06:18
Subuh
07:52
Dhuha
13:30
Zohor
16:51
Asar
19:29
Maghrib
20:40
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

KURSUS KEMAHIRAN RUNDING CARA TAHUN 2025: ASAH KEMAHIRAN, TINGKAT ETIKA PERKHIDMATAN PEGAWAI

3
 
10-11 JULAI 2025M | 14-15 MUHARRAM 1447H (Khamis-Jumaat) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Runding Cara dan Pembangunan Keluarga Islam (RCPKI), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menganjurkan Kursus Kemahiran Runding Cara Tahun 2025 pada 10 dan 11 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, BPPK JAWI.
 
Kursus ini disertai oleh seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan BPPK serta JAWI Putrajaya yang terlibat sebagai Pegawai Perunding Cara dan petugas Kaunter Runding Cara.
 
6
 
Program tahunan ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran peserta dalam menjalankan sesi khidmat nasihat dan runding cara secara profesional dan beretika. Para peserta telah diberi pendedahan berkenaan teknik kaunseling berkesan, prinsip asas kaunseling dan runding cara kekeluargaan, serta kemahiran komunikasi interpersonal. Latihan turut melibatkan simulasi dan lakonan peranan (role play) sebagai pendekatan praktikal dalam pengendalian sesi khidmat nasihat.
 
5
 
Slot ceramah telah disampaikan oleh dua Kaunselor Berdaftar iaitu:
  1. YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan;
  2. YBrs. Puan Syahriah binti Yatim Mustafa, Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI.
 
2
 
Kursus ini diharap dapat memberikan impak yang menyeluruh serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan peserta dalam memberikan sokongan awal kepada masyarakat, khususnya dalam menangani pelbagai isu kekeluargaan secara berhemah, empati dan berlandaskan nilai Islam.
 
1
 
 
 
BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
 
avatar-title
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar