Memperkasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Secara Holistik Untuk Kesejahteraan Ummah
Fungsi
JAWI merupakan sebuah agensi pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan pelaksana kepada dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Manakala di peringkat persekutuan, JAWI berada di bawah tadbir urus Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang melaksanakan fungsi dalam bidang teras utama meliputi pengurusan dakwah, pengurusan masjid, penguatkuasaan undang-undang Syariah, pengurusan kekeluargaan Islam, pendidikan, dan penyelidikan.