05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:16
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Sejarah Penubuhan Puspanita


SEJARAH PENUBUHAN
 

      Cetusan idea penubuhan PUSPANITA telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang ketika itu menjawat Menteri Pelajaran selepas bercuti di Indonesia.
Sepanjang percutian tersebut, mereka disambut oleh Dharma Wanita Persekutuan. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanan mesra wanita di sana, Tun Dr Mahathir kemudiannya  menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk mewujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita. Dengan bantuan Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Haji Abu Bakar yang ketika itu merupakan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tun Dr. Siti Hasmah telah merealisasikan penubuhan PUSPANITA.
PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 1 Mac 1983. Ketika itu selain daripada itu beliau sendiri menjadi Penaung PUSPANITA yang pertama, berdasarkan Perlembagaan Tan Sri Hashim Aman, Ketua Setiausaha Negara adalah merupakan Penasihat dan isteri beliau Puan Sri Zawiyah binti Yacob adalah Yang Di Pertua PUSPANITA yang pertama. Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Haji Abu Bakar pula telah dilantik sebagai Setiausaha Agong Kehormat yang pertama.        

 

 


Cetak   Emel