Bil |
Pengguna |
Pendapat/Pertanyaan/Penghargaan |
Maklumbalas |
1. |
Norazreena Jamaluddin |
Saya ingin bertanya bagaimanakah ingin mendapatkan kaunseling @ rundingan oleh Pihak JAWI dalam masalah rumahtangga?
Adakah kami perlu membuat temujanji @ mengisi apa-apa borang bagi tujuan tersebut?
Sekian, terima kasih
|
Untuk makluman tuan, permohonan rundingcara boleh dibuat dengan cara-cara berikut:-
- Hadir ke kaunter Unit Rundingcara, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau Pusat Khidmat Keluarga Sosial dan Komuniti (PKKSK) UTC Pudu Sentral dan UTC Keramat.
- Mengisi Borang Permohonan Rundingcara Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-
a. Salinan kad pengenalan pemohon; Rundingcara semasa (khidmat nasihat dan pandangan)
- Surat pengesahan tempat tinggal (jika Kad Pengenalan beralamat di luar Wilayah Persekutuan);dan
- Salinan Surat Perakuan Nikah atau Surat Perakuan Ruju’.
Jenis rundingcara yang dijalankan di JAWI: Terdapat dua (2) jenis rundingcara yang dijalankan di JAWI iaitu:
i. Rundingcara semasa (khidmat nasihat dan pandangan) disediakan kepada pasangan suami isteri yang tinggal di dalam atau luar Wilayah Persekutuan.
- Mengisi Borang Khidmat Nasihat atau Pandangan (UPPK 2) .
- Khidmat nasihat dan pandangan akan diberikan pada hari yang sama.
ii. Rundingcara secara berfail
- Rundingcara secara berfail disediakan kepada pasangan suami isteri yang tinggal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan sahaja.
- Mengisi Borang Permohonan Rundingcara (UPPK 1).
- Sesi rundingcara akan dijalankan dalam tempoh dua minggu dari tarikh aduan dibuat.
- Pasangan hendaklah hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI ditalian 03-22749333 samb. 3305
Sekian, terima kasih
|
2.
|
Zieta Jaafar
|
Assalamualaikum,
Tujuan saya menghantar email ini adalah untuk menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang telah membuka ruang kepada anak lelaki saya, Putra Adrian Haziq untuk bersekolah di salah sebuah Sekolah Rendah Agama di Cheras iaitu Sekolah Rendah Agama Al Mukhlisin, Alam Damai. Saya telah difahamkan bahawa sesi pembelajaran waktu pagi untuk darjah satu tidak mendapat sebarang permohonan di sekolah berkenaan. Saya telah membuat rayuan pada awalnya kepada JAWI utk memasukkan anak saya ke sekolah rendah agama Al Mubarakkah akan tetapi surat pemberitahuan telah saya terima mengatakan status tidak berjaya. Alhamdulillah dan syukur di atas usaha dan integriti pihak sekolah rendah agama Al Mukhlisin membenarkan anak saya belajar di sana walaupun jumlah pelajar sesi pagi darjah satu tidak begitu ramai buat masa ini.Saya amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah membantu dan memberi penerangan semenjak dari awal semasa saya membuat panggilan beberapa kali, melayan pertanyaan yang bermacam, memberi maklumat untuk tujuan pendaftaran dan sehingga anak saya telah pun berjaya dan selamat memulakan persekolahannya kelmarin. Saya tidak pasti samada saya menulis di ruangan yang betul akan tetapi pihak JAWItelah pun mengambil pekerja serta guru-guru yang sememang nya layak menerima pujian serta telah melaksanakan tugasan mereka dengan amanah dan saksama.
Semoga maju jaya dunia dan akhirat. In sha Allah
|
|
Puan,
Pihak kami mengucapkan tahniah kepada puan kerana anak puan telah berjaya mengikuti kelas tahun 1 sesi pagi di SRA Al- Mukhlisin, Cheras. Pihak kami akan mengajukan surat penghargaan ini kepada pegawai yang terbabit.
Sokongan padu dari pihak puan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian |
3. |
Nik Asrol Alias |
Bagaimanakah prosedure untuk mendaftarkan perkahwinan 10 tahun lepas yang telah berlangsung di luar Malaysia (Thailand) sedangakan buat masa sekarang pasangan bekerja di luar negara. |
Terima kasih di atas pertanyaan yang telah dikemukakan. Sekiranya
pasangan bermastautin di Wilayah Persekutuan, bagi mendaftarkan permohonan perkahwinan tanpa kebenaran PERLULAH:
- Perlu membuat pengesahan pernikahan di Mahkamah Syariah.
- Mahkamah akan mengeluarkan surat perintah daftar pernikahan
- Bawa dokumen berikut ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan;
kad pengenalan, dokuman pernikahan di luar Malaysia (Thailand) yang telah disahkan oleh Kementerian Luar di Wisma Putra, surat dari Konsulat, pasport perjalanan serta surat akuan nikah isteri sedia ada (sekiranya poligami) atau surat perakuan cerai asal sekiranya duda (bercerai).
Pihak Jabatan agama akan mendaftarkan pernikahan tersebut sekiranya dokumen lengkap. |
4. |
Mohd Hafiez Mansor |
Assalamualaikum
Saya telah menjalani kursus Pra-perkahwinan di Wani Persona Wangsa Maju pada tahun 2010. Adakah boleh saya mendapatkan salinan sijil pra perkahwinan saya di JAWI memandangkan pejabat itu telah ditutup? |
Waalaikumsalam
Terima kasih diatas pertanyaan yang telah dikemukakan. Tuan boleh mendapatkan salinan sijil pra perkahwinan tersebut dengan membawa surat akuan sumpah yang disahkan oleh mana-mana Pesuruhjaya Sumpah yang menyatakan sijil asal tuan telah hilang.
|
5. |
Fatin Shafri |
Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan kembali surat akuan nikah yang hilang. |
Bagi pasangan yang kehilangan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan oleh JAWI dan ingin mendapatkan Surat Perakuan Nikah yang baru hendaklah melengkapkan borang permohonan salinan Surat Perakuan Nikah berserta dokumen-dokumen berikut : i. Salinan Kad Pengenalan pemohon; ii. Salinan Surat Perakuan Nikah ( jika ada ); iii. Surat Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam yang menyatakan Surat Perakuan Nikah hilang dalam simpanan atau rosak; dan iv. Bayaran RM 10.00 untuk satu sijil Nota: Satu permohonan untuk satu Surat Perakuan Nikah sahaja. Sekiranya pasangan tersebut ingin mendapat kedua-dua Surat Perakuan Nikah (suami dan isteri), maka hendaklah membuat dua permohonan.
|
6. |
Nur Syamimi |
Assalamualaikum.
Ingin bertanya tentang ujian HIV untuk nikah. Perlukah membawa apa-apa dokumen atau surat ketika pergi menjalani ujian tersebut. |
Waalaikumsalam
Terima kasih diatas pertanyaan yang dikemukakan. Cik boleh mendapatkan borang persetujuan menjalani ujian saringan HIV di klinik yang terpilih dan sebaik-baiknya cik “download” borang tersebut di laman sesawang
JAWI http;//www.jawi.gov.my/my/perkahwinan/borang-perkahwinan |
7. |
Ahmad Khairul Ariffin |
Assalamualaikum
Tuan, Saya mempunyai seorang rakan yang berminat dengan Islam dan telah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam. Bagaimanakah caranya untuk saya membantu beliau? |
Waalaikumsalam
Sekiranya beliau berada di Wilayah Persekutuan, Tuan boleh membawa beliau untuk memeluk agama Islam di;
- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Saudara Muslim
- mana-mana cawangan PERKIM, ABIM Outreach,
- mana-mana masjid berdekatan dan diislamkan oleh pegawai masjid berkenaan
dan pegawai berkenaan perlu mengeluarkan surat pengesahan yang menyatakan beliau telah mengislamkan beliau.
Seterusnya sahabat tuan perlu hadir ke JAWI sendiri untuk mendaftar pengislaman beliau berserta dua keping gambar dan Kad Pengenalan / Passport berserta,surat yang telah dikeluarkan oleh pegawai masjid atau borang pendaftaran PengIslaman, pihak kami akan mengeluarkan Kad Akuan Masuk Islam kepada beliau.
|