06:18
Subuh
07:52
Dhuha
13:30
Zohor
16:51
Asar
19:29
Maghrib
20:40
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

MESYUARAT PENYELARASAN STRATEGIK ANTARA JAWI DAN NGO ISLAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN

497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n

11 JUN 2025M | 14 ZULHIJAH 1446H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Strategik antara JAWI dan NGO Islam di Wilayah Persekutuan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan turut dihadiri oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia(YADIM) selaku Sekretariat Majlis Amal Islami(MAIM).

Sebanyak 24 buah NGO Islam di Wilayah Persekutuan telah hadir pada mesyuarat kali ini yang terdiri daripada pelbagai kluster, antaranya berkaitan mualaf, Orang Kurang Upaya(OKU), dakwah bukan Islam, wanita, remaja/pelajar tercicir, belia, Komuniti Disayangi(KDS) khususnya LGBT/gelandangan/penagih dadah/pekerja seks dan sebagainya.

Mesyuarat dimulakan dengan Taklimat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan tajuk Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). Mesyuarat buat pertama kali pada tahun ini bertujuan untuk membincangkan usaha ke arah memperkukuh jalinan kerjasama dalam pembangunan ummah dan hal ehwal Islam secara inklusif khususnya di Wilayah Persekutuan. Kesemua NGO Islam yang hadir menyambut baik usaha penyelarasan dan kerjasama strategik ke arah penambahbaikan dan kelangsungan dakwah yang lebih berstrategik dalam mendepani cabaran globalisasi mutakhir ini.

Komitmen dan pernyataan sepakat semua NGO memberikan harapan untuk kerjasama yang lebih erat demi manfaat ummah dalam memastikan Islam mekar di Wilayah Persekutuan.

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

497469630 1078054457471728 2934641180399494159 n 497839064 1078054437471730 6957539397860468244 n
497981821 1078054514138389 633007135253307003 n 497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n
497957527 1078054557471718 458075638397361845 n 496130662 1078054344138406 4184218847523820357 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

avatar-title
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar