Imsak
5.40
|
 Subuh
5.50
|
 Syuruk
7.11
|
Zohor
1.22
|
Asar
4.46
|
Maghrib
7.30
|
Isyak
8.44

Suara Anda dan Maklumbalas 2016

Suara Anda dan Maklumbalas Bagi Tahun 2016

 

BIL

PENGGUNA

PENDAPAT/ PERTANYAAN/ PENGHARGAAN

MAKLUMBALAS

1

Jacky

Tuan,

Saya sedang cuba memahami agama Islam dan berminat untuk menganut agama Islam sekiranya saya benar-benar bersedia. Bagaimanakah proses untuk saya memeluk Islam?

Tuan

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan tuan.

Bagi tujuan Pengislaman, tuan boleh hadir ke Kaunter Cawangan Kebajikan Saudara Baru JAWI dan pastikan memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Pemohon hendaklah bermastautin di Wilayah Persekutuan.

2. Membawa Kad Pengenalan asal atau pasport asal beserta visa/ dokumen perjalanan yang masih sah (jika bukan warganegara)

3. Membawa 2 keping gambar ukuran Kad    Pengenalan/ Lesen Memandu.

4. Membawa bersama 2 orang saksi (Warganegara Malaysia sahaja) - boleh lelaki atau perempuan

5. Salinan muka hadapan penyata akaun bank (bagi urusan sumbangan masuk Islam)

2

Romie

Tuan

Bolehkah sekiranya saya hanya membawa seorang saksi lelaki untuk menyaksikan pengislaman saya. Ini kerana  saya tidak mempunyai rakan lain yang boleh membantu saya untuk menjadi saksi.

Tuan

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan tuan.

Merujuk kepada pertanyaan tuan yang hanya ada seorang saksi lelaki sahaja, pihak kami mencadangkan tuan usahakan dahulu dengan kawan-kawan Islam yang ada, di samping tuan belajar mengenai Islam. Setelah diusahakan dan masih tidak dapat, maklumkan kepada petugas kaunter situasi berkenaan dan InsyaAllah akan dipermudahkan jika tuan benar-benar ikhlas ingin memeluk Islam.

3

Puan Shamsinar

Tuan

Saya ingin memohon pandangan tuan berkaitan prosedur permohonan perceraian.

Puan

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan puan.

Segala urusan berkaitan perceraian  termasuk pengesahan talak lafaz taklik adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Puan dan suami perlu hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk urusan perceraian. Setelah mendapat perintah penghakiman dari Mahkamah Syariah, puan dan suami hendaklah hadir ke Unit Pendaftaran Nikah Cerai Rujuk, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI serta membawa bersama Surat Perakuan Nikah asal untuk mendaftarkan perceraian tersebut.

Untuk mendapatkan khidmat pandangan dan kaunseling berkaitan permasalahan yang sedang dialami, sebaiknya puan dan suami hadir ke BPPK Jawi, atau ke Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti di UTC Pudu Sentral 03 20220387 dan UTC Keramat 03 42650947.

4

Mohammad

Tuan

Saya telah mendapat kebenaran untuk berkahwin di luar negara dan telah melangsungkan perkahwinan saya di Ireland pada Feb 2016. Saya akan balik ke Malaysia pada penghujung tahun ini. Adakah sijil perkahwinan saya sah digunakan di Malaysia. Ini memandangkan kami belum mendaftarkan perkahwinan kami di Malaysia.

Tuan,

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan tuan.

Dimaklumkan bahawa sekiranya perkahwinan tuan yang dijalankan di luar negara telah mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan, sijil perkahwinan tuan adalah sah digunakan di Malaysia sebagai dokumen sokongan untuk mendaftarkan perkahwinan tuan di Malaysia.

5

Siti Arbaiyah

Tuan

Sekiranya seseorang telah bercerai, apakah prosedur untuk mendapatkan surat perakuan cerai?

Puan,

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan puan.

Puan hendaklah hadir dengan membawa Surat Perintah Penghakiman dari Mahkamah Syariah bersama Surat Perakuan Nikah yang asal ke JAWI, setelah Surat Perakuan Nikah tersebut dibatalkan, Surat Perakuan Cerai akan diberikan.

6

Suliza

Tuan

Jika perceraian berlaku di mahkamah syariah, adakah pihak JAWI mempunyai rekod atau pihak yang bercerai harus mendaftarkan perceraian di JAWI barulah pihak JAWI mempunyai rekod?

Puan

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan puan.

Pihak yang bercerai harus mendaftarkan perceraian terlebih dahulu di JAWI untuk direkodkan.

7

Mariam

Tuan

Bolehkah saya bernikah tanpa mengemukakan surat nikah ibu bapa saya?

Puan,

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan puan.

Dimaklumkan bahawa, surat nikah ibu bapa puan diperlukan untuk membuat pemeriksaan terhadap tarikh nikah ibu bapa dan tarikh lahir puan. Maklumat ini perlu bagi menentukan status wali pernikahan puan. Sebaiknya puan perlu hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jawi untuk penjelasan yang lebih terperinci.

8

Syasya

Tuan

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan perceraian?

Puan

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan puan.

Berkaitan dengan permohonan cerai puan boleh berurusan terus dengan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau

Tel: 62057000.

Bahagian Perkahwinan JAWI hanya menguruskan pendaftaran cerai setelah selesai kes di mahkamah Syariah WP.

9

Karim

Tuan

Saya berumur 56 tahun dan ingin menikahi seorang wanita berumur 52 tahun yang masih bujang. Perlukah kami mengikuti Kursus Pra-Perkahwinan sebelum bernikah?

Tuan,

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan tuan.



Dimaklumkan bahawa tidak perlu kursus pra perkahwinan untuk pasangan lelaki yang berumur 45 tahun ke atas dan pasangan perempuan yang berumur 40 tahun ke atas.

10

Lis

Tuan

Sekiranya wali mengalami penyakit mental. Siapakah yang boleh mewalikan pernikahan saya?

Puan,
 

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan puan.


Jika wali mengalami masalah mental, puan hendaklah mengemukakan satu surat pengesahan dari pihak hospital yang menyatakan wali tersebut  sedang mengidap penyakit mental. Maka selepas itu hak menjadi wali berpindah kepada urutan yang seterusnya, iaitu datuk sebelah bapa dan ke atas, kemudian seterusnya kepada saudara lelaki seibu sebapa, kemudian  seterusnya kepada saudara lelaki sebapa dan begitulah dengan mengikut tertib susunan wali.

11

Amran

 Tuan

Siapakah yang meguruskan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Jalan KL-Karak (Taman Batu Muda) dan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 1 ?

Tuan

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan tuan.

Untuk makluman tuan, Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Jalan KL-Karak (Taman Batu Muda) dikawalselia sepenuhnya dan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.  Manakala bagi Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 1 pihak JAWI haya menguruskan penyelenggaraan sahaja.

12

Abdul Rahman

Tuan

Bagaimanakah pemilihan jenazah yang boleh dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Jalan KL-Karak (Taman Batu Muda) dan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 1 ?

Tuan

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan tuan.

TPI Raudhatul Sakinah Jalan KL-Karak (Taman Batu Muda) adalah dikhususkan kepada seluruh penduduk yang bermastautin di Kuala Lumpur dan manakala TPI Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 1 pula dikhususkan bagi penduduk Islam/ anak kariah yang tinggal/ mastautin di dalam kariah 4 buah masjid iaitu Masjid Saidina Abu Bakar (Bangsar), Masjid At-Taqwa (TTDI), Masjid Al-Ghufran (Pinggiran TTDI) dan Masjid Saidina Umar Al-Khattab (Bukit Damansara) sahaja. Sehubungan itu, jenazah yang akan dikebumi di TPI Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 1 akan disahkan oleh Ketua Imam/Ahli Jawatankuasa bagi salah satu daripada empat buah masjid tersebut.

13

Salahah

Tuan

Bolehkah waris memohon untuk jenazah dikebumikan di sesuatu kawasan perkuburan?

Tuan

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan tuan.

  1. Pengkebumian di TPI Raudhatul Sakinah Jalan KL-Karak (Taman Batu Muda)
  2. Pengkebumian di TPI yang lain

Waris/ Badan Khairat Kematian hendaklah memohon dan memaklumkan kepada Pejabat Pengurusan TPI Raudhatul Sakinah Jalan KL-Karak (Taman Batu Muda) di talian 03-6184 1561 bagi setiap jenazah yang hendak dikebumikan di sini. Hanya individu yang tinggal/bermastautin seterusnya meninggal di Kuala Lumpur sahaja dibenarkan untuk dikebumikan di sini.  

-    Waris hendaklah memohon dan memaklumkan kepada pengerusi Badan Khairat Kematian bagi masjid/ surau (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) yang berhampiran dengan kediaman si mati untuk urusan pengekbumian  jenazah tersebut.

14

Abd Raof

Tuan

Adakah sebarang pembayaran dikenakan untuk pengurusan jenazah di Tanah Perkuburan di sekirat Wilaya Persekutuan?

Tuan

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan tuan.

b)   b. Tanah Perkuburan lain adalah bergantung kepada kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa/ Badan Khairat Kematian Masjid/ Surau berkenaan

15

Mohammed Zakie

Tuan

Bagaimana saya ingin membuat temujanji untuk sesi kaunseling/nasihat daripada pihak JAWI? atau saya terus ke JAWI untuk urusan tersebut.

Sekian, terima kasih

Puan

Pihak JAWI mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan puan.

Kaunter perkhidmatan rundingcara / khidmat nasihat, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI beroperasi seperti berikut:

Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi hingga 4.00 petang (Rehat : Jam 1.00 petang hingga 2.00 petang)

Jumaat                        : 8.00 pagi hingga 4.00 petang (Rehat : Jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang)

* Untuk khidmat nasihat / pandangan boleh datang terus ke Kaunter perkhidmatan rundingcara / khidmat nasihat, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI tanpa temujanji.

Atau ke Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti di UTC Pudu Sentral 03 20220387 dan UTC Keramat 03 42650947.

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com