta PPNCR dalam melaksanakan tugas mereka.
- Memberi pendedahan mengenai isu-isu semasa berkaitan perkahwinan orang Islam.
- Memperkasakan kefahaman peserta terhadap pelaksanaan tugas mengikut hukum syarak dan peruntukan undang-undang, khususnya Akta 303 – Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.
Kursus ini menampilkan dua sesi utama yang memberi input berguna dalam meningkatkan profesionalisme dan integriti peserta.
- Forum: “Jurunikah Berintegriti, Perkahwinan Diberkati”
Forum ini menampilkan panel-panel berwibawa, iaitu Tuan Ahmad Nuri Muda dan Tuan Ezmin Rasyid, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, yang membincangkan mengenai peranan jurunikah dalam memastikan perkahwinan yang sah serta patuh syariah. Mereka turut menekankan pentingnya integriti dalam menjalankan tugas sebagai jurunikah untuk menjamin keberkatan dalam institusi perkahwinan. Forum ini dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Zaim Juwaidi bin Jamaluddin, PPNCR Masjid Usamah bin Zaid. - Ceramah: “Perkahwinan Berlawanan Akta – Punca, Risiko, dan Langkah Pencegahan”
Ceramah ini disampaikan oleh Tuan Hj. Muhamad Hisyam Zakaria, Ketua Unit Syariah, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor. Beliau memberi penjelasan mengenai risiko dan implikasi perkahwinan yang bertentangan dengan Akta 303, serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kepatuhan terhadap undang-undang keluarga Islam. Ceramah ini memberi panduan yang berguna kepada peserta untuk menangani isu-isu berkaitan perkahwinan yang tidak sah dari perspektif syariah dan undang-undang.
Pada sesi petang, diadakan satu diskusi interaktif di antara peserta dengan panel berkenaan isu-isu semasa dalam pentadbiran NCR di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Diskusi ini memberi peluang kepada peserta untuk berbincang tentang cabaran-cabaran yang dihadapi serta mendapatkan pencerahan berhubung isu-isu praktikal dalam pentadbiran NCR menurut peraturan semasa dan kehendak syarak.
Kursus ini diakhiri dengan ucapan dan perasmian penutup oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin. Dalam ucapannya, beliau menyatakan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen mereka serta menegaskan bahawa pemerkasaan ilmu dan integriti adalah elemen penting dalam memperkukuh institusi perkahwinan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Beliau juga menyeru agar ilmu yang diperoleh diaplikasikan dalam tugas seharian demi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Melalui penganjuran kursus ini, JAWI berharap agar barisan PNCR dan PPNCR terus diperkasakan dengan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam, kefahaman yang jelas terhadap undang-undang, serta nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas. Dengan ini, perkhidmatan kepada masyarakat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan dapat terus dilaksanakan dengan cemerlang, efisien, dan sentiasa mematuhi syariah.









Disediakan oleh:
BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
