Imsak
5.48
|
 Subuh
5.58
|
 Syuruk
7.13
|
Zohor
1.21
|
Asar
4.21
|
Maghrib
7.24
|
Isyak
8.33

Aktiviti Puspanita

 

Mesyuarat Agung Kali Ke-3 PUSPANITA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


16 April 2010 (Selasa) – Seramai 150 ahli dari Persatuan Suri dan Anggota Wanita Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (PUSPANITA JAWI) yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI telah menghadiri Mesyuarat Agung Kali Ke-3 PUSPANITA JAWI yang berlangsung di Dewan Jejantas,  Kompleks Pusat Islam, baru-baru ini.

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi memilih dan melantik jawatankuasa baru dan membincangkan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan PUSPANITA JAWI termasuk perancangan aktiviti, yuran tahunan keahlian, dan membincangkan mengenai perkara-perkara berbangkit.

Terdahulu, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kali Ke-3 PUSPANITA JAWI telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI yang juga merangkap sebagai Penaung PUSPANITA JAWI.

Dalam pada itu, Y. Bhg. To’ Puan turut menyampaikan ucapan dan menyeru agar semua ahli PUSPANITA JAWI supaya dapat bersama-sama membantu kerajaan ke arah memperkasakan wanita melalui penglibatan langsung dalam pembangunan dan pengurusan modal insan baik di tempat kerja mahu pun dalam masyarakat.

Beliau juga menyarankan semua ahli PUSPANITA JAWI supaya dapat memberi sokongan kepada semua aktiviti yang dijalankan dan berganding bahu melaksanakan apa jua tanggungjawab yang diberikan supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Y. Bhg. To’ Puan juga turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA JAWI yang memberikan sokongan padu kepada beliau dan menyeru agar sama-sama “bangkit” dalam menggerakkan aktiviti PUSPANITA JAWI pada masa akan datang.

Turut hadir ialah Y. Bhg. Tuan Haji Meharomi Bin Muhamad, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Y. Bhg. To’ Puan Rakiah Mariana Binti Latiff, Pengerusi PUSPANITA JAWI, yang juga merupakan isteri kepada Y.Bhg. Dato’ Pengarah JAWI.  Y. Bhg. Puan Seri Anum Binti Abu Bakar, Timbalan Pengerusi I PUSPANITA JAWI dan Y. Bhg. Puan Saadiah Binti Abu Samah, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA JAWI.

 

    
    

 
    

 



PROGRAM ‘JOM BOWLING’ ANJURAN PUSPANITA JAWI
 

23 Julai 2011 (Sabtu) - PUSPANITA JAWI telah mengadakan Program 'Jom Bowling yang dianjurkan oleh Biro Biro Sukan dan Kebajikan. Terdapat penyertaan dari warga JAWI dan beberapa jabatan luar. Program ini telah diadakan di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall,  Wangsa Maju bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

 



Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com