06:15
Subuh
07:50
Dhuha
13:27
Zohor
16:49
Asar
19:25
Maghrib
20:38
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

PROGRAM IHTIFAL AULAD AL-ISLAMI PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2025

WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.38 AM

 

12 JULAI 2025M | 16 MUHARAM 1447H (SABTU) – Program Ihtifal Aulad Al-Islami Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 2025 berlangsung dengan jayanya di Masjid Wilayah Persekutuan dengan penyatuan lebih 500 peserta, 200 pengiring dan 100 orang urus setia dari Institusi Pendidikan Islam (IPI) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), 20 petugas dan 42 orang hakim dari pelbagai agensi dan jabatan seluruh Malaysia. Penganjuran ini melibatkan penyertaan dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mewakili 8 zon yang berbeza dalam 6 acara utama dengan dua kategori lelaki dan perempuan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Bercerita Kisah Al-Quran, Penulisan Jawi, Seni Khat dan Nasyid. Penganjuran kali ini juga telah melayakkan merit Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dengan penglibatan dan pencapaian Peringkat Kebangsaan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tn. Hj. Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Tn. Hj. Najmuddin bin Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bhg. Pelajaran, 6 orang pegawai kanan Bhg Pelajaran di samping dengan kehadiran ibu bapa yang telah memberikan sokongan yang tidak terhingga terhadap penganjuran kali ini.

Penganjuran ihtifal kali ini telah menyaksikan Zon Putrajaya dianugerahkan sebagai Johan Keseluruhan dengan pencapaian tiga (3) johan, empat (4) naib johan, dua (2) tempat ketiga dan dua (2) tempat keempat. Majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencungkil potensi serta bakat murid dalam bidang koakademik amal islami secara holistik.

Syabas diucapkan kepada para pemenang! Berjumpa lagi di Majlis Ihtifal Al Aulad Al Islami 2026!

 

 

WhatsApp Image 2025 02 19 at 2.09.03 PM WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.35 AM 1
WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.36 AM WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.36 AM 1
WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.37 AM WhatsApp Image 2025 02 20 at 10.35.36 AM 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

avatar-title
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar