05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:04
Zohor
16:17
Asar
19:05
Maghrib
20:14
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI KOMITED ANJURKAN KURSUS ASAS FARDU AIN KEPADA MUALAF YANG BAHARU

JK1

 

18 Ogos 2024M | 13 Safar 1446H (Ahad) - Kursus Intensif Fardu Ain bagi Mualaf siri 7/2024 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat Di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, kehadiran 43 peserta mualaf baharu bersama pengiring dari kalangan keluarga dan pasangan berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan amat baik. Perkongsian sesi slot ceramah yang di sampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Jais Mariappan bin Abdullah, Pegawai Dakwah PERKIM Kebangsaan amat berkesan dan jitu. Dua slot ceramah dengan tajuk ‘Selamat Kembali Kepada Fitrah’ dan ‘Suci dan Solat’ telah disampaikan dengan jelas dan mudah dengan kaedah komunikasi dua hala antara penceramah bersama peserta. Penglibatan yang amat aktif dengan pelbagai soalan dan perkongsian dari para peserta dan jawapan dari penceramah amat bermanfaat serta pengalaman dari penceramah dalam hal ehwal kebajikan dan pengajian mualaf di Malaysia begitu menarik minat para peserta untuk menambahkan lagi ilmu asas Islam dengan baik dan sempurna.

Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal di dalam kumpulan yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh para fasilitator dari Bahagian Penyelidikan JAWI telah berjaya dilaksanakan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan semangat dan kesungguhan yang hebat untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam.

Semoga KIFA menjadi pemangkin kepada para peserta untuk meneruskan sesi pembelajaran pada kelas-kelas harian yang disediakan oleh JAWI mahupun NGO Mualaf agar ianya menjadi kekuatan kepada mualaf menuntut ilmu asas dengan baik dan sempurna.

 

 

JK2 JK3
JK4 JK5
JK6 JK7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel