• Takwim JAWI

  • Kursus Pemantapan Profesional Imam Dan Bilal 2016

    IMG 8982

    20 Januari 2016 (Rabu) – Pusat Pentadbiran Zon 2 dan juga Pusat Pentadbiran Zon 4 , Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama ITQAN Institute For Quranic Education  telah berjaya mengadakan Program Talaqqi Al-Quran kepada Imam dan Bilal Ratib bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur.

    Program ini Berjaya menarik minat ramai peserta bagi memperbaiki bacaan masing-masing yang dipandu oleh 10 orang Muqri’ terkenal dari Timur Tengah. Peserta seramai 80 orang telah hadir dalam program siri pertama ini. Menurut Imam Masjid Usamah Bin Zaid, beliau berkata program ini amat perlu bagi mempastikan Imam dapat membaca Al-Quran dengan betul dan tepat seperti yang dikehendaki.

    Program talaqqi al-Quran ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam setiap hari selasa selama 10 siri.

     

    IMG 8973 IMG 8976
    IMG 8979 IMG 8990
       


    Disediakan Oleh:                                                                                                                            

    Pusat Zon 4,

    Bahagian Pengurusan Masjid

     

  • Bengkel Pemantapan Profesional Imam Dan Bilal Surau Anjuran Zon 4

     

    IMG-20160523-WA0008

     

    23 Mei  2016 (Isnin) – Pusat Pentadbiran Zon 4 Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama 63 buah Surau di bawah Pentadbiran Zon 4 telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Profesional Imam dan Bilal bagi surau-surau yang berdaftar di bawah seliaan Pusat Zon 4 pada 21 Mei 2016.

    Bengkel ini akan dijalankan selama 4 siri iaitu telah  bermula pada 21 Mei 2016. Antara objektif bengkel ialah  bagi mempertingkatkan kemahiran dan kefahaman para imam dan Bilal surau mengenai Fiqh Imam dan Bilal, memperbaiki serta mempertingkatkan mutu bacaan al-quran dan adzan dari segi Tajwid, Sifatul Hurf dan juga pendedahan tentang kaedah dan juga teknik sebagai imam dan bilal yang professional dari setiap aspek kemahiran meliputi personaliti, bacaan dan sebagainya.

    Taklimat Bengkel dan ucapan aluan  telah disempurnakan  oleh Ybhg. Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.

     

    DSCF86511 DSCF86532
    IMG-20160523-WA0009 FB IMG 1463969331618
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • program zon

     

    IMG-20160523-WA0008

     

    23 Mei  2016 (Isnin) – Pusat Pentadbiran Zon 4 Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama 63 buah Surau di bawah Pentadbiran Zon 4 telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Profesional Imam dan Bilal bagi surau-surau yang berdaftar di bawah seliaan Pusat Zon 4 pada 21 Mei 2016.

    Bengkel ini akan dijalankan selama 4 siri iaitu telah  bermula pada 21 Mei 2016. Antara objektif bengkel ialah  bagi mempertingkatkan kemahiran dan kefahaman para imam dan Bilal surau mengenai Fiqh Imam dan Bilal, memperbaiki serta mempertingkatkan mutu bacaan al-quran dan adzan dari segi Tajwid, Sifatul Hurf dan juga pendedahan tentang kaedah dan juga teknik sebagai imam dan bilal yang professional dari setiap aspek kemahiran meliputi personaliti, bacaan dan sebagainya.

    Taklimat Bengkel dan ucapan aluan  telah disempurnakan  oleh Ybhg. Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.

     

    DSCF86511 DSCF86532
    IMG-20160523-WA0009 FB IMG 1463969331618
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

     

     
  • PROGRAM SINAR KASIH RAMADHAN MASJID AL-AKRAM KG. DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR ANJURAN ZON 4

     

    DSC 2441

    28 Jun 2016 (Selasa)- Masjid Al-Akram, Kg Datuk Keramat , Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4 telah mengadakan satu  Program Sinar Kasih Ramadhan Fasa 1 bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat  pada 25 Jun  2016.

    Program bermula dengan solat fardhu asar secara berjemaah, seterusnya kuliah asar yang di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrizan bin Daud At-Turabi yang menekankan tentang penurunan ayat al Quran berkenaan dengan perlaksanaan pengurusan harta anak-anak yatim yang diamanahkan.

    Antara pengisian lain adalah sumbangan wang  hari raya yang telah di sampaikan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Masjid Al-Akram kepada semua anak yatim yang terlibat serta bungkusan makanan untuk  majlis iftar pada malam tersebut.

    Seramai  100 orang anak-anak yatim terlibat di dalam program ini, dimana anak-anak yatim adalah terdiri dari anak yatim di bawah Kariah Datuk Keramat, anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat, Selangor dan Rumah Titian Kasih, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Keterlibatan dua pusat jagaan anak yatim di luar kariah Datuk Keramat merupakan satu kelainan yang dilaksanakan oleh AJK Masjid bagi melahirkan rasa tanggungjawab walau mereka berada di luar kawasan.

    Semoga dengan penganjuran program seperti ini memberi ruang kepada anak-anak yatim, penjaga dan pengusaha rumah-rumah anak yatim merasa lebih kepada sifat kebertanggungjawaban dalam diri.

     

    DSC 2447 DSC 2456
    DSC 2444 DSC 2449
       

    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4
    Bahagian Pengurusan Masjid
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

     

  • Pengarah Jawi Rasmikan Pelancaran Program Cegah Jenayah Syariah Jalanan (Cjs Streets) Di Putrajaya

    CJS STREET 02

     

    18 Julai 2016M / 13 Syawal 1437H(Isnin) - Dalam kemeriahan Syawal, buat julung-julung kalinya JAWI Putrajaya telah menyaksikan Majlis Pelancaran Program Cegah Jenayah Syariah Jalanan (CJS Streets) yang diterajui oleh Unit Penguatkuasaan. Ia sebagai salah satu acara kemuncak bagi Program Pencegahan Jenayah Syariah samada yang telah ataupun bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2016.

    Dengan bertemakan “Hindari Jenayah Syariah, Hidup Lebih Bermaruah” majlis pelancaran tersebut berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI. Majlis dihadiri oleh para pengusaha hotel, pengusaha homestay, guru-guru besar, guru disiplin, pengerusi-pengerusi persatuan penduduk, pengerusi-pengerusi surau, guru-guru KAFA serta wakil-wakil jabatan sekitar Putrajaya yang telah dijemput khas.

    Sebelum majlis pelancaran dimulakan, satu sesi ceramah bertajuk “Cegah Jenayah Syariah, Tanggungjawab Kita Bersama”telah  disampaikan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Wilayah Persekutuan, Tn. Wan Jaapar bin Wan Ahmad. 

    Penganjuran majlis tersebut dianggap telah mencapai objektif yang disasarkan antaranya ialah memberikan pendedahan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat serta agensi-agensi yang berkaitan tentang penguatkuasaan undang-undang syariah. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada tetamu jemputan bahawa mereka juga berperanan penting dalam membantu membenteras jenayah syariah daripada terus berleluasa. Secara tidak langsung, program seumpama ini, mengeratkan hubungan antara para Penguatkuasa Agama dan masyarakat ke arah menjadikan Putrajaya sebagai “Bandar Sifar Jenayah Syariah” suatu realiti.

    Majlis berakhir meriah, dengan gimik pelancaran, Pengarah JAWI menampalkan pelekat kereta kepada kenderaan penguatkuasaan dan diiringi oleh letupan konfetti yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin, sebelum melawat booth pameran unit pengutkuasaan yang mempamerkan gambar-gambar berkaitan tugasan para PPA dan peralatan yang digunakan semasa menjalankan operasi.

    CJS STREET 04 CJS STREET 05
    CJS STREET 07 CJS STREET 08
     CJS STREET 10  CJS STREET 01

     

     

    Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

    Foto oleh: Zul Helmi  Bin Abdul Rashid. Teks oleh: Unit Penguatkuasaan.

  • Majlis Penyampaian Sanad dan Sijil Program Intensif Talaqqi dan Tadarus Al-Quran 30Juzuk

    MPSS1

    30 Julai 2016 (SABTU): Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala dengan kerjasama Kelas Talaqqi dan Tadarrus Al-Quran Syeikh Said Abdellatif Karawia telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sanad dan Sijil Program Intensif Talaqqi dan Tadarus Al-Quran 30 Juzuk Ramadhan 1437H, bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala. Majlis berlangsung mulai jam 8.50 pagi dengan Ucapan aluan pengerusi Majlis, ucapan perasmian oleh Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Dato’ Wira Hj. Thobrani bin Hj. Hanafi. Di dalam ucapan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kelas Talaqqi dan Tadarrus Al-Quran Syeikh Said Karawia kerana sudi bekerjasama menganjurkan program-program pengimarahan masjid ditambah pula dengan sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan dalam penambahbaikkan lagi kemudahan-kemudahan infraskutur masjid.

    Majlis diteruskan lagi dengan amanat ringkas berkaitan Al-Quran oleh Al-Fadhil Syeikh Said Abdellatif Kawaria. Seterusnya menyempurnakan penyampaian sanad dan sijil kepada para peserta.

    Seramai 300 orang peserta menerima sanad dan sijil bagi program yang telah dijalankan pada Ramadhan 1437H yang lalu. Majlis berakhir dengan Jamuan Aidilfitri Kelas Talaqqi dan Tadarus Al-Quran Syeikh Said Karawia. Majlis turut diceriakan dengan kehadiran Ketua, Ahli Jawatankuasa dan Ketua Imam Masjid Al-Hidayah.

    MPSS2 MPSS3
    MPSS4 MPSS5
       
       
       

    Disediakan Oleh:
    Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala
    Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
    Bahagian Pengurusan Masjid
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

     

  • Program Heart To Heart. Breakfast Talk Siri 2/2016: “Kemaafan Dari Hati”

    HTH 1

     

     

    29 Julai 2016M / 24 Syawal 1437H (Jumaat) – Unit Pentadbiran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Program Heart To Heart. Breakfast Talk Siri 2/2016 bertajuk Kemaafan Dari Hati di Bilik Mesyuarat, JAWI Cawangan Putrajaya. Bagi siri kedua ini pihak penganjur telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli sebagai penceramah. Program penerapan nilai-nilai Islam ini berlangsung selama sejam.  Ianya dianjurkan dengan tujuan untuk meningkatkan jati diri dan kualiti para pegawai JAWI Cawangan Putrajaya sebagai penjawat awam yang menerajui hal ehwal pentadbiran agama Islam di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

    Dengan bermatlamatkan “Memperkasakan Dalaman, Mempromosikan Luaran”, program seumpama ini dijangka dapat menyuntik semangat warga JAWI Cawangan Putrajaya bagi melahirkan penjawat awam yang berfikiran terbuka dan positif dalam menghadapi permasalahan yang mendatang.

    Usai program tersebut selesai, Kelab Kebajikan dan Sukan JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Majlis Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H dan Hari Lahir para kakitangan bagi bulan kelahiran Julai hingga September.

     

    HTH 2 HTH 3
    HTH 4 HTH 5
     HTH 6  HTH 7

      

    Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

    Foto oleh: Zul Helmi Bin Abdul Rashid. Teks oleh: Unit Pentadbiran. 

     

  • Taklimat Etiket Pakaian Penjawat Awam Semasa Bertugas

    IMG 1400

     

    7 September 2016 (Rabu) –Jabatan Agama Islam W.P. Labuan telah mengadakan ‘Taklimat Etiket Pakaian Penjawat Awam Semasa Bertugas’ di Bilik Al Qardahwi, Jabatan Agama Islam W.P. Labuan (JAWI Labuan) dan telah dihadiri seramai 39 pegawai dan kakitangan JAWI Labuan.

    Objektif taklimat tersebut bertujuan memberi panduan dan perkongsian maklumat berhubung dengan kod dan etika berpakaian penjawat awam semasa bertugas selaras dengan peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang perlu dipatuhi.

    Di samping itu juga, taklimat tersebut  bertujuan untuk membentuk imej yang baik di kalangan warga JAWI Labuan dalam menjaga penampilan diri semasa bertugas dengan berpakaian yang sesuai selaras dengan pekeling-pekeling yang berkuatkuasa.

    Taklimat bertajuk ‘Etiket Pakaian Penjawat Awam Semasa Bertugas’ telah disampaikan oleh Encik Roseli bin Japar, Penolong Pegawai Tadbir JAWI Labuan.

     

    IMG 1388 IMG 1390
    IMG 1395 IMG 1397
       

    Disediakan oleh

    Cawangan Khidmat Pengurusan

  • Ceramah Khas Ibadah Qurban 1437 Masjid At-Taqwa TTDI

    Miekorban1

    8 September 2016M/ 6 Zulhijjah 1437H (Khamis) – Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur telah mengadakan Ceramah Khas Ibadah Qurban 1437H bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. 

    Majlis bermula pada jam 7.30 malam hingga 9.15 malam.Di antara pengisian majlis  ini adalah solat Maghrib dan Isyak berjamaah.Ceramah Khas Ibadah Qurban ini disampaikan oleh YBhg Ustaz Mohd Amri bin Abdullah,(Pegawai Kanan Hub Halal JAKIM dan Panelis Tanyalah Ustaz). Tajuk yang disampaikan adalah Qurban Suatu Ibadah Kepada Allah SWT. Antara intipati ceramah tersebut,penceramah banyak menekankan tentang sunat dan adab-adab dalam melakukan ibadah qurban.400 orang Jemaah yang hadir bagi memeriahkan ceramah ini.

    Turut hadir menyerikan majlis adalah Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Bin Mohamed Nor, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid At-Taqwa TTDI dan barisan Jawatankuasa Masjid At-Taqwa TTDI.

    Miekorban2 Miekorban3
    Miekorban4 Miekorban5
    Miekorban6 MARSA7
       
       

    Disediakan Oleh:
    Masjid At-Taqwa TTDI KL
    Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
    Bahagian Pengurusan Masjid
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

     

  • Program Raikan Aidiladha Bersama Rakan Jalanan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur 2016

    Adha1437MJBKL1

    12 September 2016 / 10 Zulhijjah 1437H (Isnin) – Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur dengan kolaborasi beberapa Badan Aktivis Sukarelawan Sosial Bukan Kerajaan iaitu UNGGAS Kuala Lumpur, Majlis Belia Malaysia, 1Belia 1Kemahiran, Gerakan Kemanusiaan Malaysia & Majlis Belia Negeri Johor telah menganjurkan kenduri istimewa bersempena Aidiladha pada tahun ini kepada Rakan Jalanan (Gelandangan) di sekitar Kotaraya Kuala Lumpur.

    Para sukarelawan telah menyediakan gulai masak utara istimewa daripada tujuh ekor kambing dan seekor lembu korban pada malam tersebut kepada hampir 600 Rakan Jalanan yang hadir tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Pihak Masjid juga telah menyajikan tayangan wayang pacak mengenai kisah pengembaraan haji dan ibadah korban. Disamping menikmati keenakan juadah dan bertemu mesra bersama para sukarelawan, mereka juga berpeluang untuk melihat mengapa dan bagaimana ibadah haji dan korban ini dilaksanakan melalui tayangan tersebut.

    Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan para sukarelawan yang telah membantu menjayakan acara tahunan ini. Orang ramai adalah amat dialukan untuk bersama menyertai dan menjadi sukarelawan sosial dengan menghubungi pejabat pentadbiran MJBKL di talian 03-2691 2829 atau menghubungi Fitrie Bubu di talian 011-2826 9865.

     

    MARSA2 MARSA3
    MARSA4 MARSA5
    MARSA6 MARSA7
       
       

    Disediakan Oleh:
    Masjid Jamek Bandaraya KL
    Pusat Pentadbiran Masjid Zon 3
    Bahagian Pengurusan Masjid
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

  • Pelajar Dipupuk Hayati Kebersihan Di Taman Melati

     

    WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.41.31 PM 1
     
     

    4 Oktober 2016 (Selasa) – 150 pelajar tahun 6, SK Taman Melati telah mendalami erti kebersihan dan keindahan melalui suatu program usahasama SK Taman Melati bersama Masjid Salahuddin al Ayyubi Taman Melati.

    Program yang diadakan mulai 8.00 pagi bertempat di Masjid Salahuddin al Ayyubi telah dimulai dengan Solat Dhuha sebagai usaha mendedahkan pelajar mengenai solat dan ganjaran melakukan ibadah tersebut yang diimami oleh Ustaz Muhamad Jalani bin Ahmad.

    Setelah itu, pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk melaksanakan tugas pembersihan di sekitar kawasan premis masjid seperti mengecat pagar masjid,menyusun semula al Quran dan kitab dan tugas pembersihan dan pengindahan lain.  

    Program selama 3 jam berakhir dengan jamuan yang disediakan oleh pengurusan masjid. Penutupan majlis telah disempurnakan oleh Datuk Ruslan bin Madon,Pengerusi Masjid Salahuddin al Ayyubi menyatakan usaha ini akan dijadikan program tahunan terutamanya mendedahkan pelajar sekolah kebersihan masjid adalah tanggungjawab bersama. Turut hadir pada program tersebut ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati Cikgu Mohd Sadli beserta 11 guru pengiring.

     

    WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.41.28 PM WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.53.15 PM 4
    WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.53.15 PM 5 WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.53.15 PM 6
     WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.53.15 PM 1  WhatsApp Image 2016-10-04 at 3.53.15 PM


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • MELABUH TIRAI2016: CERIA KEMBALI KE SEKOLAH @ MASJID AL-HIDAYAH SENTUL PASAR

     

    WhatsApp Image 2016-12-27 at 8.34.51 AM

    26 Disember 2016 (Isnin) – Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar Zon 2 telah mengambil pendekatan menceriakan anak yatim dan golongan asnaf dengan mengadakan Program Ceria Kembali Ke Sekolah Sebagai Program Melabuh Tirai 2016 di sini.

    Sebanyak 100 orang terdiri dari anak yatim dan golongan asnaf telah diraikan  dengan pemberian pakaian sekolah, peralatan alatulis, kasut sekolah dan beg sekolah diberikan didalam majlis tersebut. Menurut Tuan Haji Rosman bin Kasim,Pengerusi Masjid Al-Hidayah Sentul, “sebanyak RM 17,000.00 telah diperuntukkan untuk pembelian peralatan tersebut dengan kadar RM170 bagi setiap penerima sumbangan”.

    Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Fazli Bin Zain PPK Zon 2 turut sama dihadiri Tuan Haji Mohd Jiwa bin Khairi,Timbalan Pengerusi masjid al Hidayah, Ustaz Zulka Pili bin Abdul Mutalib,Timbalan Imam Masjid Al Hidayah,Sentul,barisan jawatankuasa masjid  dan juga 200 anak kariah masjid al Hidayah yang meliputi 9 buah surau yang bernaung di bawahnya.

    Di dalam ucapan ringkas,PPK Zon 2 turut memuji usaha yang dibuat oleh jawatankuasa masjid al Hidayah kerana dapat mengadakan program seumpama ini.Beliau juga turut mengalakkan anak kariah supaya menyumbang di dalam tabung masjid dengan menjadikan bersedekah sebagai suatu amalan. Dengan demikian, segala sumbangan yang dihulur mendatangkan manfaat besar dan pulangannya dikembalikan kepada anak kariah yang turut mendapat manfaatnya.

     

    WhatsApp Image 2016-12-27 at 8.34.45 AM WhatsApp Image 2016-12-27 at 8.34.47 AM
    WhatsApp Image 2016-12-27 at 8.34.48 AM WhatsApp Image 2016-12-27 at 8.34.50 AM
       

    Foto dan Teks disediakan Oleh :

    Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

    Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

    JAWI

     

  • SABTU AKHIR 2016 DAN TAHUN BARU 2017 @ KG. PADANG BALANG

     

     

    WhatsApp Image 2017-01-03 at 1.15.30 PM

    31 DISEMBER 2016 (SABTU) – Masjid Saidina Ali K.W telah mengambil inisiatif mendekatkan masjid di hati anak jemaah dan penduduk sekitar dengan menganjurkan Program Melabuh Tirai 2016 dan Sambutan Tahun Baru 2017 bertempat di Masjid Saidina Ali K.W. Kg. Padang Balang Kuala Lumpur.

    Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 350 anak jemaah dan penduduk sekitar Kg. Padang Balang. Majlis diserikan dengan dendangan nasyid oleh Ahli Kelab Remaja Masjid Saidina Ali.

    Majlis kemudian disusuli dengan Mini Forum Perdana yang telah dijayakan oleh Nizam Laksamana dan PU Izzat. Disamping itu, terdapat juga pertunjukkan silat oleh Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Kg. Padang Balang.

    Program Melabuh Tirai diadakan sebagai usaha jawatankuasa mengisi malam tahun baru dengan lebih bermakna dengan santapan rohani agar masyarakat terdidik dan lebih mencintai masjid. Jamuan yang disediakan secara bergotong royong sesama jemaah sejak petang lagi lebih mempertautkan perasaan mesra dan berukhuwwah di kalangan jemaah.Tepat jam 12.01 malam,tahun baru 2017 disambut dengan bacaan Asmaul Husna di kalangan anak kariah. 

    WhatsApp Image 2017-01-03 at 1.15.29 PM WhatsApp Image 2017-01-03 at 1.15.32 PM
    WhatsApp Image 2017-01-03 at 1.16.12 PM WhatsApp Image 2017-01-03 at 1.15.36 PM
       


    Foto dan Teks disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • AMRU AL-AS DEKAT DI HATI

     

    WhatsApp Image 2017-01-03 at 7.18.58 PM

     

    31 Disember 2016 (Sabtu)Masjid Amru Ibni Al-As mengakhiri tahun 2016 dengan mengambil pendekatan menganjurkan program masjid yang dekat dihati anak jemaah Bandar Baru Sentul dengan menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim, Fakir Miskin, Gunting Rambut Percuma Dan Ceramah Khas Ustazah Ros Izanuri anjuran bersama Nisa Batu dan Biro Muslimat Masjid Amru Al-Ass Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur.

    Program yang bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anak jemaah. Seramai 350 orang anak jemaah dan penduduk di sekitar Bandar Baru Sentul telah hadir sama bagi menjayakan program ini. 

    WhatsApp Image 2017-01-03 at 7.18.56 PM 1 WhatsApp Image 2017-01-03 at 7.18.55 PM
    WhatsApp Image 2017-01-03 at 7.18.54 PM WhatsApp Image 2017-01-03 at 7.18.50 PM
     WhatsApp Image 2017-01-03 at 7.18.49 PM  WhatsApp Image 2017-01-03 at 7.19.00 PM 1


    Teks dan Foto Disediakan Oleh:
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT @ SAIDINA ALI KW

     

    WhatsApp Image 2017-01-09 at 10.02.09 AM 1


    8 Januari 2017 (Ahad) –
    Kesihatan sangat berharga kerana tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit, di atas kesedaran tersebut Masjid Saidina Ali KW  telah mengorak langkah dengan mengadakan Program Ceramah Kesihatan untuk anak jemaah dan penduduk sekitar Kampung Padang Balang yang bertempat di Masjid Saidina Ali KW, Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur.

    Program yang bermula jam 8.30 pagi – 12.30 tengah hari ini telah berjaya mengumpulkan seramai 200 orang anak jemaah dan penduduk sekitar Kampung Padang Balang untuk hadir sama dalam menjayakan program tersebut. Dalam program ini terdapat dua slot ceramah, pada slot yang pertama ceramah yang bertajuk “Kesihatan Umum” telah disampaikan oleh YBhg. Pn. Saliza binti Mohd Salleh. Manakala pada slot yang ke dua  ceramah yang bertajuk “Kanser Di Kalangan Lelaki dan Wanita” telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Che Musa bin Salleh. Antara tarikan lain semasa program tersebut ialah pemeriksaan kesihatan percuma seperti tekanan darah, pemeriksaan diabetis dan berat badan.

     

    WhatsApp Image 2017-01-09 at 10.02.04 AM WhatsApp Image 2017-01-09 at 10.02.12 AM
    WhatsApp Image 2017-01-09 at 10.02.07 AM WhatsApp Image 2017-01-09 at 10.02.11 AM
       


    Foto dan Teks Disediakan oleh:
    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • DARI WANITA UNTUK WANITA @ MASJID IBN ABBAS TAMAN IBU KOTA

     

    WhatsApp Image 2017-01-17 at 8.33.56 AM

     

    16 Januari 2017 (Isnin) –Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan satu Forum Dhuha Muslimat yang menampilkan Personaliti Agama Televisyen Dan Radio iaitu Ybhg. Ustazah Isfadiah Dusuki, Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah dan moderator forum oleh Ustazah Shadiya Abbas.

    Forum yang disampaikan diatas tajuk “Mencari Keberkatan Dalam Kehidupan” telah menarik minat seramai 300 orang anak kariah untuk hadir bagi menjayakan program ini. Antara intipati daripada forum ini ahli panel menekankan bagaimana cara untuk kita mencari dan mendapatkan keberkatan dalam kehidupan seharian. Forum bermula jam 9.30 pagi dan telah berakhir jam 11.30 pagi.

    Program seperti ini penting dan harus diadakan lagi pada masa akan datang kerana ianya dapat  memberikan percambahan dan perkongsian ilmu pengetahuan kepada anak-anak kariah. Bagi yang ingin mengikuti program tersebut sila tonton di pautan https://youtu.be/aX38jmk468A

    WhatsApp Image 2017-01-17 at 8.33.54 AM WhatsApp Image 2017-01-17 at 8.33.33 AM
    WhatsApp Image 2017-01-17 at 8.33.34 AM 1 WhatsApp Image 2017-01-17 at 8.33.53 AM
       


    Teks dan Foto Disediakan oleh:
    Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • JELAJAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN @ MASJID ZON 2 SIRI 1/2017

     

    WhatsApp Image 2017-01-28 at 8.04.13 PM
     
     

    28 Januari 2017 / 1 Jamadil Awal 1438H(Sabtu) : Pejabat Pentadbiran Zon 2 dengan kerjasama Masjid Salahuddin al-Ayyubi, Taman Melati telah mengadakan Siri Jelajah Mufti Wilayah Persekutuan dengan Program Biacara Mufti bagi memberi percambahan ilmu kepada anak jemaah sekitar Taman Melati.

    Program Bicara Mufti Siri 1/2017 telah diadakan dengan jayanya bertempat di ruang solat Masjid Salahuddin al-Ayyubi dengan kehadiran jemaah seramai 300 orang. SS Datuk menyampaikan tazkirah bertajuk Orang Mukmin yang Hebat. Antara intipati ceramah S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ialah beliau menyeru supaya mengembalikan kegemilangan kekuatan Islam dengan menjadikan sejarah Islam para sahabat r.a sebagai contoh. Selanjutnya beliau meminta supaya generasi hari ini membina sejarah dunia dan bukannya hanya sekadar membaca sejarah dunia dengan membentuk kualiti berdasarkan Islam serta menjauhi yang syubhah di dalam kehidupan.

    Untuk menonton dan mendengar slot Bicara Mufti siri 1, bolehlah mengunjungi sesawang  https://www.facebook.com/AudioKuliah.

     

    WhatsApp Image 2017-01-28 at 8.04.14 PM WhatsApp Image 2017-01-28 at 8.04.12 PM 
    WhatsApp Image 2017-01-28 at 8.04.15 PM WhatsApp Image 2017-01-28 at 8.04.09 PM
     WhatsApp Image 2017-01-31 at 3.22.11 PM 2   WhatsApp Image 2017-01-31 at 3.22.05 PM


    Teks dan Foto Disediakan oleh:
    Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Gotong Royong Di Tanah Perkuburan Titiwangsa Anjuran Zon 4

     

    77b39ef2-a783-4e8d-bb6f-0a32cd87c7dd

     

    2 Februari 2017(Khamis) Masjid Jameul Ehsan dengan kerjasama Pusat Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan juga Balai Polis Pulapol telah berjaya menganjurkan Program gotong royong di tanah Perkuburan Titiwangsa pada 27 Januari  2017.

    Program bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Gotong royong ini disertai seramai 100 orang sukarelawan polis dengan pulapol. Pihak DBKL juga telah menyediakan segala peralatan bagi tujuan pembersihan dan juga pengangkutan sampah.

    Program ini dimulai dengan sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Komandan Pulapol.

    Ucapan penghargaan kepada semua yang menjayakan program gotong royong ini. 

     

    7f29a789-6da3-4927-b720-6d21194e7497 1 299a6e6f-b724-4588-b06b-583713139dae 3
    6316b1c1-9997-474c-a2b2-c62a63bf67ea 2 c21b9645-c4cf-4030-9f44-642c9028d1d0
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Bengkel Pemurniaan Integrated Holistic Education System ( Ihes ) Untuk Buku Panduan Murabbi Guru

     akk 1
     

    27 Januari 2017/ 27 RabbilAkhir 1438H - Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan  Bengkel Pemurniaan Akhir Buku Panduan Murabbi Tahun 1 dan 2 di Bilik Aktiviti, Aras 3 Pusat Islam. Seramai 30 orang  peserta dari kalangan guru Sekolah Rendah Agama ( SRA ) dan guru Sekolah   Intgrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan SIRAJ serta Pegawai dan Penolong Pegawai Bahagian Pelajaran  telah terlibat di dalam bengkel tersebut yang diadakan selama dua hari mulai 24-25 Januari 2017

    Pembimbing bengkel pada hari pertama ialah Ustaz Rosli bin Ahmad, merupakan Jurulatih Integrated Holistic Education System ( IHES )Jawatankuasa Induk Selangor. Taklimat berkenaan asas pengenalanIHES sedikit sebanyak membantu pemahaman guru-guru baru yang telah mula mengajar di Siraj mulai 3 Januari 2017.

    Bengkel pada hari kedua dibantu oleh dua orang fasilitator iaitu Puan Hajjah Arjuna bt Ismail ,Pen.Pegawai Tadbir Agama (Pend.Islam) Daerah Hulu Selangor dan Puan Hajjah Azimah bt  Abdul Aziz, Guru Besar SRA Taman Permata Hulu Klang. Para peserta dibimbing menterjemahkan Kaedah IHES dalam PdP dan penulisan Buku Panduan Murabbi bagi tahun 1 dan 2.

    Semoga dengan bimbingan dan pendedahan ini, para peserta boleh mengaplikasikan kaedah IHES dalam Buku Panduan Murabbi bagi kegunaan dan panduan guru-guru SRA dan SIRAJ di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di samping mengukuhkan Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) guru-guru sebagai Murabbi yang Da’ie seterusnya melahirkan anak-anak murid yang bersifat Da’ie.

     akk 6 akk3
     akk4 akk5

    Disediakan Oleh:

    Bahagian Pelajaran

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

     

     

     

     

     

  • Program Street Dakwah I Love Islam MAM Anjuran Pusat Zon 4

     

    IMG 3697

            20 Februari 2017 (Isnin) –Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)telah mengadakan PROGRAM STREET DAKWAH I LOVE ISLAM pada 13 Februari 2017M /16 Jamadil Awwal 1438H di 6 buah sekolah sekitar WangsaMaju, Kuala Lumpur.

           Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada remaja khususnya dan masyarakat Islam tentang remaja benci maksiat serta memberikan alternatif lain untuk memandu cinta anak muda hanya pada Allah, Rasul, ibu bapa dan cinta mengikut syarak. Antara aktiviti bagi program separuh hari ini ialah konvoi motorsikal berkuasa besar serta kuliah pendek yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Ibrahim (Ustaz Mad Cina) serta Abdul Rahman Bin Kasim (Man Raja Lawak). Selain itu, peserta konvoi juga ada mengedarkan risalah tentang remaja jauhi maksiat yang menerangkan tentang cara-cara mudah mengelakkan maksiat.

          Antara sekolah yang telah dilawati ialah Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati (SKWM), Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati (SMKWM), Kolej Vokasional Ekonomi Rumah Tangga Setapak (KVERTS), Sekolah Menengah Kebangsaan R1 (SMKR1), Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya (SKWJ) dan sekolah Rendah Agama Al-Muttaqin, Wangsa Melawati. Penerimaan bagi setiap sekolah amat memberangsangkan dengan memberi sokongan penuh bagi menjayakan program tersebut.

         Acara perasmian (flag off) telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jaafar Bin Ismail selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI. Turut hadir bagi memeriahkan lagi program ialah Ustaz Wan Yusoff Bin Wan Ishak selaku PENYELARAS ZON 4, JAWI serta Pengerusi Masjid Al-Muttaqin iaitu Tuan Haji Yahaya Bin Haji Din. 

     

    IMG 2744 IMG 2745
    IMG 2746 IMG 3700
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Kursus Profesionalisme Imam Dan Bilal Rawatib Anjuran Pusat Zon 2&4 JAWI

     

    DSCF8952

          20 Februari 2017 (Isnin) Pusat Zon 4 dan juga Pusat  Zon 2 Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Imam Dan Bilal Rawatib kepada semua Imam Dan Bilal Rawatib pada 18-19 Februari 2017 bertempat di Cherengin Hilll, Janda Baik Pahang.

         Kursus ini amatlah bermakna bagi meningkatkan kemahiran dan kefahaman para Imam dan Bilal Rawatib untuk meningkatkan prestasi kerja yang berkualiti di samping untuk mengurangkan rungutan serta aduan ke atas tugas pegawai dan petugas masjid.

         Peserta seramai 70 orang telah berjaya mengikuti kursus ini dan mengharapkan kursus seumpama ini akan dilaksanakan lagi bagi meningkatkan kemahiran meliputi personaliti, bacaan dan sebagainya dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

          Kursus ini telah disempurkan Perasmian Penutup oleh KPPK Bahagian Pengurusan Masjid iaitu Ybhg, Tuan Hj Jaafar Bin Ismail.

     

    DSCF8880 DSCF8946
    DSCF8914 DSCF8888
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Talk Show Muhasabah Diri " Peranan Wanita Dalam Masyarakat" @ Masjid Al Hidayah

     

    hidayah 1

    19 Februari 2017 (Ahad) – Biro Muslimah Masjid Al Hidayah Sentul Pasardengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al Hidayah telah menganjurkan satu Program Talk Show Muhasabah Diri yang bertajuk " Peranan Wanita Dalam Masyarakat" yang menampilkan Personaliti Agama Televisyen dan Radio Ybhg Ustaz Mohd Elyas bin Ismail dan Ustazah Fadzilah Yaacob seorang Penceramah Bebas.

    Program yang dimulakan pada jam 9.00 pagi telah menarik minat hampir 300 anak kariah yang hadir bagi menjayayakan program ini.Antara intipati daripada Program ini ialah memberi pendedahan kepada anak kariah peranan wanita dalam masyarakat. Program ini telah dirasmikan olah Tuan Hj Rusman bin Kasim Pengerusi Masjil Al Hidayah Sentul Kuala Lumpur.

     


     

    hidayah 2 hidayah 3
    hidayah 4 hidayah 5
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • JELAJAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN @ MASJID ZON 2 SIRI 2/2017

     

    WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.14.01 AM
     
     

    21 Fabruari 2017 / 24 Jamadil Awal 1438H(Selasa) : Pejabat Pentadbiran Zon 2 dengan kerjasama Masjid Saad Bin Abi Waqqas, Batu 4 Jalan Gombak, Kuala lumpur telah mengadakan Siri Jelajah Mufti Wilayah Persekutuan dengan Program Biacara Mufti bagi memberi percambahan ilmu kepada anak jemaah sekitar Batu 4 Jalan Gombak.

    Program Bicara Mufti Siri 2/2017 telah diadakan dengan jayanya bermula jam 8.00 malam hingga 9.00 malam bertempat di ruang solat Masjid Saad Bin Abi Waqqas dengan kehadiran jemaah seramai 300 orang. SS Datuk menyampaikan tazkirah bertajuk "Kelebihan Istighfar". Antara intipati ceramah S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ialah beliau menyeru supaya mecontohi Baginda Rasulullah SAW yang banyak beristighfar dan setiap masalah yang dihadapi akan menjadi lebih mudah dengan memperbanyakkan istighfar.

    Program ini turut diselitkan juga dengan penyampaian sumbangan kepada anak yatim kariah masjid oleh SS Datuk Mufti dan berakhir dengan jamuan makan.

     

    WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.14.04 AM WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.14.09 AM 
    7490f6da-e387-4086-ac5a-a221de09296e WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.13.56 AM
     WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.13.57 AM   WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.13.58 AM


    Teks dan Foto Disediakan oleh:
    Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Kursus Asas Pengurusan Jenazah anjuran Pusat Zon 4 kerjasama AJK HELWA Masjid Muadz Bin Jabal

     

    IMG-20170227-WA0031

     

    27 Februari 2017 ( Isnin) Pusat Zon 4 dengan kerjasama AJK HELWA masjid Muadz Bin Jabal telah

    menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Jenazah Muslimat  pada 25 Februari 2017 bertempat di Dewan

    Solat Masjid Muadz Bin Jabal.

    Kursus ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta muslimat yang berada di dalam kariah Masjid Muadz

    Bin Jabal dapat mempelajari teknik pengurusan jenazah yang telah disampaikan oleh Ustazah Ruzeeta

    Binti Saad dari Bahagian Dakwah JAWI.

    Antara objektif kursus ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnyapengurusan jenazah, memberi pendedahan cara yang betul menguruskan jenazah dan juga bekerja secara profesional, beretika dan berintegriti dalam satu pasukan berlandaskan nilai-nilai murni yang tinggi.

    Perasmian Penutup Kursus Asas Pengurusan Jenazah Muslimat ini telah disempurnakan oleh Ybhg Datin Natila Binti Ahmad, turut hadir PPK Pusat Zon 4 Us Wan Yusuf Bin Wan Ishak.

     

    IMG-20170227-WA0032 IMG-20170227-WA0028
    IMG-20170227-WA0029 IMG-20170227-WA0030
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Saudara Baru Dalami Ilmu Agama

     

    sb1

     

    6 Mac 2017 | 7 Jamadilakhir 1438H –Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru telah mengadakan Kelas Pengajian Saudara Baru pada 6 Mac 2017 di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

    Kelas pengajian ini yang dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Asas, Pertengahan dan Lanjutan dilaksanakan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8.45 pagi hingga 11.15 pagi untuk sesi pagi manakala sesi petang pada 2.15 petang hingga 4.45 petang.

    Untuk rekod, jumlah terkini pelajar yang mengikuti kelas pengajian adalah seramai 120 orang. Sesi pengajian bermula bulan Januari sehingga Jun dan Julai sehingga Disember. Kelas pengajian ini ditawarkan secara terbuka kepada semua muallaf di Wilayah Persekutuan.

     

      sb2  sb3
     sb4  sb5
       

    Disediakan Oleh:
    Bahagian Pengurusan Dakwah

     

     

  • PERUBATAN ISLAM & RAWATAN ISLAM PERCUMA @ SALAHUDDIN AL-AYYUBI

     

    WhatsApp Image 2017-03-13 at 3.49.29 PM 1

    9 Mac 2017 (Khamis) - Masjid Salahuddin Al-Ayyubi telah mengadakan Program Ceramah Perdana yang bertajuk "Perubatan Islam dan Rawatan Islam Secara Percuma" yang bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati 53100 Kuala Lumpur.

    Ceramah yang bermula pada jam 8.00-9.00 malam telah menarik minat seramai 250 orang anak jemaah Masjid salahuddin Al-Ayyubi dan penduduk di sekitar Taman Melati. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Mohd Fadhli Bin Puteh serta dibantu oleh fasilitator dari Pusat Rawatan Islam Darussalam.

    Dengan adanya pendedahan tentang perubatan dan rawatan Islam ini umat Islam di Taman Melati dan penduduk disekitar yang hadir mengikuti kuliah ini tidak lagi terkeliru dan terjerumus ke lembah syirik serta mempunyai altenatif yang lain dalam ilmu perubatan dan rawatan yang berlandaskan syarak.

     

    WhatsApp Image 2017-03-13 at 3.49.26 PM WhatsApp Image 2017-03-13 at 3.49.28 PM 1
    PER  
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • MEMPERKASAKAN IMAM DAN MUAZZIN SALAHUDDIN AL-AYYUBI

    WhatsApp Image 2017-03-13 at 4.03.07 PM

     

    11 Mac 2017 (Sabtu) -Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati Setapak Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Intensif Imam dan Bilal bagi kariah masjid secara percuma bertempat di dewan solat utama Masjid Salahuddin.

    Ceramah telah disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Rohaily @ Abd Rahman bin Abdullah dan Ustaz Hasan Fadli bin Abd Rahman serta fasilitator yang terdiri daripada imam dan bilal JAWI masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Kursus ini telah menarik minat seramai 100 orang peserta sekitar kariah masjid.

    WhatsApp Image 2017-03-13 at 4.01.55 PM WhatsApp Image 2017-03-13 at 4.01.53 PM
    WhatsApp Image 2017-03-13 at 4.01.50 PM WhatsApp Image 2017-03-13 at 4.02.00 PM
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • KEBERSIHAN CERMINAN KEINDAHAN MASJID @ MASJID AMRU IBNI AL-‘AS

     

    WhatsApp Image 2017-03-12 at 9.51.31 AM
     
     

     

    12 Mac 2017 / 13 Jamadil Akhir 1438H (Ahad) – Pihak pentadbiran Masjid Amru Ibni al-‘As Bandar Baru Sentul telah mengadakan program Gotong Royong Perdana 2017 dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Sentul bertempat di perkarangan masjid. Program ini juga turut melibatkan kerjasama daripada Giat Mara Jalan Pahang dan Asrama Sentosa Jabatan Kebajkan Masyarakat.

                                                                      

    Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Program ini juga dimulakan dengan acara senaman pagi beramai – ramai bagi memastikan semua peserta sihat dan ceria sebelum memulakan kerja gotong royong. Peserta gotong royong yang hadir dianggarkan seramai 150 orang.

    Program seperti ini dapat merapatkan ukhwah masyarakat muslim dan mendekatkan hati anak kariah dengan institusi masjid. Selain itu, ianya dapat melahirkan rasa cinta kita terhadap masjid dengan mezahirkan penjagaan kebersihan di kawasan perkarangan masjid.

    Pengerusi masjid iaitu Dato Abdul Razak Bin Hussain menyatakan cadangan bahawa program gotong royong sebegini akan kerap diadakan sekurang – kurangnya empat kali setahun.

    Semoga usaha murni peserta yang terlibat dalam memastikan masjid sentiasa dalam keadaan bersih dan indah akan menjadi ikutan kepada masyarakat yang lain.

    WhatsApp Image 2017-03-12 at 9.51.23 AM WhatsApp Image 2017-03-12 at 9.51.26 AM
    WhatsApp Image 2017-03-12 at 9.51.33 AM WhatsApp Image 2017-03-12 at 9.51.28 AM
       


    Disediakan oleh
    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • JEMAAH IBU KOTA DALAMI ILMU PENGURUSAN JENAZAH

     

    WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.15.42 AM

    12 MAC 2017 (AHAD) -Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota dengan kerjasama Pusat Zon 2 JAWI telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Dewan Seminar, Masjid Ibn Abbas, Jalan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

    Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan slot pengenalan pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Ust. Mohd Marngi Bin Wasim dan pada slot kedua praktikal mandi dan juga mengkafan jenazah yang dikendalikan oleh fasilitator dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI iaitu Ust Mohd Shafiq dan Ustazah Raisah. Seramai 80 orang anak kariah telah mengambil bahagian dalam kursus ini, dan keseluruhan peserta memberikan komen dan juga respon yang positif terhadap kursus ini kerana sangat bermanfaat dan memberi input yang sangat berguna untuk dipraktikkan pada masa hadapan.

    Turut hadir menyerikan majlis adalah Y.Bhg. Ust. Mohamad Fazli Bin Zain, Ketua Penyelaras, Pusat Zon 2 JAWI yang telah merasmikan Majlis Perasmian Penutup serta menyampaikan cenderamata kepada peserta kursus dan juga fasilitator. Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari.

    .

     

    WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.18.29 AM WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.20.09 AM
    WhatsApp Image 2017-03-13 at 9.10.06 AM WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.18.31 AM 1
       


    Teks dan Foto Disediakan oleh:
    Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Bengkel Muazin Dan Solat Cara Rasulullah

     

    Picture2

     

    19 Mac 2017 (Sabtu) – Masjid Anas Bin Malik, Kg Selayang Lama telah mengadakan Program Bengkel Muazin dan  Solat Cara Rasulullah. Bengkel tersebut telah disertai oleh seramaiseramai 150 orang peserta bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

    Bengkeltersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Jeffri Bin  Bujangmerupakan salah seorang finalis Program Bilal Idaman, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) danUs. Mohd Mustakim Bin Mohamood, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada anak- anak kariah mengenai kelebihansebagai bilal serta membimbing peserta mengenai kaedah azan, selain itu,  bengkel ini juga memberi pencerahan terhadap kaedah ibadahsolat mengikut cara Rasulullah.

    Semoga bengkel yang dianjurkan oleh pihak masjid ini mampu merealisasikan masjid sebagai pusat ilmu kepada anak-anak kariah dan sekitarnya.

    Picture9 Picture6
    Picture4 Picture8
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 1,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • BICARA MUFTI MASJID ZON 2 SIRI 3/2017 @ MASJID IBN ABBAS

     

    WhatsApp Image 2017-03-23 at 10.27.10 AM 1

    21 MAC 2017 (SELASA) -Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota dengan kerjasama Pusat Zon 2 JAWI telah mengadakan Program Bicara Mufti sempena jelajah mufti ke masjid zon 2 bagi tahun 2017 ini bermula selepas solat maghrib.

    SS Datuk Mufti dalam ceramah beliau telah banyak menekankan aspek Tabayyun dalam apa jua perkara dalam kehidupan seharian, terutama sekali dengan ledakan era teknologi maklumat ini beliau menyeru semua masyarakat agar apabila mendapat sesuatu berita maka perlulah disemak dan diteliti maklumat tersebut sebelum kita sebarkan kepada orang lain.

    Sebelum itu SS Datuk Mufti sempat meluangkan masa untuk melihat masalah yang berlaku di Surau An-Nur Setapak Indah serta beramah mesra bersama ahli jawatankuasa surau tersebut.


     

    WhatsApp Image 2017-03-23 at 10.27.13 AM WhatsApp Image 2017-03-23 at 10.27.10 AM
       
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Ziarah Pengarah JAWI Menjejak Kasih Pesara

    jpusazizzain1 
     

    30 Mac 2017 I 2 Rejab 1438H (Khamis) – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam meneruskan misi menjejak pesara ke kediaman Ustaz Abdul Aziz bin Zain di Hulu Langat, Selangor. Beliau yang kini berumur 68 tahun telah menamatkan perkhidmatan dengan jawatan Ketua Penolong Pengarah (S48) pada tahun 2005 dan telah banyak menabur bakti pada jabatan ini khususnya dalam menyebar luaskan syariat Islam di Wilayah Persekutuan.

    Seramai 21 orang pegawai JAWI dari pelbagai bahagian telah menyertai program kali ini.  Rombongan yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI dan diringi oleh Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI turut disertai oleh Ketua-ketua Bahagian di JAWI iaitu Tuan Haji Yusof bin Mamat, Tuan Haji Zainul Abidin bin Mat Noor, Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad dan Tuan Haji Jaafar bin Ismail. Justeru, program jejak pesara kali ini bukan sahaja berjaya menjejaki beliau malah dapat membina ukhuwah antara generasi lama dan baharu yang ada di JAWI di samping mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. Diharapkan beliau diberikan Allah SWT umur yang panjang serta kesihatan yang baik.

    Semoga usaha murni menjejaki bekas penjawat awam yang bersara di JAWI ini, menjadi jambatan yang boleh menghubungkan antara Jabatan dengan pesara. Melalui usaha ini juga diharapkan semua penjawat awam yang telah bersara di JAWI tidak merasa terpinggir dan tersisih daripada rakan-rakan yang masih berkhidmat di jabatan ini.

     
             jpusazizzain2 jpusazizzain3 
       
                                                                              jpusazizzain4

                                                             

     

     Disediakan oleh:

    Bahagian Pengurusan Dakwah                                                                    
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

  • Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Haji Peringkat Masjid Al-Muqarrabin bagi Tahun 2017/1438H

    haji 8

     

     

     1 April 2017 / 4 Rejab 1438H (Sabtu) – Masjid Al-Muqarrabin dengan kerjasama Pusat Zon 5 dan Tabung Haji Wilayah Persekutuan  telah menganjurkan Kursus Asas Haji bagi peringkat wilayah persekutan, majlis perasmian telah disempurnakan oleh  YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz Jusoh, Pengarah JAWI . Majlis turut dihadiri timbalan pengarah Tabung haji W.P , Timbalan Pengarah Operasi JAWI Tn hj Yaacob bin Ab Rahim, Tn Hj jaafar Bin Ismail KPPK Bahagian Pengurusan Masjid , Tn Hj Mazlan Bin Osman ,PPK ZOn 5 dan Timbalan Masjid Al-Muqarrabin Datuk Taufik Bin Said.

    Kursus Asas haji ini merupakan kursus tahunan yang dianjurkan oleh pihak masjid dan berlansung selama 17 siri bermula dari disember 2016 sehingga la April 2017. Kursus tersebut disertai hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat dan di kendalikan oleh Ustaz Abu Hassan sebagai tenaga pengajar dan Ustaz Mohammad Khalil Bin Ibrahim bertindak sebagai ketua Urusetia yang merupakan Ketua Imam Masjid Al-Muqarrabin.

     

     
    haji 4 haji 1
     haji 2     haji 3

     

    Disediakan oleh :

    Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan 

    Pusat Zon 5 (JAWI)

     Foto oleh : 

    Masjaya Bin Andi Abdilah & Muhd Fadhli Bin Harun 

    Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 5 

     

     

     

     

     

     

  • Lawatan Pemerhatian Perbicaraan Kes Perceraian Di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    1
     

    10 April 2017 (Isnin) – Atas inisiatif mendapatkan informasi dan maklumat mengenai proses perbicaraan sesuatu kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seramai sepuluh orang Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ (PNCR) bersama dua orang kakitangan Unit Cerai, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur yang diketuai oleh Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ (KPNCR) Wilayah-Wilayah Persekutuan telah mengadakan Lawatan Pemerhatian Perbicaraan Kes Perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Tujuan utama lawatan pemerhatian kes ini diadakan adalah untuk melihat dengan lebih dekat mengenai proses perbicaraan bagi kes perceraian yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, dapatan dari pemerhatian perbicaraan kes ini juga dapat dimanfaatkan di dalam perkhidmatan khidmat nasihat kekeluargaan yang dijalankan di BPPK serta memahami prosedur dan proses pembubaran perkahwinan yang dijalankan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Sebanyak sepuluh perbicaraan kes tuntutan perceraian yang dikendalikan oleh Yang Arif Tuan Mohd Saifullah bin Hamzah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dapat disaksikan di Dewan 9, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Perbicaraan kes yang disaksikan adalah meliputi kes permohonan perceraian, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) iaitu perceraian dengan talaq atau dengan perintah (seksyen 47), timbang tara oleh Hakam (seksyen 48), perceraian khul’ atau cerai tebus talaq (seksyen 49), perceraian di bawah ta’liq atau janji (seksyen 50), perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh (seksyen 52) dan kes pengesahan lafaz cerai yang telah dilafazkan di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.

     

    2 3
     4  5

    Disediakan oleh:

    Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

  • ULAMAK MEMBAWA RAHMAT @ SUNGAI MULIA

     

    WhatsApp Image 2017-04-19 at 7.24.07 AM




    18 April 2017 / 21 Rejab 1438H – (Selasa)
    : Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 dengan kerjasama Masjid Zaid Bin Haritsah, Sungai  Mulia KM 8 Jalan Gombak Kuala Lumpur telah mengadakan Siri Jelajah Mufti Wilayah Persekutuan dengan Program Bicara Mufti bagi memberi percambahan ilmu kepada anak jemaah sekitar Sungai Mulia.

    Program Bicara Mufti Siri 4/2017 telah diadakan dengan jayanya bertempat di ruang solat Masjid Zaid Bin Haritsah dengan kehadiran jemaah seramai 300 orang. SS Datuk menyampaikan tazkirah bertajukIbrah Peristiwa Israk Mikraj.Antara intipati ceramah S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ialah beliau menasihati supaya menjaga solat dan hati kerana dengan solat dapat membersihkan hati. Hati yang bersih dapat menghadirkan rasa khusyuk dalam beribadah serta mendapat ketenangan dalam kehidupan.

    Majlis diakhiri dengan Perasmian Kepuk Rezeki Masjid Zaid Bin Haritsah untuk golongan asnaf yang memerlukan. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.

     

    WhatsApp Image 2017-04-18 at 10.56.23 PM WhatsApp Image 2017-04-19 at 7.24.37 AM 1
     WhatsApp Image 2017-04-19 at 9.34.38 AM  WhatsApp Image 2017-04-19 at 9.34.04 AM
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Pelaksanaan Solat Jumaat Pertama di Masjid Ibnu Khaldun ,Pekan Sungai Besi 57100 Kuala Lumpur

    mjik 2

     

     

    21 April 2017 (Jumaat)Masjid Ibnu Khaldun, Pekan Sungai Besi telah dibuka secara rasminya dengan perlaksanaan solat jumaat buat kali pertama di masjid ini. Masjid ini diletakkan di bawah pejabat pentadbiran Pusat Zon 5, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

    Hadir sama dalam melaksanakan solat Jumaat tersebut ialah YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),YBhgTan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (JAKIM)SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah PersekutuanYBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,YBhg Datuk Rizalman Bin Dato’ Hj Mokhtar, Pemimpin masyarakat  dan Pegawai-Pegawai Kanan JAWI.

    Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Antara isi kandungan khutbah yang disampaikan, YB. Menteri mengingatkan kepentingan pengimarahan masjid dan menjadikan masjid ini suatu tempat perpaduan ummah serta mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan yang membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Adalah diharapkan Jawatankuasa masjid dan masyarakat setempat dapat menghargai pembinaan masjid ini dan menjadikannya pusat pengukuhan ukhwah masyarakat islam dan bersama-sama bekerjasama dalam mengimarahkan masjid ini . Pembinaanmasjid ini bukan hanya sebagai institusi keagamaan malah bertindak sebagai kemudahan kepadapenduduk sekitar  Pekan Sungai Besi dalam menyemarakkan lagi aktiviti–aktiviti keagamaan selaras dengan peranan yang dimainkan oleh masjid untuk meningkatkan syiar Islam di Wilayah Persekutuan.

     

    mjik mjik 3
    mjik 4 mjik 6
       
       
       

    Disediakan Oleh:

    Pejabat Pusat Zon 5 (JAWI) Kuala Lumpur

     

  • ISRAK DAN MIKRAJ DI TAMAN MELATI DAN JALAN SENTUL PASAR

     

    WhatsApp Image 2017-04-26 at 10.13.21 AM

    23 April 2017 (Ahad)Masjid Salahuddin Al- Ayyubi Taman Melati Setapak Kuala Lumpur dan Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar Kuala Lumpur telah mengadakan Ceramah Perdana Israk dan Mikraj serentak di masjid masing-masing sempena hari kebesaran Islam tersebut yang jatuh pada tanggal 27 Rejab 1438H bersamaan 24 April 2017 dan telah disambut sehari lebih awal.

    Ceramah Israk dan Mikraj ini diadakan selepas solat maghrib. Seramai 350 orang telah direkodkan hadir dalam sesi ceramah tersebut. Penceramah jemputan ialah Ybhg PU Johari Ibrahim iaitu Selebriti Program “Pencetus Ummah” musim kedua anjuran Astro Oasis. Tajuk ceramah yang disampaikan beliau ialah “Israk Mikraj Satu Rialiti”.

    Manakala di Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar juga telah menarik minat seramai 400 anak jemaah untuk hadir bagi mendengar ceramah bertajuk “Israk Mikraj” yang telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Harryanto Rizal Rokman.

    Dengan adanya ceramah Israk dan Mikraj yang diadakan pada setiap tahun akan memimpin masyarakat ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. berjaya di dunia dan akhirat.


     

    WhatsApp Image 2017-04-25 at 10.33.56 AM WhatsApp Image 2017-04-25 at 10.33.44 AM
     WhatsApp Image 2017-04-23 at 8.38.16 PM  WhatsApp Image 2017-04-23 at 8.58.13 PM
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • IHTIFAL SRA DAN KAFA PERINGKAT ZON 2017M/1438H

     

     zon111

    27 April 2017 /30 Rejab 1438H - Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan program Ihtifal SRA dan KAFA Peringkat  Zon seperti berikut :

    18 April 2017 (Selasa) -     Zon 1 bertempat di SRA Saidina Ali (kw) dan   Zon 2 bertempat di SRA  Amru al-As

    19 April 2017 (Rabu)     -     Zon 3 bertempat di SRA al-Suyuthi  dan Zon 4 bertempat  di SRA al-Jamiyyah

    20 April 2017 (Khamis) -     Zon 5 bertempat di SRA Saidina Uthman bin Affan dan Zon 6  bertempat di SRA al-Khawarizmi

    22 April 2017 (Sabtu)    -     Zon 7 bertempat di SKPP 5 (1) Putrajaya

    Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pelajaran bertujuan mencungkil bakat dan kebolehan   murid SRA dan KAFA dalam acara yang dipertandingkan  seperti Tilawah  al-Quran (Lelaki/Perempuan),  Hafazan (Lelaki/Perempuan), Ejaan Jawi (terbuka), Khat (terbuka), Syarahan Bahasa Arab (Lelaki/Perempuan),Syarahan Bahasa Melayu (Lelaki /Perempuan) dan Nasyid (Lelaki/Perempuan). Tahniah diucapkan  kepada semua pemenang di setiap Zon, Insyallah berjumpa lagi di Ihtifal Akhir.

     

    Zon 1  Zon 2 
     zon 8  Zon 3
     Zon 4  zon 5
     zon 7  Zon 6

    Disediakan Oleh;

    Bahagian Pelajaran

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

     

     

     

  • Bengkel Penyediaan Draf Hadis Tahun 4 Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (Siraj) Dan Sekolah Rendah Agama (Sra) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

     hadis 1
     

    28 April 2017 / 1 Saaban 1438H.Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Bengkel Penyediaan Draf Hadis Tahun 4  selama 3 hari bermula dari 25-27 April 2017 bertempat di di Bilik Aktiviti, Aras 3, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dikelola oleh Unit Akademik Bahagian Pelajaran.

    Bengkel  kali ini  diadakan bagi  memilih hadis-hadis  yang bersesuaian dengan  cadangan kandungan objektif yang telah disediakan. Kesemua hadis ini dipilih daripada riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid tahun 4 yang mana ianya akan dijadikan Sukatan Buku Teks Hadis dan akan diguna pakai di semua Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI ( SIRAJ ) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Wilayah Persekutuan. Sebanyak 6 Hadis telah dipilih untuk dijadikan sebagai isi pelajaran Hadis Tahun 4.

    hadis 2  hadis 3 
     

    Disediakan Oleh;

    Bahagian Pelajaran

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

  • TAULADAN ISRAK MIKRAJ @ MASJID IBN ABBAS

     

    WhatsApp Image 2017-04-28 at 7.56.31 AM 1


    26 APRIL 2017( RABU) -
    Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota dengan kerjasama Bank Muamalat telah mengadakan Ceramah Israk Mikraj 1438H bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Ibn Abbas.

    Majlis bermula pada jam 7.30 malam hingga 9.00 malam. Di antara pengisian majlis  ini adalah solat Maghrib dan seterusnya ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Mohd Hafiz Fauzi, (Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat). Seramai 100 orang Jemaah yang hadir bagi memeriahkan ceramahini.

    Dengan adanya ceramah Israk dan Mikraj yang diadakan pada setiap tahun akan memimpin masyarakat kejalan yang diredhai Allah S.W.T. dan mendapat kejayaan di dunia mahupun akhirat.


     

    WhatsApp Image 2017-04-28 at 7.57.41 AM WhatsApp Image 2017-04-28 at 7.55.43 AM 1
       
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Majlis Taklimat Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan Mobile Apss MyNCR Kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Bil. 2/2017

    1

     
    16 Mei 2017M (Selasa) -  Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) di bawah Cawangan Nikah Cerai Dan Ruju’ telah mengadakan Majlis Taklimat Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan Mobile Apss MyNCR Kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Bil 2/2017 bertempat di Dewan Hadhari, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.Taklimat tersebut  telah disampaikan oleh Ustazah Rosnahni Binti Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial Dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penerangan berkaitan isu-isu Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) telah sampaikan oleh Ustaz Hazman Bin Hashim, Penolong Pengarah di BPPK . Perasmian masjlis telah disempurnakan oleh YBrs Dr. Abdul Ghaffar Bin Surip, Ketua Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan. Objektif program adalah bertujuan menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkaitan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan Mobile Apps MyNCR serta prosedur yang digunapakai agar selari dengan apa yang dilaksanakan di ibu pejabat.

    2 3
     4  5


    Disediakan oleh:

    Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPSRA & UPKK Anjuran Pusat Zon 4

     

    20170514 101228

    17 Mei 2017 (Rabu) – AJK Helwa Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama Pusat Zon 4 dan sekolah SRA dan KAFA  serta Parlimen Setiawangsa telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang UPKK Dan UPSRA 2016 bertempat di Dewan Masjid Muadz Bin Jabal pada 14 Mei 2017.

    Sebanyak 8 sekolah SRA dan Kafa di bawah Parlimen setiawangsa telah mengambil bahagian iaitu SRA muadz Bin Jabal, SRA Al-Tabrani, Kafa Masjid Muadz Bin Jabal, Kafa Surau al-Syakiri8n, Kafa Surau Nurussalam, Kafa Madrasah Nuruliman, SRA Masjid Abu Ubaidah dan juga SRA Jaafar Bin Abu Thalib.

    Kejayaan pelajar-pelajar yang mendapat 8A amat menggalakkan kerana seramai 227 orang telah berjaya mendapat pangkat mumtaz dalam UPSRA dan 113 orang telah mendapat 7A dalam peperiksaan UPKK.

    Harapan pihak penganjur agar tahun 2017 akan lebih ramai pelajar yang akan cemerlang dalam peperiksaan UPSRA dan UPKK.

    Majlis perasmian telah disempurkan oleh Ybhg Tuan Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI, Tuan Azhar Bin Md Kasim, dari Pejabat YB parlimen Setiawangsa, Ybhg Tuan Hj Jaafar Bin Ismail KPPK Bahagian Pengurusan Masjid serta kakitangan Bahagian Pengurusan Masjid.

     

    20170514 101146 20170514 090427
    20170514 102618 20170514 103249
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Kelas Kemahiran Wanita Anjuran Pusat Zon 4

     

    IMG-20170510-WA0008

    17 Mei 2017 (Rabu) – AJK Helwa Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama Pusat Zon 4 telah mengadakan Kelas Kemahiran Wanita (Kelas memasak biskut raya) bertempat di Anjung Masjid Muadz Bin Jabal pada 10 Mei 2017.

    Seramai 90 penyertaan Jemaah Masjid Muadz Bin jabal hadir mempelajari kelas memasak biskut raya. Sebanyak 3 jenis biskut yang dipelajari iaitu red valvet coklat chip, conflakes coklat serta Biskut mentega kacang bercoklat.

    Peserta amat berpuas hati dan mengharapkan kelas seumpama ini akan dilaksanakan setiap masa.

     

    IMG-20170510-WA0011 IMG-20170510-WA0020
    IMG-20170510-WA0021 IMG-20170510-WA0012
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • MASJID IBN ABBAS BERSAMA MASYARAKAT

     

    WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.25.09 AM



    21 MEI 2017 (AHAD) -
    Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota telah mengadakan gotong-royong masjid, Tahlil Perdana serta Majlis Sumbangan kepada Anak Yatim dan Asnaf kariah Masjid Ibn Abbas.

    Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi ini dimulakan dengan taklimat penyembelihan yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Fatah bin Yusof (BahagianPenyelidikan JAWI) dan seterusnya para jemaah didedahkan secara praktikal sembelihan lembu. Pada masa yang sama seramai 50 orang jemaah bersama bergotong-royong membersihkan masjid serta membuat persiapan memasak jamuan tengahari dan malam.

    Pada sebelah malam pula telah diadakan Majlis Tahlil Perdana dan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Asnaf dan Anak Yatim kariah masjid. Seramai 52 orang asnaf dan anak yatim telah menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan untuk menyambut Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba. Majlis berakhir dengan jamuan makan malam yang dihadiri seramai 300 orang jemaah.


     

    WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.24.28 AM WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.24.26 AM
     WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.24.26 AM 1  WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.24.27 AM
     WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.26.14 AM  WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.26.16 AM


    Disediakan oleh
    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Usrah Muslimat Bersama Ust Nurhafizah Musa Anjuran HELWA MMBJ Zon 4

     

    IMG-20170610-WA0012

    13 Jun 2017(Selasa) - Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama HELWA Masjid Muadz Bin Jabal  dan Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Usrah Muslimat Bersama Ustazah Nor Hafizah Musa pada 10 Jun 2017 bertempat di Dewan solat Masjid Muadz Bin Jabal.

    Usrah Muslimat telah mendapat penyertaan seramai hampir 500 orang membanjiri Dewan solat Masjid Muadz bin Jabal untuk mendengar kuliah Ustazah Norhafizah Musa yang bertajuk Bidadari syurga.

    Peserta amat tertarik dengan tajuk yang dikupaskan oleh penceramah dan amat mengharapkan agar majlis seumpama ini dapat dianjurkan lagi.

    IMG-20170610-WA0007 IMG-20170610-WA0010
    IMG-20170610-WA0022 IMG-20170610-WA0038
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Muslimat Anjuran HELWA MMBJ Zon 4

     

    IMG-20170612-WA0069

    13 Jun 2017(Selasa) - Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama HELWA Masjid Muadz Bin Jabal  dan Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Tadarus al-Quran dan Khatam bagi Muslimat Masjid Muadz Bin Jabal pada 12 Jun 2017 sempena Hari Nuzul Al-Quran bertempat di Dewan solat Masjid Muadz Bin Jabal.

    Penyertaan seramai hampir 200 orang muslimat dari Kariah Masjid Muadz Bin Jabal telah hadir mengikuti tadarus . Sebanyak 30 kumpulan telah diagihkan untuk peserta membaca al-Quran.

    Majlis khatam Al-Quran beramai-ramai dimulai selepas peserta semua menamatkan majlis tadarus selama hampir 2 jam menamatkan tadarus al-quran.

    Majlis diserikan dengan zikit dan solawat selepas tamat majlis tadarus dan khatam al-Quran beramai-ramai, peserta juga gembira mendapat cenderahati daripada masjid tanda kenangan.

     

     

    IMG-20170612-WA0071 IMG-20170612-WA0070
    IMG-20170612-WA0031 IMG-20170612-WA0029
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Bubur Lambuk Anjuran HELWA Masjid Muadz Bin Jabal Zon 4

     

    IMG-20170602-WA0055

     

    13 Jun 2017(Selasa) - Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama HELWA Masjid Muadz Bin Jabal  dan Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah membuat agihan  bubur lambuk kepada jemaah kariah Masjid Muadz Bin Jabal pada setiap jumaat iaitu pada 9,16 dan 23 Jun 2017 selepas solat asar.

    Agihan bubur lambuk dibuat di depan pintu masuk Masjid dan juga diagihkan di sekitar jalanraya masjid.

    Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk telah berjaya diagihkan oleh AJK dan pekerja Masjid Muadz Bin Jabal.

     

    IMG-20170609-WA0059 IMG-20170602-WA0070
    IMG-20170602-WA0071 IMG-20170602-WA0080
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • "Gerobok Rezeki" Anjuran Masjid Muadz Bin Jabal Zon 4

     

    IMG-20170602-WA0096

     13 Jun 2017(Selasa) - Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama HELWA Masjid Muadz Bin Jabal  dan Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Gerobok Rezeki untuk diagihkan kepada golongan asnaf bagi Jemaah Masjid Muadz Bin Jabal.

    Gerobok Rezeki telah diilhamkan bagi pemberian Bulan Ramadhan kepada golongan kurang berkemampuan. Pemberiaan ini sebanyak 3 siri  Selepas solat Jumaat iaitu pada 9, 16 dan 23 Jun 2017. Asnaf yang hadir terdiri daripada golongan miskin, fakir, anak yatim, ibu tunggal yang tidak berkemampuan. Mereka telah mendapat barang makanan asas seperti beras, gula, tepung, susu, milo, the, kopi, sardin, biskut dan pelbagai barangan yang telah disumbangkan oleh kariah masjid.

    Seramai hampir 80 orang asnaf mendapat bantuan hasil  daripada tercetusnya Gerobok Rezeki yang diilhamkan oleh Masjid Muadz Bin Jabal.

    IMG-20170602-WA0097 IMG-20170602-WA0103
    IMG-20170602-WA0116 IMG-20170602-WA0117
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Majlis Ihtifal SRA Dan KAFA Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 20167M/1438H

     

    IHTIFAL MAIN 

    15 Julai 2017 (Sabtu) – Seramai 218 peserta mengikuti Majlis Ihtifal SRA Dan KAFA Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 20167M/1438H bertempat di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.Para peserta yang terdiri daripada pelajar SRA dan KAFA seluruh Wilayah Persekutuan itu dipilih selepas melalui proses saringan ihtifal di peringkat sekolah dan zon yang telah diadakan pada bulan April lepas.Program tahunan tersebut diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan minat murid-murid SRA dan KAFA kepada aktiviti luar bilik darjah.Di samping itu juga, program ini merupakan salah satu medium yang sesuai untuk mencungkil bakat dan menggilap potensi murid-murid dalam bidang amal islami serta memupuk sifat keyakinan diri, kepetahan berhujjah serta dapat menanamkan sifat berani bersaing.Antara acara-acara yang dipertandingkan sepanjang majlis berlangsung ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Syarahan Bahasa Arab, Syarahan Bahasa Melayu, Khat, Tulisan Jawi serta pertandingan Nasyid.
    Majlis penutup serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar). Hadir sama ialah YBrs. Tuan Haji Abdul Abdul Aziz Bin Jusoh, Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Haji Yusof Bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI yang juga turut menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI serta YBrs. Ustazah Khatijah Binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pelajaran JAWI.
     
    IMG 4543   IMG 4556
     IMG 4585  IMG 4611
     IMG 4859  IMG 4965
  • TAUTAN SILATURAHIM ERATKAN PERPADUAN @ TAMAN MELATI

     

    5b37435f-2114-496b-a520-14124fbb2e15
     
     

    15 Julai 2017 / 23 Syawal 1438H (Sabtu)– Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 JAWI telah mengadakan Majlis Tautan Mahabbah Aidilfitri 1438H di dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati Setapak Kuala Lumpur.

    Majlis dihidangkan dengan pelbagai aneka juadah yang menyelerakan untuk para tetamu yang hadir bermula pada jam 1.45 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang telah berjaya mengumpulkan seramai 600 anak jemaah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dan penduduk di sekitar untuk hadir ke majlis ini. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu jemputan VVIP iaitu Pengarah JAWI, Pengerusi UDA, YBhg Datok Mohd Shafei Abdullah, Pegawai-pegawai Kanan JAWI dan Pengerusi-pengerusi Masjid dan Surau Zon 2.

    Majlis turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir berumur 12 tahun ke bawah. 

    3cecaefb-e459-4753-b9a2-8eb8f303e469
    7d8f86cc-0b65-4503-801a-d79b94ddb751 
    394268bc-8aed-450a-882d-701c0a2c7f99 f1588ded-b5f4-4bee-a3f8-4d98b6618516
       


    Teks dan Foto Disediakan oleh:
    Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • JELAJAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN @ MASJID ZON 2 SIRI 6/2017 (14)

     

    e9591475-60d0-4ed1-af49-b1093b0ca135
     
     

    18 Julai 2017 / 24 Syawal 1438H (Selasa) – Pejabat Pentadbiran Zon 2 dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar Kuala Lumpur telah mengadakan Siri Jelajah Mufti Wilayah Persekutuan dengan Program Bicara Mufti bagi memberi percambahan ilmu kepada anak jemaah sekitar daerah Sentul Pasar.

    Program Bicara Mufti Siri 6/2017 telah diadakan dengan jayanya bermula jam 8.00 malam hingga 9.00 malam bertempat di ruang solat Masjid Al-Hidayah dengan kehadiran jemaah seramai 300 orang. S.S Datuk menyampaikan tazkirah “Keseronokan Dalam Beribadah”. Antara intipati ceramah S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ialah beliau menyeru supaya memperbetulkan niat dalam beribadah untuk menghadirkan rasa seronok dalam beribadah kepada Allah SWT dan sentiasa mengamalkan zikrullah walau dimana sahaja.

    Program ini turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan kepada seramai 8 orang bakal haji kariah masjid oleh SS Datuk Mufti dan berakhir dengan jamuan makan.

    .

     

    8460899c-1649-4f70-8346-f6fb7bbd2086 efad9327-b989-4bf8-8591-9af6d8897c5c 
    bfd07612-5901-45f1-8939-bde04abcc751 2bd2e8fc-ca9f-4411-8c02-33b5e3a76860
        


    Teks dan Foto Disediakan oleh:
    Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Surau-Surau Putrajaya 1438h / 2017m

     

    IMG 1147

     

    23 Julai 2017M /29 Syawal 1438H (Ahad) -JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama barisan Jawatankuasa Surau An-Najah Presint 9 Putrajaya telah mengadakanMajlis Tautan Aidilfitri Peringkat Surau-surau Putrajaya bertempat di perkarangan SurauAn-Najah, Jalan P9A Presint 9 Putrajaya.

    Majlis yang bertemakan “Kemenangan Dirai, Syawal Disyukuri” ini diserikan dengan sajian pelbagai menu daripada 14 gerai Surau Jumaat Putrajaya dan antara menu yang menarik perhatian para pengunjung ialah kambing golek, sate, bakso dan durian.

    Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan lagu-lagu raya oleh kumpulan nasyid Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya. Pertandingan gerai tercantik turut diadakan yang mana gerai Surau Al-Munawwarah Presint 5 dinobatkan sebagai gerai terbaik. Tempat kedua dimenangi oleh gerai Surau An-Najah Presint 9 manakala tempat ketiga dimenangi oleh gerai Surau Putra Al-Amin Presint 8. Turut berlangsung dalam majis ini ialah sesi pemeriksaan kesihatan percuma kepada para tetamu dan urus setia yang terlibat.

    Ucapan alu-aluan  disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah  JAWImanakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nordin bin Hassan, Pengerusi Persatuan Penduduk Putrajaya mewakili Menteri Wilayah Persekutuan.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya.

    IMG 1281 IMG 1161
    IMG 1307 IMG 1351
     IMG 1406  IMG 1147


    Disediakan oleh,


    JAWI Cawangan Putrajaya

     

  • Majlis Bacaan Yasin,Tahlil ,Doa Selamat Untuk Bakal-Bakal Haji Atlet,Pegawai Dan Petugas Sukan Para Asean 1438h / 2017m

     

    Slide1

     

    20 Julai 2017 / 26 Syawal (Khamis) – Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri MAIAS dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan “Majlis Bacaan Yaasiin, Tahlil,Doa Selamat dan Solat Hajat Untuk Bakal-Bakal Haji,Atlet,Pegawai dan Petugas Sukan Para Asean”.Majlis ini dihadiri seramai 350 orang dikalangan Ahli Jawatankuasa Masjid , pegawai-pegawai KBS dan pegawai MAIAS.

    Majlis  dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan bacaan Yaasin,Tahlil dan Doa Selamat oleh Imam bertugas. Seramai lebih kurang 80 orang pegawai,petugas serta peserta OKU dari Asrama Kompleks Sukan Kg Pandan dan 11 orang bakal Jemaah haji telah diraikan pada malam tersebut.

    Majlis meraikan atlit para ASEAN merupakan majlis yang julung-julung kali diadakan di masjid ini,dan diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Dalam kesempatan ini juga En Safirul selaku Pengarah Sukan Paralimpik ASEAN Majlis Sukan Negara telah menyampaikan ucapan yang menyentuh tentang keistimewaan-keistimewaan yang akan diperolehi oleh atlit-atlit yang berjaya mengharumkan nama Negara sama ada di peringkat PARA ASEAN atau PARALIMPIK.

    Majlis  pada malam tersebut diakhiri dengan penyampaian saguhati kepada bakal-bakal Dhuyufurrahman oleh YBhg Tuan Hj Mohamad Nor B Ibrahim dan majlis pertukaran cenderahati kenangan di antara MAIAS dan Majlis Sukan Negara (MSN). 

    Slide2 Slide3
    Slide4 Slide5
     Slide7  Slide6


    Disediakan oleh,

    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan 1438h / 2017m

     

    Slide1

     

    22 Julai 2017M/ 28 Syawal 1438H (Sabtu) – Pejabat Pentadbiran Zon 3 JAWI dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Planetarium Negara Kuala Lumpur, Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan dan Kelab Falak Wilayah Persekutuan telah menganjurkan “Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan”. Lebih 150 orang peserta  dikalangan murid – murid sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang hadir.

    Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam. Perasmian Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan disempurnakan oleh YBhg. SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan).

    Pada konvensyen tersebut para peserta dapat mendengar dan menimba ilmu dari penceramah – penceramah hebat berkaitan ilmu falak, antaranya adalah YBhg. Ustaz Ahmad Irfan bin Ikmal dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), YBhg. En. Shahrin bin Ahmad dari Falak Online, YBhg. Ustaz Nik Abdul Rahman dari Ar-Rajhi Bank dan YBhg. Encik Mohd Zamri Shah bin Mastor (Pegawai Planetarium Negara).

    Hadir sama pada konvensyen ini YBhg. Ustaz Mohd Ghazali bin Mohamed Nor, YBhg. Ustaz Mazlisham bin Ismail (wakil dari Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3), YBhg. Ustaz Khairul Anuar bin Yazid, Pegawai Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Puan Anita binti Bahari (Pengarah Planetarium Negara), YBhg Ustaz Wan Zaidi bin Wan Mahmood (Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan) dan wakil dari Kelab Falak Wilayah Persekutuan.

    Slide2 Slide3
    Slide4 Slide5
     Slide6  Slide7


    Disediakan oleh
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • KELUARGA MAWADAH, SAKINAH & RAHMAH @ PADANG BALANG

     

    WhatsApp Image 2017-07-31 at 8.40.06 AM

     

    30 Julai 2017 / 6 Zulkaedah 1438H (Ahad) – Masjid Saidina Ali K.W. dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 telah mengadakan ceramah perdana yang bertempat di dewan solat utama Masjid Saidina Ali K.W. Kg. Padang Balang Sentul Kuala Lumpur.

     

    Program yang bermula pada jam 8.00 malam hingga 9.00 malam ini telah dihadiri seramai 300 anak kariah Kg. Padang Balang. Penceramah jemputan ialah YBhg. Us. Wan Akashah Wan Abd Hamid dan Dato Ust. Siti Nor Bahyah Mahamood yang telah membincangkan isu kekeluargaan.

     

    Banyak manfaat dan tips-tips yang berguna diperolehi oleh anak jemaah yang hadir dalam sesi ceramah tersebut bagi membina sebuah keluarga yang sakinah, mawadah dan rahmah.

     

     

    WhatsApp Image 2017-07-31 at 8.40.05 AM WhatsApp Image 2017-07-31 at 8.39.36 AM
    WhatsApp Image 2017-07-31 at 8.39.36 AM 1 WhatsApp Image 2017-07-31 at 8.39.37 AM
       


    Foto dan Teks Disediakan oleh:
    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • “KIAMAT DAH MAKIN DEKAT??”

    1a 

     

     

    19 OGOS 2017 – Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah mengadakan Ceramah Khas Bulanan bertajuk “Kiamat Menurut Sains & Persiapan Kita” yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin. Majlis bertemakan “Malam Negeri Pulau Pinang” yang berlangsung selama 3 jam ini, menyimpulkan bahawa kita perlu kembali mengkaji serta berusaha memahami secara serius tentang hikmah-hikmah maksud tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam Al-Quran & Hadith Rasulullah S.A.W terutamanya hadith-hadith perihal akhir zaman sebagai panduan mengharungi zaman fitnah sebelum berlakunya kiamat tanpa mengenepikan sumber kajian sains secara total.

                Kehadiran tetamu telah direkodkan melebihi 400 orang terdiri daripada VVIP serta orang awam. Majlis diakhiri jamuan makan malam bermenukan “Nasi Kandaq”, makanan tradisi negeri Pulau Pinang. 

     

    3a 4a 
     5a  7a
       
     

    Disediakan Oleh;

    Pusat Zon 6,

    Bahagian Pengurusan Masjid,

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

     

  • BENGKEL PELAKSANAAN DATA E-KARIAH MASJID-MASJID ZON 5

     

    putra 4
     

    24 Ogos 2017 (Khamis) – Pejabat Pusat Zon 5  telah berjaya mengadakan Bengkel Perlaksanaan Data E-Kariah Masjid-Masjid Zon 5 pada 24 Ogos 2017 (Khamis) bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur.

     

    Majlis penutup kursus ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hakim Bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah  Bahagian Pengurusan Masjid JAWI sekaligus menyampaikan sijil kepada para peserta & wakil konsultan . Kursus ini dihadiri oleh wakil masjid yang terdiri dari Ketua Imam & kakitangan masjid-masjid di bawah Zon 5.

     

    Turut hadir ialah Tn Hj Mazlan Bin Osman Penolong Pengarah Kanan Pusat Zon 5 (JAWI).


    putra 1 putra 2
    putra 3 putra 5
    putra 11 putra 10
     
    Foto oleh:
    MASJAYA BIN ANDI ABDILAH 
    Teks oleh:
    Pusat Zon 5 (JAWI),

  • PROGRAM JAULAH ILMU ZIARAH ULAMA 2017 SIRI II

     

    JAULAH 1

    JUMAAT, 8 September 2017 - Kelas Bimbingan Ilmu Fardhu Ain Pemuda Masjid Al-Hidayah menganjurkan Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama 2017 Siri II. Pada peringkat permulaan, program ini dirancang untuk menziarah Ulama-ulama dan makam orang soleh yang berada di beberapa kawasan Johor, Singapura, Melaka dan Negeri Sembilan.

    Objektif Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini diadakan ialah Membawa anak muda menghayati permusafiran yang dipenuhi dengan suasana Ilmu, zikrullah dan amalan-amalan sunnah Rasulullah S.A.W. Selain itu, membawa n anak muda mengenali para Ulama dan melihat secara langsung corak kehidupan mereka seterusnya menjadikan mereka contoh tauladan dalam kehidupan. Dan Mewujudkan rasa rindu serta cinta terhadap Ilmu dan Alim Ulama’, dalam yang sama mendapatkan nasihat dan peringatan daripada mereka.

    Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini bermula pada selepas asar Jumaat dan selamat pulang ke Masjid Al-Hidayah pada Sabtu jam 12.30am. Hasil daripada program ini ialah :-

    Hari Pertama : Jumaat
    - Bertemu dengan Syeikh Abu Zaki As-Sanggafuri di Batu Pahat, Johor seterusnya menerima nasihat-nasihat bekalan akhirat dan Ijazah pemakaian Sunnah Baginda Nabi S.A.W iaitu Rida'.

    Hari Kedua : Sabtu
    - Menziarah perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat. Tempat dimakamkan orang Soleh iaitu Habib Ali bin Jaafar Al'ydrus. Semasa hayatnya beliau dibeberapa kali dikunjungi oleh beberapa ulama besar seperti Sayyid Muhammad b. Alawi Al Maliki Al Makki dan lain-lain.
    - Berkesempatan bersama Majlis Haul Habib Ahmad Bin Abdullah Bin Hassan Al-Attas ke 25, Pengasas Majlis Zikir AsmaulHusna JB. Dan Slot Khas bersama Habib Umar Bin Ahmad Bin Abdullah Bin Hassan Al-Attas.
    - Pertemuan dan Taklimat “Strategi Dakwah ARG dalam memperkukuhkan Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah di kalangan Masyarakat" bersama Ahli Sunnah Research Group Johor Bharu.
    - Mengikuti Kelas Pengajian Kitab "Iktikad ASWJ" anjuran ARG Johor, bersama Kiyai Idrus Ramli (Dewan Pakar ASWJ Nahdatul Ulamak Indonesia), di Dataran Hajah Rogayah, Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini.

    Hari Ketiga :
    - 10 orang peserta menziarah Maqam Habib Nuh Bin Muhammad Al-Habsyi & Habib Abdurrahman Al-Habsyi di Masjid Haji Soleh, Singapura. Kemudian menziarah Al-Habib Syed Hassan Bin Muhammad Al-Attas (Imam Masjid Ba’'alawi ) & Habib Ja’afar Al-Kaff (Tetamu dari Jakarta) di Masjid Ba’'alawi, Singapura.
    - 5 Orang peserta mengikut “Seminar Pemahaman Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah” disampaikan oleh Kiyai Idrus Ramli (Dewan Pakar ASWJ Nahdatul Ulamak Indonesia), di Madrasah Tahfiz Al-Mustofa. Kemudian menziarah Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

    Seramai 13 orang pemuda dan 2 orang remaja dari Jemaah Masjid Al-Hidayah dan sekitarnya yang menyertai Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini. Program ini mendapat sumbangan dan kerjasama daripada daripada beberapa pihak antaranyan ABS Catering, Alya Jaya Catering dan beberapa individu lagi. Masjid As-Syakirin KLCC juga turut menyumbangkan pengguna Van Komuniti Masjid bagi tujuan tersebut. In Sya Allah, Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama Siri III akan diaturkan untuk masa akan datang.

    Sekian.

    Disediakan oleh :

    NAQIB / K.IMAM
    Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

  • Majlis Sambutan Hari Malaysia kali ke-60 JAWI Labuan

     
    vvip merdeka

     

    Pada 10 September 2017 (Ahad) Perbadanan Labuan dengan kerjasama semua Badan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Malaysia bagi mengingati detik bersejarah yang amat berharga kepada semua rakyat Malaysia. Pada tahun ini iaitu tahun 2017, sambutan Hari Kemerdekaan Negera bertempat di Dataran Labuan, WP Labuan. Sambutan tersebut diadakan pada tarikh 10 September 2017 (Ahad), bersempena hari kemerdekaan negara. Ramai yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama untuk meraikan hari yang bersejarah tersebut.

    Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menanam perasaan cinta rakyat Malaysia terhadap Negara. Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai pahlawan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi memastikan negara terlepas daripada belengu penjajahan yang menyeksakan. Oleh itu sewajarnyalah kita berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan harmoni. Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Najeeb bin Abdul Rahim, Pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.

     

    Sambutan itu bermula tepat pada pukul 6.00 pagi dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang. Serentak dengan upacara tersebut, semua hadirin berdiri tegak dan menyanyi lagu 'Negaraku' dengan penuh bersemangat. Nyanyian keramat itu disemarakkan dengan alunan muzik sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.


    Selepas itu perbarisan lintas hormat telah diadakan pada pukul 7.30 pagi oleh tadika, murid-murid sekolah, kakitangan kerajaan, pihak swasta dan lain-lain lagi. Upacara perbarisan ini bertambah menarik dengan munculnya kenderaan-kenderaan pasukan keselamatan negara kita seperti bomba, polis dan tentera serta pelbagai kenderaan yang dihias cantik dengan Bendera Jalur Gemilang dan sebagainya. Semua peserta perbarisan mengibarkan bendera Jalur Gemilang semasa perbarisan tersebut. Lebih menarik lagi apabila serentak dengan upacara tersebut, penerbangan lintas hormat oleh sebuah 
    pesawat pejuang penyerang moden negara, F/A-18 Hornet turut diadakan.


    Pada pukul 10.00 pagi, upacara penyampaian hadiah telah diadakan. Bagi Pertandingan Perbarisan, Kategori Jabatan Dan Agensi Kerajaan, Johan dimenangi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan WP Labuan, manakala Naib Johan dimenangi oleh Majlis Agama Islam WP Labuan dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan. Bagi Pertandingan Keceriaan Negaraku (Kategori Sekolah) 2017 telah dimenangi oleh Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) Al-Ahmadiyyah Patau-Patau dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM2000, plaque dan Sijil Penghagaan.


    WhatsApp Image 2017-09-11 at 09.59.401 WhatsApp Image 2017-09-11 at 10.21.35
    WhatsApp Image 2017-09-11 at 09.48.00 WhatsApp Image 2017-09-11 at 10.21.31
    WhatsApp Image 2017-09-11 at 10.05.34 WhatsApp Image 2017-09-11 at 09.47.59


    Disediakan Oleh:

    JAWI LABUAN

     

  • BICARA MUFTI MASJID ZON 2 SIRI 7/2017 @ MASJID BILAL BIN RABAH

     

    WhatsApp Image 2017-09-14 at 9.07.06 AM

    12 September 2017 / 21 Zulhijjah 1438H (SELASA) – Masjid Bilal Bin Rabah dengan kerjasama Pusat Zon 2 JAWI telah mengadakan Program Bicara Mufti sempena jelajah mufti ke masjid zon 2 bagi tahun 2017 ini bermula selepas solat maghrib yang bertempat di dewan solat utama Masjid Bilal Bin Rabah Taman Koperasi Polis Fasa 1, Kuala Lumpur.

    Bicara Mufti telah berjaya menarik minat seramai 500 anak jemaah dan penduduk sekitar Kuala Lumpur untuk hadir pada majlis tersebut. SS Datuk Mufti dalam ceramah beliau telah menyeru kepada anak jemaah supaya meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan serta menghadiri majlis-majlis ilmu. SS Datuk juga memberi pandangan supaya jawatankuasa masjid menyediakan satu slot ceramah khusus mengenai permasalahan yang sering dihadapi anak jemaah supaya dapat ditangani dengan segera.

    Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan makan malam untuk meraikan tetamu yang hadir dan majlis bersurai.

     

    WhatsApp Image 2017-09-14 at 10.41.33 AM WhatsApp Image 2017-09-14 at 9.07.06 AM 2
    WhatsApp Image 2017-09-14 at 9.07.06 AM 4  WhatsApp Image 2017-09-14 at 9.07.06 AM 3 
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2 JAWI,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Program Mini Karnival Ma’al Hijrah 1439H @MAJAH

    KARNIVAL1

     

     

    22 September 2017 / 2 Muharram 1439H, ( Sabtu ) - Masjid Jamek Abdullah Hukum (MAJAH) KL Eco City , Kuala Lumpur dengan kolaborasi bersama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah menganjurkan Program Mini Karnival Ma’al Hijrah 1439H.

     

    Antara permainan yang dipertandingkan ialah pertandingan mewarna, sepakraga bulatan berpasukan, memanah berpasukan, ping-pong berpasukan dan perlawanan sepakan penalti. Wanita juga tidak ketinggalan bersama dalam program ini dengan menganjurkan pertandingan menggayakan fesyen tudung dan solekan.

     

     

    Pertandingan ini disertai oleh wakil dari setiap surau jumaat serta surau dibawah kelolaan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq serta Masjid Jamek Abdullah Hukum. Mini Karnival ini Alhamdulillah mendapat sambutan luar jangkaan. Perasmian penutup disempurnakan oleh YBhg Ustaz Yusof Bin Mamat, TImbalan Pengarah Operasi mewakili Pengarah JAWI. Acara ini diadakan secara tahunan. Untuk tahun ini, johan keseluruhan pertandingan pada tahun 1439H ini dimenangi oleh Surau Tarbiyah Islamiah Putra Ria. 

     

    KARNIVAL2  KARNIVAL3 
     KARNIVAL4  KARNIVAL5

     

    Disediakan oleh,

    Masjid Jamek Abdullah Hukum, KL Eco City

    Bangsar, Kuala Lumpur

  • AWAL MUHARAM 1439H DISAMBUT MERIAH DI ZON 2

     

    WhatsApp Image 2017-09-25 at 9.26.21 AM

     

    21 September  2017 (Khamis) – Masjid-masjid di bawah Zon 2 dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 JAWI telah mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah 1439H yang diadakan serentak di masjid masing-masing.

    Antara program yang dijalankan selepas solat maghrib ini ialah bacaan yasin secara berjemaah, ceramah perdana dan forum perdana. Sekitar 3,500 orang anak jemaah yang hadir untuk sama-sama menjayakan program tersebut di masjid-masjid di bawah Zon 2.

    Dengan adanya program seperti ini dapat melahirkan kesatuan ummah disamping dapat menyemarakkan lagi pengimarahan di masjid-masjid Zon 2 JAWI. Program berakhir dengan jamuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak masjid.

     

    WhatsApp Image 2017-09-25 at 9.26.44 AM WhatsApp Image 2017-09-25 at 9.26.44 AM 1
    WhatsApp Image 2017-09-25 at 9.26.44 AM 2 WhatsApp Image 2017-09-25 at 9.26.44 AM 3
       


    Teks dan Foto Disediakan oleh:

    Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

    Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

    JAWI

     

     

  • Forum Perdana Ma’al Hijrah Bersama Selebriti

    HIJRAHECO1

    22 September 2017 / 2 Muharram 1439H , ( Jumaat ) - Masjid Jamek Abdullah Hukum KL Eco City , Kuala Lumpur dengan kolaborasi bersama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah menganjurkan program Forum Perdana Ma’al Hijrah 1439H. Forum ini dikemudi oleh moderator artis terkenal iaitu Cik Heliza Helmi. Manakala panelis bagi forum ini ialah Ustaz Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff serta seorang lagi panelis yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Syed Abdul Qodir Al-Joofre.

     

    Alhamdulillah forum ini mendapat sambutan diluar jangkaan para hadirin. Dianggarkan seramai 800 hadirin membanjiri dewan solat utama Masjid Jamek Abdullah Hukum. Undangan artis sebagai panelis dan moderator bukan sahaja menarik minat hadirin untuk hadir , malah penyempaian menepati kehendak jemaah yang hadir. Bermula dengan kisah hijrah Nabi Muhammad S.A.W , kemudian disertai dengan kata-kata semangat dan perangsang untuk menjadikan hijrah sebagai satu amalan. Intipati utama dari forum ini ialah perlunya kesatuan ummat islam dalam segala aspek seperti perniagaan dan urusan beragama.

     

     

    Program berakhir pada jam 10.00 malam dengan solat isyak berjamaah serta jamuan makan. Program diteruskan dengan Qiyamulail yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Haikal serta Kuliah Subuh Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shahrizan Daud At-Turabi. Majlis berakhir pada jam 7.00 pagi.

     

     

    MASJIDECO2  MASJIDECO3 
     MASJIDECO4  MASJIDECO5

     

     

    Disediakan oleh :

     

    Masjid Jamek Abdullah Hukum , KL Eco City
    Bangsar , Kuala Lumpur

  • Malam Minggu In D’Houze..!!!

    MM1

    24 September 2017(Ahad) -  Masjid Jamek Al-Khadijiah telah menganjurkan Slot Malam Minggu In D’Houze yang telah menampilkan Pencetus Ummah Zul. Program yang dianjurkan sempena Menyambut Maal Hijrah 1439 telah dihadiri hampir 300 anak kariah yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pengisian selama 1 jam setengah ini telah banyak memberi kesan kepada anak kariah hasil perkongsian yang telah disampaikan oleh PU Zul begitu memuaskan hati anak kariah. Malam Minggu In D’Houze merupakan program yang dilaksanakan setiap bulan di Masjid Jamek Al-Khadijiah.

     

    MM3  MM2 

     

    Disediakan oleh :

    Pentadbiran,

    Masjid Jamek Al-Khadijiah,

    Pantai Dalam Kuala Lumpur.

  • "Medley Hijrah 1439"

    MEDLEY1

     

    22 September 2017 (Jumaat) – Bersempena dengan Maal Hijrah 1439, Masjid Ar-Rahah (MAR) Bangsar South menganjurkan Program Medley Hijrah yang menggabungkan 5 Naqib Masjid Zon 6 sekitar Lembah Pantai. Di antara Naqib yang terlibat ialah Mohammad Akmal (Naqib Masjid Ar-Rahah), Mohd Shahril Abd Samat(Naqib Masjid Jamek Al-Khadijiah), Datu Mohd Sallehin (Naqib Masjid Al-Ikhlasiah), Imam Firdaus Rosli (Naqib Masjid Ar-Rahman) dan Mohd Radhi (Naqib Masjid Muhammadi).

     

    Para naqib menyampaikan tazkirah dengan pelbagai metode seperti nasyid, sajak, tarannum, pantun dan paluan alat-alat muzik. Dianggarkan seramai 250 hadirin yang hadir dalam program ini. Program yang julung-julung kali diadakan ini mendapat respon positif daripada pengunjung dan netizen. Persembahan dirakam secara Facebook Live dan dapat ditonton di pautan berikut :

    https://www.facebook.com/372409416508672/videos/385603715189242/?fref=mentions

     

     

    MEDLEY2   MEDLEY3

     

     

    Disediakan oleh :

    Pentadbiran Masjid Ar-Rahah (MAR),

    Bangsar South, Kuala Lumpur.

  • Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Surau-Surau Putrajaya 1439h / 2017m

    IMG-20170924-WA0013

     

    Sabtu, 23 September 2017M / 2 Muharam 1439H -JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama barisan Jawatankuasa Surau Mahmoodiah Presint 18 Putrajaya telah mengadakanMajlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Surau-surau Putrajaya bertempat di SurauMahmoodiah, Jalan P18C Presint 18 Putrajaya.

    Majlis yang bertemakan “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” ini diserikan dengan perarakan yang disertai 14 kontinjen surau-surau Jumaat dan 1 kontinjen mewakili Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Putrajaya yang menobatkan kontinjen Surau Al-Munawwarah Presint 5 selaku kontinjen terbaik. Tempat kedua disandang oleh kontinjen Surau Putra Al-Amin Presint 8 manakala kontinjen Surau Al-Mizan meraih tempat ketiga.  

    Majlis turut dimeriahkan dengan slot Sembang Santai Kedai Kopi (Hijrah)bersama 2 selebriti yang dikenali ramai iaitu PU Razi dan Zul Yahya yang berkesempatan berkongsi ilmu serta pengalaman hidup berkaitan hijrah serta beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

    Ucapan alu-aluan  disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah  JAWImanakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya dan YBhg. Datuk Nordin bin Hassan, Pengerusi Persatuan Penduduk Putrajaya .

    IMG-20170924-WA0028 IMG-20170925-WA0013
    IMG-20170925-WA0016 IMG-20170925-WA0018

    Disediakan oleh :

    JAWI Cawangan Putrajaya

  • Kursus Profesionalisme Imam 1439H / 2017M

     
    IMG-20171015-WA0014

     

    14 &15 Oktober 2017M / 24 dan 25 Muharam 1439H (Sabtu dan Ahad) - Aspek profesionalisme dalam pengurusan merupakan elemen yang memainkan peranan yang sangat penting dalam melancarkan segala urusan dalam pelbagai bidang tugas. Bagi memastikan aspek ini tercapai, penghayatan terhadap ilmu dan kemahiran amat diperlukan.  Selaras dengan matlamat yang ingin dicapai, Unit Pengurusan Masjid, JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama pihak Surau Al-Muhajirin, Presint 9 Putrajaya  menganjurkan Kursus Profesionalisme Imam 1439H / 2017M yang bertempat di Surau Al-Muhajirin Presint 9, Putrajaya

    Kursus selama 2 hari yang dihadiri oleh 72 peserta yang terdiri daripada para imam bagi surau-surau sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya ini ternyata mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Kursus ini bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan kualiti  para imam serta peranannya yang sebenar dalam masyarakat diikuti kepentingan profesionalisme serta akhlak yang baik dalam melancarkan urusan aktiviti dan pengimarahan surau-surau di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

    Pelbagai slot menarik menjadi pengisian dalam kursus kali ini.  Antara yang menarik perhatian para peserta ialah slot  teori dan praktikal  yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hasim Bin Harun dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi  mengenai  peranan para imam di mata masyarakat dan teknik penyampaian khutbah berkesan serta teknik kawalan dan lontaran suara. Slot-slot pada hari kedua kursus berkenaan Kesalahan-kesalahan Bacaan dan Pengijazahan Sanad Al-Fatihah yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Taha Bin Hassan. turut menjadi pengisian dalam kursus ini. 

    Ucapan alu-aluan  disampaikan oleh Tuan Haji Azmi Bin Mohammad, Pengerusi Surau Al-Muhajirin Presint 9, Putrajaya manakala ucapan perasmian penutup disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh Pengarah JAWI.

     

    IMG-20171015-WA0002 IMG-20171015-WA0005
    IMG-20171015-WA0006 DSC 1408
       
       


    Disediakan Oleh:

    JAWI Cawangan Putrajaya,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Pengajian Kitab Perdana : "Misbahud Duja Syarah Kitab Safinah An-Naja"

    dujajwall

     

    18 Oktober 2017, Rabu : Masjid Al-Hidayah Kg Sg Penchala Kuala Lumpur telah menganjurkan Pengajian Kitab Perdana : "Misbahud Duja Syarah Kitab Safinah An-Naja" Kitab Fiqh Mazhab Syafi'iyyah. Program yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hazri Hashim Al-Bindany ini bermula dari jam 8.00am dengan pendaftaran peserta dan ditangguhkan menjelang masuk waktu solat fardhu Asar jam 4.17 petang.

    Telah menjadi tradisi Masjid Al-Hidayah menganjurkan pengajian kitab turath (daurah talaqqi kitab) seperti di pondok-pondok pengajian ilmu-ilmu Islam pada hari Cuti Umum yang jatuh pada hari bekerja. Dengan tujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mempelajari ilmu fardhu ain secara talaqqi dengan guru yang diperakui ilmunya.

    Penganjuran pengajian kitab ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran peserta yang berdaftar lebih 200 orang lebih. Peserta terdiri daripada ahli kariah Sungai Penchala, sekitar Lembah Klang, mahasiswa universiti dan juga jemaah dari luar Kuala Lumpur seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan & Melaka.

    Untuk kali ini, pengajian kitab Misbahud Duja cuma sempat membaca 1/3 kitab, merangkumi bahagian pertama : Rukun Islam, & bahagian kedua : Rukun Iman. In Syaa Allah, program Pengajian Kitab Perdana : Misbahud Duja Siri II
    akan dianjurkan pada awal tahun 2018.

    Al-Hamdulillah, program berjalan dengan baik dibawah kerjasama ahlijawatankuasa, HELWA, Pegawai dan Kakitangan MAHSPKL.

     

     dujaj111  dujaj11
     dujaj21  dujaj1
     dujaj2  dujaj4

     

    Disediakan oleh :
    PEJABAT PENTADBIRAN MAHSPKL
    Kg.Sg. Penchala Kuala Lumpur
    Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 JAWI

     

  • Manfaatkan Cuti Dengan Kursus Umrah

     

    umrah2

     

    21 Oktober 2017 (Sabtu) - Masjid Ar-Rahah dengan kerjasama Imtiyaz Travel & Tour telah menganjurkan Kursus Umrah Mabrurah. Seramai 77 peserta telah menghadiri kursus ini.

    Sesi teori & simulasi telah dijalankan oleh para pegawai daripada Imtiyaz Travel & Tour. Kursus bermula seawal 9 pagi ini tamat pada jam 2 petang. Melalui kursus ini para peserta telah dibekalkan dengan teori dan praktikal berkaitan ibadah umrah bagi memudahkan para peserta melaksanakan ibadah berkenaan di Tanah Suci.

  • Seminar Keluarga Mawaddah Siri 2/2017

    Kluarga IMG 0191

    21 Oktober 2017 (Sabtu) – Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur sekali lagi menganjurkan Seminar Keluarga Mawaddah Siri 2/2017 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat.

    Majlis ini diadakan untuk meningkatkan dan mengukuhkan jalinan persefahaman, kepimpinan serta kewibawaan sesebuah institusi keluarga di samping untuk mendidik dan membimbing pasangan dengan memberi pendedahan teknik dan kemahiran suami isteri dalam menguruskan soal-soal rumah tangga.

    Selain itu, seminar ini dianjurkan untuk membantu mengukuhkan institusi keluarga khususnya mengikut landasan agama dan bagi membantu mengurangkan permasalahan rumah tangga perceraian yang dihadapi oleh umat Islam.

    Seminar ini terbahagi kepada tiga slot ceramah bermula dengan ceramah bertajuk ‘Keluarga Mawaddah Keluarga Impian’ yang dimoderator oleh Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad (Pegawai BPPK JAWI) dan penceramahnya ialah Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat (Perunding dan Motivasi Kekeluargaan). Ceramah kedua pula Ceramah Pengurusan Kewangan Keluarga bertajuk ‘Poket Sihat, Keluarga Sihat’ yang dimoderatorkan oleh Ustazah Mursilalaili binti Mustapa Sa’di (Pegawai BPPK JAWI) dan diceramahkan oleh Cik Noorhaliza binti Abu Bakar (AKPK). Manakala slot ceramah ketiga Forum Kekeluargaan bertajuk ‘Penghayatan Agama Dalam Menangani Isu-Isu Kekeluargaan Masa Kini’ yang dipanelkan oleh Puan Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie) dan Ustaz Abdul Halim bin Zakaria (Pengamal Perubatan Islam).

    Seminar yang dirasmikan oleh YBrs. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI ini turut diserikan dengan persembahan khas oleh Kumpulan Marhaban Muslimah Masjid Al-Akram. Turut hadir, Pengerusi Masjid Al-Akram.

    Kluarga IMG 0087 Kluarga IMG 0180
    Kluarga IMG 0139 Kluarga IMG 0107
    Kluarga IMG 0145 Kluarga IMG 0131
    Kluarga IMG 0160 Kluarga IMG 0174
    Kluarga IMG 0089 Kluarga IMG 0193
    Kluarga IMG 0214 Kluarga IMG 0222

    Foto dan teks oleh:

    Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

  • Hujung Minggu Bersama Naungan Para Malaikat

     

    muhadir7

     

    27 - 29 Oktober 2017 (Jumaat - Ahad)  - Program Pengajian Akbar Kitab Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin (Petunjuk Jalan Pada Perjalanan Orang Yang Takut Kepada Allah) telah berjaya dijalankan selama 3 hari 3 malam bermula 27 – 29 Oktober 2017.  Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran melebihi 700 orang dalam mendidik jiwa untuk menjadi seorang muslim yang berilmu, beramal dan bertaqwa.

     

    Program yang dianjurkan secara kerjasama di antara Galeri Ilmu dan Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur serta mendapat kerjasama daripada beberapa pihak antaranya Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Wakaf An-Nur, Syarif Tea, Sahabatkuliah Bertemu Kerana Ilmu livestreaming, Rabbani Production, Rabbani Lamb House, Restoran Line Clear KL, ABS Catering, Citra Nusantara Catering, kedai Runcit Norhayati, 123 Conner, Salon Az-Zahra dan lain-lain.

     

    Di samping itu, turut memeriahkan lagi Pengajian Akbar dengan pameran-pameran dan jualan-jualan daripada agensi kerajaan dan lain-lain seperti Bank Rakyat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PDRM, Kazanah al-Banjari dan sebagainya. Majlis berakhir dengan Pengijazahan Sanad kitab Hidayatus Salikin oleh Syeikh Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki.

     

     muhadir1  muhadir2
     muhadir3  muhadir4
     muhadir5  muhadir6

     

    Disediakan oleh :

    Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur  &

    Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

  • Lawatan Jejak Ilmu Johor Bharu , Singapura dan Kepulauaan Riau

     ban 1
     

    24 Oktober 2017 -  Sekolah Rendah Agama(SRA)/Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman Ibnu Affan (SUBA) melalui Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Lawatan Jejak Ilmu Johor Bharu , Singapura dan Kepulauaan Riau pada 15-18 Okt 2017 / 25-28 Muharam 1439H dimana SRA/ SIRAJ Saidina Uthman Ibnu Affan telah melawat 4 buah sekolah disana iaitu Pusat Pendidikan  Jamiyah Singapura , Sek. Ren. Islam al-Hidayah , Skudai, Sek. Ren.Islam Al Akhyar Johor Bharu dan Sekolah Dasar Muhammadiyah Plus Islamic School  Kota Batam.

    Rombongan seramai 45 orang terdiri daripada dua pegawai JAWI daripada bahagian pelajaran iaitu Penolong  Pengarah Kanan Ustazah Zarliza binti Ramli dan Ustazah Siti Fuziah binti Bachok. Turut serta bersama Pengerusi SRA / SIRAJ  Datuk Haji  Salleh bin Yusop,Tuan Haji  Aminuddin bin Hj Kattan Guru Besar SRA/ SIRAJ SUBA, serta guru-guru lain.

    Lawatan berlangsung selama 4 hari 3 malam  ini  bertujuan untuk berkongsi idea bertukar-tukar pandangan dalam memacu hala tuju kecemerlangan SRA/SIRAJ SUBA agar lebih gemilang lagi dari pelbagai aspek berdasarkan pengurusan pendidikan JAWI (SKPPJ) yang merangkumi kepimpinan dan hala tuju pengurusan organisasi pengurusan kurikulum,  pengurusan hem pengajaran dan pembelajaran (PdP) Dan kemenjadian murid.

    Semoga hasil lawatan ke 4 buah sekolah tersebut sedikit sebanyak dapat membuka minda guru-guru dan seterusnya mengadaptasikannya di SRA/SIRAJ SUBA pada masa akan datang agar lebih baik dari masa ke semasa.

    ban 2 ban 3 
     ban 4  ban 5
     ban 6  ban 7
     
    Disediakan Oleh:
    Bahagian Pelajaran,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Kuliah Maghrib Khas Mendamba Syurga Ilahi

     

    tokbad

    3 November 2017M/ 14 Safar 1439H (Jumaat) – Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS),Taman Maluri dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas bertempat di Dewan Solat Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur.

    Majlis dimulakan dengan  solat maghrib berjemaah kemudian disusuli dengan Kuliah Maghrib Khas bertajuk “Mendamba Syurga Ilahi” yang disampaikan oleh YH Dato’ Badli Shah Alauddin. Dalam kuliah tersebut,penceramah menceritakan mengenai tingkatan dan tahap-tahap syurga yang diciptakan oleh Allah SWT . 400 orang Jemaah yang hadir memeriahkan ceramah ini.

    Hadir sama pada kuliah maghrib khas ini YBhg Datuk Hj Che Mat bin Che Ali (Pengerusi PPZ) Tn Hj Mohamad Nor bin Ibrahim Pengerusi Masjid Al-Imam Ash-Shafie,barisan Jawatankuasa,Pegawai serta kakitangan Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

     

    tokbad11 tokbad1
    tokbad2 tokbad3
    tokbad4 tokbad5

     

    Disediakan oleh :

    Pejabat PentadbiranMasjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS),

    Taman Maluri, Kuala Lumpur

     

  • KEM ANAK SOLEH IBU AYAH 2017 PERINGKAT MASJID TALHAH BIN ‘UBAIDILLAH, KUALA LUMPUR

     

    mtu remaja

     

     

    7 Disember 2017 (Khamis) – Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah, Taman Alam Sutera Bukit Jalil Kuala Lumpur telah mengadakan Kem Anak Soleh Ibu Ayah 2017 pada 6-7 Disember 2017 dengan penyertaan seramai 80 orang peserta yang berumur dari 8 – 15 tahun. Kem tersebut dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Muhaimin bin Mohamad Zaki, Jurulatih Utama Dakwah, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Ustaz Mohd Ali Yusni Bin Mansor, Guru & Penerima Anugerah Guru Inovasi Peringkat Kebangsaan 2010 SK Haji Abu Bakar, Mukim Lepai, 05350, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

    Antara pengisian kem tersebut ialah Modul Fardhu Ain, Modul Pengurusan Ibadah, Al-Quran, Akhlak, Modul Pengurusan Jenazah dan Ceramah Motivasi Perdana Peserta bersama Ibubapa serta beberapa aktiviti latihan dalam kumpulan in-door dan out-door.  

    Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Othman Odanu bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta. 

     

     

    mtu 3 mtu 1
    mtu 4 mtu 2
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 5,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • PROGRAM KE MASJID SEMPENA MAULIDUR RASUL 1439H/2017M MASJID TALHAH BIN ‘UBAIDILLAH TAMAN ALAM SUTERA BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

     

     

    maulid mtu 1

     

    18 Disember 2017 / 28 Rabiul Awal 1439H (Isnin)  Bukit Jalil - Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah dengan kerjasama  Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Sub Zon 8 Parlimen Bandar Tun Razak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Program ke Masjid Sempena Maulidur Rasul 1439Hpada 17 Disember 2017 (Ahad) dari jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang.

    Program bermula dengan perarakan Maulidur yang disertai 8 kontinjen perarakan yang dirasmikan oleh DatukSaharudin Bin Hj Zainal Abidin, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak. Kemudian diikuti dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Dr. Farid Ravi bin Abdullah, Pensyarah KUIS dan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Program tersebut diserikan dengan program mewarna kanak-kanak, pertandingan sukan rakyat, pertandingan gubahan, menderma darah yang dikendalikan Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Program Jom ke Masjid sempena Maulidur Rasul diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta yang terlibat menjayakan program tersebut yang disempurnakan oleh Tuan Haji Othman Odanu bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah. 

     

    maulid mtu 4 maulid mtu 6
    maulid mtu 8 maulid mtu 5
       
       
       

    Foto dan teks oleh :

    Masjid Talhah Bin Ubaidilallah & 

    Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau Pusat Zon 5

    Bahagian Pengurusan Masjid,JAWI

  • Forum Perdana Sempena Maulidur Rasul 1439H Peringkat Masjid Al-Muqarrabin “Akhlak Nabi Dakwah Kami”

    maqr 1

    12 Januari 2018  (Jumaat) – Masjid Al-Muqarrabin dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat W.P telah menganjurkan Forum sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan dengan  tajuk “Akhlak Nabi Dakwah Kami”. Panel terdiri daripada tiga bersaudara Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud ,Ustaz Mohd Ihsan Mohd Daud dan  Ustaz Mohd Zarifi Mohd Daud.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah YBhg. Tn Hj Mohammad Khalil Bin Ibrahim, Ketua Imam Masjid Al-Muqarrabindan Ustaz Mohd Dziyaulhak Hashim  selaku Eksekutif Kanan Zakat dari PPZ Wilayah Persekutuan. Hadirin seramai 500 orang yang terdiri daripada masyarakat di sekitar kariah bandar tasik selatan dan sg besi.

    maqr 2 maqr 3
     maqr 7  maqr 8
       
       

    Foto dan Teks disediakan oleh:

    Masjid Al-Muqarrabin

    Pejabat Pentadbiran Masjid Dan Surau Zon 5

    Bahagian Pengurusan Masjid

  • Bicara Ilmu Masjid Saidina Othman Ibn Affan dengan tajuk “Keluarga Syurga 2018 "

    IMG-20180119-WA0012

     

    18 Januari 2018  (Khamis) – Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak  telah menganjurkan Bicara Ilmu di Dewan Solat Utama masjid Saidina Othman Ibn Affan dengan  tajuk “Keluarga Syurga 2018 ”. Kupasan ceramah disampaikan oleh YBhg Tn Hj Hushim Salleh PakarPerunding Motivasi & Kaunseling.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Salleh Bin Yusup, Pengerusi Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Ustaz  Hassim Ab Ghani, Ketua Imam Masjid dan Ustaz Abdul Bar Bin Osman Timb. Ketua Imam masjid. Hadirin seramai 400 orang yang terdiri daripada masyarakat di sekitar kariah Bandar Tun Razak.

     

    IMG-20180119-WA0008 IMG-20180119-WA0009
       
       
       

    Foto dan Teks disediakan oleh:

    Masjid Saidina Othman Ibn Affan 

    Pejabat Pentadbiran Masjid Dan Surau Zon 5

    Bahagian Pengurusan Masjid

  • Program : Truck Free Market 2.0 Masjid Zaid Bin Thabit Desa Tun Razak

     

    ZAID 3

     

     

     

    21 Januari 2018 (Ahad) – YBhgTuan Hj Abdul Aziz Bin Jusoh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program : Truck Free Market 2.0.Hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Datuk Rizalman Bin Dato’ Hj Mokhtar, Ahli Majlis Penasihat DBKL,  YBhg Tn Hj Mohd Taib Bin Haji Ubah, Pengarah Jabatan Penerangan WPKL, dan YBhg Dato ‘ Ahmad Nazri Bin Ibrahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Zaid Bin Thabit, Desa Tun Razak.

    Program ini sebenarnya adalah cetusan idea dan aktiviti ini telah pun dilaksanakan oleh Pihak NGO Kaki Volunteers Malaysia & NGO T6 Rangers Malaya sejak beberapa tahun yang lalu melalui hasil sumbangan para sukarelawan mereka. Dalam pada itu, ini adalah program kali kedua yang dilakukan bersama-sama dengan Pihak Masjid Zaid Bin Thabit, Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mengajak & memberi galakan kepada orang ramai supaya bersama-sama menginfaqkan barang-barang keperluan dan dalam masa yang sama, dapat membantu rakan-rakan kita (anggota masyarakat) yang lebih memerlukan, agar sedikit sebanyak membantu tanggungan & kehidupan mereka. Barangan yang boleh disumbangkan adalah seperti pakaian, pek makanan, barangan makanan keperluan dapur (beras, tepung, gula, susu, minyak masak,), barangan basah (ikan, daging, sayuran), lampin bayi, susu untuk bayi, buku-buku bacaan & aktiviti untuk anak-anak (menulis, mengeja, mewarna), alat tulis dan apa jua barangan yang boleh memberi manfaat. Semua barangan ini ditawarkan kepada setiap pengunjung yang hadir untuk mengambilnya secara percuma. Program ini terbuka & dialu-alukan kepada seluruh lapisan masyarakat berbilang bangsa & agama. 

     

       

    ZAID x ZAID 2
    zaid xx ZAID 4
       


    Disediakan Oleh:

    Masjid Zaid Bin Thabit &

    Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 5 

    Bahagian Pengurusan Masjid

    JAWI, Kuala Lumpur

     

  • MALAM MAHABBAH AL-QURAN 1439H BACAAN 30 JUZUK AL-QURAN DAN TAHLIL PERDANA

    MALAM MAHABBAH AL-QURAN 1439H

    BACAAN 30 JUZUK AL-QURAN DAN TAHLIL PERDANA

     

    IMG-20180127-WA0032

     

    25 Januari 2018M / 8 Jamadil Awwal 1439H ( Khamis ) - Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur  telah menganjurkan Malam Mahabbah Al-Quran tahun 1439H/2018M bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Zakirin. Program ini telah disertai hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari kalangan jemaah dan surau-surau di bawah naungan masjid.

                Pada malam tersebut, peserta telah dibahagikan kepada 30 kumpulan – 3 orang setiap kumpulan mengikut bilangan juzuk Al-Quran. Juzuk 1 – 15 dibaca oleh muslimat manakala juzuk 16 – 30 dibaca oleh muslimin. Setiap kumpulan terdiri daripada dewasa, belia dan remaja. Bacaan 30 juzuk Al-Quran bermula selepas Solat Fardhu Maghrib dengan taklimat ringkas daripada Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Zakirin.

                Seusai bacaan Al-Quran 30 juzuk secara serentak, Tahlil Perdana dimulakan dan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Firdaus Bin Zakaria, Timbalan Ketua Imam merangkap Ketua Pentadbir Masjid Al-Zakirin.

                Program diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada wakil pembaca Al-Quran dari muslimin dan muslimat yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ab. Wahab Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Zakirin.

                Jamuan makan malam untuk para jemaah dan tetamu yang hadir adalah sebagai penutup program selepas Solat Fardhu Isyak.

                Pihak Masjid Al-Zakirin amat berharap program ini dapat dijadikan sebagai salah satu daripada acara tahunan masjid kerana ianya dapat memupuk minat dan rasa cinta kepada Kalamullah yakni Al-Quran disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama jemaah dari pelbagai peringkat umur di dalam kariah Taman Wilayah Selayang ini.

     

     

    IMG-20180127-WA0029 IMG-20180127-WA0034
    IMG-20180127-WA0030 1 IMG-20180127-WA0031
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 1,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • JAWI MENGHARGAI JASA MURABBI UMMAH

     
    IMG 8242

     

     

    27 Februari 2018 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Pengurusan Masjid telah berjaya menganjurkan program Multaqa Murabbi Ummah peringkat Wilayah Pesekutuan 2018 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana. Program ini bertujuanmengangkat dan mengiktiraf sumbangan dan perkhidmatan para imam, bilal, noja, Penyelia KAFA, guru-guru Takmir dan guru-guru KAFA dalam memartabat hal ehwal Islam dan membangunkan ummah di Wilayah Persekutuan.

    1

     

    Selain itu, program ini juga adalah untuk menyampaikan maklumat semasa kepada para peserta khususnya berkaitan hal ehwal Islam dan isu-isu semasa yang berkaitan agama melalui siri-siri ceramah yang disampaikan. Ceramah bertajuk Melestarikan Pengurusan & Kepimpinan Pegawai Masjid” telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ HajiBadli Shah bin Alaudin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Pahang. Manakala ceramah kedua yang bertajuk Memartabatkan Keunggulan Umat Islam Dalam MemahamiKonsep Tabayyun dan Fiqh Ta’aayush”telah disampaikan oleh Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

    1

     

    Program yang mendapat sambutan sekitar 1500 peserta ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sempena program ini, YB Menteri turut mengumumkan peruntukan bayarankhas one-off  kepada imam, bilal, noja, guru Takmir dan guru KAFAsebanyak RM 2,805,000.00 (dua juta lapan ratus lima ribu) dan peruntukan bayaran imbuhan kepada imam, guru KAFA dan guru Takmir sebanyak RM 17,013,000.00 (tujuh belas juta tiga belas ribu) bagi tahun 2018.

    1

    Semoga para murabbi ummah ini akan terus aktif dalam memberikan sumbangannya kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan ini.

      

    IMG 82638 IMG 82186
    IMG 81071 IMG 82959
     IMG 831310  IMG 81664


    Disediakan Oleh:


    Bahagian Pengurusan Masjid

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

     

  • JOM TO JANNAH @ MASJID IBN ABBAS

    WhatsApp Image 2018 03 29 at 4.29.28 PM

     

    29 Mac 2018 ( Khamis) -Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota dengan kerjasama Pusat Zon 2 JAWI  dan TV Al-Hijrah telah mengadakan Forum Perdana di Dewan Solat Utama, Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota. Forum Dhuha Perdana menampilkan panelis terkemuka iaitu Ustaz Dr. Azhar Yaakob dan Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa di moderator oleh Encik Noor Zawazi Bin Yusof ( Penyampai Berita Arab TV Al-Hijrah)

    Forum Dhuha Perdana yang berlangsung hampir dua jam bermula jam 9.30 pagi telah membincangkan tajuk Jom To Jannah. Kedua-dua panelis telah menekankan amalan dan tanggungjawab setiap insan untuk merebut Jannah Allah. Forum Dhuha Perdana ini telah menarik perhatian hampir 600 jemaah yang telah memenuhi ruang solat utama dan lobi masjid. Forum Dhuha Perdana juga boleh diikuti melalui https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1679651962104609&id=433382016731616





        

    WhatsApp Image 2018 03 29 at 4.29.32 PM    WhatsApp Image 2018 03 29 at 4.29.32 PM 1

    WhatsApp Image 2018 03 29 at 7.17.27 PM    WhatsApp Image 2018 03 29 at 7.17.28 PM

    WhatsApp Image 2018 03 29 at 4.29.29 PM 1    WhatsApp Image 2018 03 29 at 4.29.29 PM



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • Program ”Towards Better Muslims” (TBM) Siri 1/2018

     

    Main

     

     

    04 April 2018M / 17 Rejab 1439H (Rabu) – Unit Penguatkuasaan,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah mengadakan Program ”Towards Better Muslims” (TBM) Siri 1/2018 yang bertempat di Bilik Pengajian Ibnu Khaldun, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya.

    Program ”Towards Better Muslims” (TBM) adalah salah satu program pencegahan bagi mereka yang melakukan kesalahan jenayah syariah terutamanya kesalahan di bawah Seksyen 29 Akta 559 iaitu Perlakuan Tidak Sopan di tempat awam.

    Peserta Program ”Towards Better Muslims” (TBM) ini seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada OYDS (Lelaki) dan (Perempuan).

    Program ini dimulakan dengan tayangan video yang berkaitan dengan Cegah Jenayah Syariah dan juga sesi ceramah 1 berhubung Undang-Undang Syariah dengan Seksyen 23, 27 dan 29 Akta 559 yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Samadi Bin Haji Mohd Arshad (PP- Unit Operasi & Pencegahan JAWI Cawangan Putrajaya).

     

    Sesi ceramah 2 berhubung dengan Iktibar Kehidupan yang disampaikan oleh Tuan Haji Zakaria Bin Mohamed (PP(K) Bahagian Dakwah, Unit Wanita, Cawangan Hadari,

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

     

    Program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari.

    Tentatif program seperti berikut:-

     

    8.00pg – 8.30pg       –         Pendaftaran.

    8.30pg – 9.00pg       –         Taklimat.

    9.00pg – 10.30pg     –         Sesi Ceramah 1, Undang-Undang Jenayah Syariah,

                                                 Wilayah Persekutuan.

    10.30pg – 11.00pg   –         Minum Pagi.

    11.00pg – 12.30tgh  –         Sesi Ceramah 2, Iktibar Kehidupan

    12.30tgh – 1.00tgh   –         Makan Tengahari & Bersurai

     

    1 2
    3 4

    5

    6

    Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

    Foto oleh: Nazli Bin Yaacob.

    Teks oleh: Nazli Bin Yaacob.

     

     

     

     
     
     
     
  • IBRAH ISRA’ MIKRAJ @ MASJID-MASJID ZON 2

    WhatsApp Image 2018 04 16 at 5.00.01 PM

     

    14 April (Sabtu) – Bulan Rejab amat sinonim dengan peristiwa besar yang berlaku dalam ssejarah Islam iaitu Isra’ Wal Mikraj. Hampir kesemua masjid di Zon 2 telah mengambil pendekatan menekuni peristiwa Isra’ Wal Mikraj dengan mengadakan ceramah khas di masjid.

    Sesungguhnya peristiwa Isra’ Wal Mekraj bukanlah dongengan malah ianya adalah benar berlaku dalam diri baginda Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini sarat dengan ibrah untuk dihayati. Perjalanan Nabi bermula dari Masjid al-Haram ke Masjid Aqsa membuktikan masjid merupakan wadah hubungan antara Allah SWT dengan makhluknya dan sepanjang perjalanan baginda ditemani oleh Jibril juga membuktikan bahawa teman merupakan kekuatan bagi seseorang. Di antara masjid yang mengadakan ceramah pada malam 27 Rejab termasuklah Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas Masjid al-Hidayah Sentul Pasar, Masjid Amru ibni al-As Bandar Baru Sentul, Masjid Zaid bin Haritsah dan Surau Jumaat Iktisomiah Taman Melati.





        

    WhatsApp Image 2018 04 16 at 5.00.02 PM    WhatsApp Image 2018 04 16 at 5.00.02 PM 1

    WhatsApp Image 2018 04 16 at 5.00.06 PM    WhatsApp Image 2018 04 16 at 4.24.01 PM

       WhatsApp Image 2018 04 17 at 10.40.52 AM 1     WhatsApp Image 2018 04 17 at 10.40.54 AM 1    



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • KURSUS SEMBELIHAN ANJURAN UNIKL DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN PENYELIDIKAN JAWI

     
    111

    21 April 2018 (Sabtu) – UNIKLL Business School, Kampus Jalan Gurney, Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  telah mengadakan Diskusi Penyembelihan bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Seramai 140 orang pelajar UNIKL telah menyertai program ini. 

    Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang konsep sembelihan binatang mengikut hukum syarak dan juga praktikal sembelihan. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Dekan Business School UNIKL disusuli dengan ceramah yang bertajuk Konsep Penyembelihan Mengikut Hukum Syarak disampaikan oleh Us Abd Fatah Bin Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan JAWI. Seterusnya peserta diberi taklimat mengenai kaedah penyembelihan dan praktikal sembelihan dengan dibantu oleh fasilitator daripada Bahagian Penyelidikan JAWI.


    222 333
    444 555
     666  777

    Disediakan oleh:

    Bahagian Penyelidikan

    JAWI


  • KALAM MUFTI SIRI 3 @ TAMAN SENTUL UTAMA

    WhatsApp Image 2018 04 25 at 9.26.57 AM

     

    24 April 2018 (Selasa) - Madrasah Raudhatul Muttaqin dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 telah mengadakan program kalam mufti yang bertempat di surau Madrasah Raudhatul Muttaqin Sentul Utama Kuala Lumpur.

    Seramai 200 orang anak jemaah berjaya dihimpunkan dalam program ini yang bermula jam 8.00 malam. Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Muhamad Al-Bakri telah membincangkan sepotong hadis Nabi SAW tentang kepentingan mencari keuntungan akhirat semasa hayat di dunia yang perlu direbut oleh setiap muslim.

    Dengan adanya program seperti ini dapat memberikan kefahaman serta perkongsian ilmu kepada anak jemaah tentang matlamat hidup agar memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.





        

    WhatsApp Image 2018 04 25 at 9.26.56 AM 1    WhatsApp Image 2018 04 25 at 9.26.56 AM 2

    WhatsApp Image 2018 04 25 at 9.26.57 AM 1    WhatsApp Image 2018 04 25 at 9.26.56 AM 3

       WhatsApp Image 2018 04 25 at 9.26.55 AM     WhatsApp Image 2018 04 25 at 9.26.56 AM    



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • TAKLIMAT PERISIAN REKOD PERAKAUN MASJID DAN PERKHIDMATAN ONLINE BANKING (e-Masjid).

    WhatsApp Image 2018 04 26 at 11.29.06 AM

     

    26 April 2018 (Khamis) – Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 JAWI telah mengadakan satu taklimat khas untuk jawatankuasa masjid dan surau jumaat tentang Perisian Rekod Perakaun Masjid dan Perkhidmatan Online Banking (e-Masjid) dengan kerjasama Bank Islam Berhad dan Pro Check Faculty Sdn Bhd.

    Seramai 40 orang perserta dikalangan jawatankuasa masjid dan surau jumaat telah menjayakan sesi taklimat ini. Terdapat dua sesi taklimat telah diadakan disini iaitu “Sistem Akaun Attaiseer” yang telah di sampaikan oleh Ybhg. En. Isma’il Bin Abdul Karim (Pengarah Pro Check Faculty Sdn Bhd) dan Perkhidmatan Online Masjid dan Surau oleh Ybhg. En Asmarizal Ahmad dan En Mahadi Bin Yusof Relation manager, Cash Management Bank Islam Malaysia Berhad.

    Dengan adanya sesi taklimat kepada semua jawatankuasa ini pengurusan kewangan masjid dan surau jumaat akan menjadi lebih praktikal dan efisyen.





        

    WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.10.19 AM    WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.14.15 AM

    WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.20.14 AM 1    WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.20.14 AM 2

       WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.20.15 AM 1     WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.20.15 AM    



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • MARHABAN YA RAMADAN 1439 @ MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI

    WhatsApp Image 2018 05 16 at 8.02.00 PM 1

     

    16 Mei 2018 (Rabu) – Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 JAWI telah mengadakan Program Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bertempat di dewan solat utama Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati Setapak Kuala Lumpur.

    Program bermula pada jam 8.00 pagi ini telah berjaya mengumpulkan anak jemaah seramai 300 orang untuk hadir bagi memeriahkan program ini. Ketua Imam dan Pembantu Imam Masjid Salahuddin iaitu Ybhg. Ustaz Muhamad Jalani Ahmad dan Ustaz Hamzah Hussin telah memimpin bacaan yasin, tahlil dan doa selamat pada kali ini.

    Dengan adanya program serpeti ini anak jemaah dan masyarakat sekitar masjid lebih bersedia untuk menerima kedatangan bulan ibadah yang mulia ini.




        

    WhatsApp Image 2018 05 16 at 8.01.37 PM    WhatsApp Image 2018 05 16 at 8.01.34 PM

    WhatsApp Image 2018 05 16 at 8.01.35 PM    WhatsApp Image 2018 05 16 at 8.01.38 PM

         WhatsApp Image 2018 05 16 at 8.02.00 PM 1     WhatsApp Image 2018 03 29 at 10.08.21 PM      



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • MASJID CAKNA ANAK YATIM DAN ASNAF @ KG PADANG BALANG

    WhatsApp Image 2018 06 04 at 9.20.38 AM 1

     

    1 Jun 2018 (Jumaat) : Jawatankuasa masjid Saidina Ali KW telah mengambil langkah memberi kembali sumbangan anak jemaah kepada anak yatim dan asnaf sempena Program Penyampaian Saguhati Aidil Fitri Bersama Anak Yatim dan Asnaf Kariah Masjid Saidina Ali KW Kg Padang Balang.

    Bulan Ramadhan sinonim dengan ganjaran berlipat kali ganda membuatkan anak kariah bermurah hati menghulurkan sumbangan ke tabung-tabung masjid membuatkan Jawatankuasa masjid berjaya mengadakan program tersebut.

    Program Penyampaian Saguhati Aidil Fitri Bersama Anak Yatim dan Asnaf Kariah Masjid Saidina Ali KW Kg Padang Balang dapat menghimpunkan sebanyak 30 anak yatim kampong Padang Balang dan 50 asnaf di sekitar kampong tersebut.

    Pengerusi Jawatankuasa masjid Tuan haji Zakaria menyatakan konsep memberi kembali kepada yang berhak dapat dilaksanakan dengan adanya anak jemaaah yang prihatin menyumbang di tabung masjid yang disediakan manakala penerima sumbangan pula menyatakan kesyukuran kerana masjid amat prihatin dengan mengadakan program seumpama ini.





        

    WhatsApp Image 2018 06 04 at 9.20.38 AM 2    WhatsApp Image 2018 06 04 at 9.20.39 AM 1

    WhatsApp Image 2018 06 04 at 9.20.40 AM 1    WhatsApp Image 2018 06 04 at 9.20.39 AM 2

       WhatsApp Image 2018 06 04 at 9.20.40 AM     WhatsApp Image 2018 06 04 at 9.20.41 AM 1 

     WhatsApp Image 2018 06 04 at 9.20.38 AM     WhatsApp Image 2018 06 04 at 9.20.40 AM 2

     

     

      



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN, SUMBANGAN ASNAF DAN ANAK YATIM MASJID AL-HIDAYAH

    WhatsApp Image 2018 06 09 at 9.46.07 PM

     

    9 Jun 2018 (Sabtu) – Masjid Al-Hidayah dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran, Sumbangan kepada Asnaf dan Anak Yatim yang bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar Kuala Lumpur.

    Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang ini telah menarik minat seramai 200 orang kehadiran anak kariah masjid. Antara pengisian program bacaan ayat-ayat suci al-Quran, penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan iftar.

    Program seperti ini harus diteruskan di masa akan datang kerana ia menjadi sebagai santapan rohani dan sebagai pendekatan institusi masjid dengan masyarakat.




        

    WhatsApp Image 2018 06 09 at 9.44.30 PM    WhatsApp Image 2018 06 09 at 9.44.30 PM 1

    WhatsApp Image 2018 06 09 at 9.44.06 PM    WhatsApp Image 2018 06 09 at 9.44.07 PM

       WhatsApp Image 2018 06 09 at 9.44.05 PM 1     WhatsApp Image 2018 06 09 at 9.44.06 PM 2    



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • MASJID AMRU IBNI AL-AS SANTUNI ANAK YATIM DAN SURAU KARIAH

    WhatsApp Image 2018 06 09 at 10.28.20 PM

     

    9 Jun 2018 (Sabtu) –Masjid Amru Ibni Al-As dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Anak Yatim serta Majlis Khatam al-Quran dan Anugrah Surau Terbaik 2018.

    Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang ini telah menghimpunkan seramai 100 kehadiran anak Jemaah. Antara pengisian program bacaan ayat-ayat suci al-Quran, penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan iftar.

    Program seperti ini harus diteruskan lagi di masa akan datang kerana ia menjadi sebagai pengisian rohani dan merapatkan ukhwah dengan institusi masjid.




        

    WhatsApp Image 2018 06 09 at 10.30.36 PM 1    WhatsApp Image 2018 06 09 at 10.30.36 PM

    WhatsApp Image 2018 06 09 at 10.30.37 PM    WhatsApp Image 2018 06 09 at 10.30.38 PM

               



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • JAWATAN KUASA MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI SANTUNI JEMAAH UZUR SEMPENA RAMADHAN

    WhatsApp Image 2018 06 14 at 7.40.20 AM 1

     

    13 Jun 2018 (Selasa) - Masjid Salahuddin Al-Ayyubi telah mengadkan program Santuni Jemaah Uzur Sempena Ramadhan 1439H di sekitar anak kariah Taman Melati Setapak Kuala Lumpur.

    Program santuni Jemaah uzur ini telah berjaya diadakan sejurus selepas solat asar. Seramai 30 keluarga telah berjaya diziarahi dan mendapat sumbangan dari pihak masjid seperti barangan keperluan dapur dan juga duit raya.

    Program seperti ini harus dicontohi dan berterusan di masa hadapan bagi mendekatkan masyarakat dengan institusi masjid dan merapatkan ukhwah silaturahim.





        

    WhatsApp Image 2018 06 14 at 7.42.04 AM    WhatsApp Image 2018 06 14 at 7.40.20 AM

    WhatsApp Image 2018 06 14 at 7.40.19 AM    WhatsApp Image 2018 06 14 at 7.40.21 AM

                



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • Kursus Pemantapan Akhlak (KPA) Siri 6/2018

    WhatsApp Image 2018 07 19 at 10.32.02

    18 Julai 2018 (Rabu) – Bertepatan dengan inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang prihatin dengan masalah sosial dan kesalahan berkenaan jenayah syariah, program berkala anjuran Bahagian Penguatkuasaan telah diadakan. Program yang dinamakan Kursus Pemantapan Akhlak yang bertujuan untuk mendekati masyarakat agar menghindari diri dari melakukan kesalahan Jenayah Syariah. Kursus ini terdiri daripada dua slot iaitu slot Kes-Kes Jenayah Syariah dan Iktibar Hidup. Slot ini telah disampaikan oleh Tuan Mohd Ihsan bin Mohamad Daud dari Japens dan KPPK Bah.Pelajaran JAWI iaitu Yang Berusaha Ustaz Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.Kehadiran peserta siri 6/2018 adalah seramai 79 orang.

     

     

    WhatsApp Image 2018 07 19 at 10.31.56 WhatsApp Image 2018 07 19 at 10.31.56 1
    WhatsApp Image 2018 07 19 at 10.32.01 WhatsApp Image 2018 07 19 at 10.32.02
    WhatsApp Image 2018 07 19 at 10.31.58 WhatsApp Image 2018 07 19 at 10.32.00

     

    Disediakan Oleh :

    Bahagian Penguatkuasaan JAWI

  • Lawatan Kerja JAWI ke Kementerian Dalam Negeri (KDN)

    kdn 1

    17 Julai 2018 (Selasa) – Bahagian Penyelidikan JAWI telah mengadakan Lawatan Kerja ke Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, kementerian dalam Negeri, Putrajaya. Lawatan Kerja ini diketuai oleh Timbalan pengarah (Operasi) JAWI dengan disertai Ketua Penolong Pengarah dan pegawai-pegawai Bahagian Penyelidikan. Rombongan JAWI telah disambut oleh Tn. Haji Nawardi bin Saad, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan.

    Lawatan kerja ini bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama dan perkongsian maklumat diantara dua agensi dalam bidang tugas yang berkaitan. Antara perkara yang dibincangkan mengenai kaedah pelupusan teks al_quran pada bahan selain kertas dan isu-isu pemantauan bahan-bahan penerbitan yang meragukan. Pihak KDN turut menyatakan hasrat untuk turut mengadakan lawatan balas ke JAWI khususnya ke Pusat Pelupusan Teks al-Quran JAWI di Darul Kalam.

    KDN2 KDN 3
    KDN4 KDN 5
       

     

    Disediakan oleh:

    Bahagian Penyelidikan

     

  • SEMINAR MENJAWAB PEPERIKSAAN SPM SUBJEK TERAS @ TMN MELATI MERIAH

     

     

    melati 1

     

    22 Julai 2018 (Ahad)- Pusat Zon 2 Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Salahuddin Al Ayyubi telah mengadakan Seminar Menjawab  Peperiksaan SPM 2018 (Subjek Teras)  pada  22 Julai 2018 bertempat di Dewan masjid Salahuddin Al Ayyubi Taman Melati , Setapak Kuala Lumpur.

    Seminar ini telah dapat mengumpulkan peserta yang terdiri dari 7 buah sekolah menengah di sekitar Wangsa Maju yang bakal menduduki Peperiksaan SPM.Seramai 300 orang telah memenuhkan dewan masjid.

    Seminar  ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar teknik menjawab pepepriksaan dan juga pagi persediaan pelajar dari segi emosi, psikologi, perasaan, mental dan fizikal semasa menghadapi peperiksaan.

    Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh  Pengarah JAWI Sahibus Saadah Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail merangkap Setiausaha MAIWP.

    melati 8 melati 2
    melati 4 melati 7
       

     


    Disediakan oleh:
     

    Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

    Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

    JAWI

     

     

     

     
  • SEMINAR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

     

     

    ae1aef0e 8122 4b82 a0ac d087bb76a172

     

    Pada 02 Ogos 2018 (Khamis) Bahagian Penyelidikan, JAWI telah mengadakan Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, JAWI bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Program ini dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI serta agensi2 kerajaan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Najmuddin Bin Abd Karim, Pengetua Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) membicarakan tajuk “Manhaj Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah”dan “Ancaman Liberaslisme Kepada Umat Islam”.

    Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan turut sama memeriahkan program ini adalah Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan.

     

    19333b7e 678c 4613 88b8 853f05a77318 a981ee08 ffc7 4242 b2f1 353351078f9c
    5f67fab3 df5e 4fac b1e4 f15aa905a6bf 609620b3 e920 468f bece 6f1f17be5c41
     44419456 39e5 463c 9f61 af528f27ae44 1 


    Disediakan oleh:

    Bahagian Penyelidikan

     

     

     

     
  • ANAK KARIAH TAMAN MELATI MENGIKUTI KEMBARA MUNAJAT KE KOMPLEKS NASYRUL QURAN DAN BERTALAQQI AL QURAN DALAM BAS

    WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.21 PM

     

    PUTRAJAYA, 2 OGOS (Khamis) Jawatankuasa Kariah masjid Salahuddin al Ayyubi telah menganjurkan Program Munajat dan Talaqqi al Quran dalam bas yang dihadiri seramai 150 orang anak kariah Masjid Salahuddin al Ayyubi hari ini ke Kompleks Nasyrul Quran,Putrajaya.

    Kompleks Nasyrul Quran merupakan kilang percetakan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia, berfungsi bukan hanya setakat sebagai pusat percetakan, bahkan sebagai pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan pengagihan al-Quran.

    Peserta yang mengikuti kembara tersebut kebanyakannya terdiri daripada peserta kelas  talaqqi setiap hari yang diadakan di masjid berkenaan. Suasana bertalaqqi di dalam bas telah memberi inspirasi kepada anak kariah bahawa al Quran harus didampingi setiap masa tanpa mengira batasan tempat dan waktu.

    Program ini mendatangkan manfaat kepada anak kariah  masjid Salahuddin al Ayyubi,Taman Melati disamping memberi pengalaman baru bertalaqqi di dalam bas, ianya  memberi pengetahuan bahawa penghasilan al-Quran bukanlah sesuatu yang mudah dan sentiasa memelihara kesuciannya.

     

     

    WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.47 PM    WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.26 PM

    WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.27 PM    WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.28 PM

       WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.29 PM     WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.27 PM 1    

    WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.23 PM 1     WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.25 PM

    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • PROGRAM DISKUSI BERSAMA PENERBIT BAHAN PENERBITAN BERUNSUR ISLAM 2018 ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN KERJASAMA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

     

     

    PIC 1

    7 Ogos 2018 / 25 Zulkaedah 1439H (Selasa) –Bahagian Penyelidikan JAWI dengan kerjasama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM telah menganjurkan Program Diskusi Bersama Penerbit Bahan Penerbitan Berunsur Islam 2018 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan. Objektif program adalah untuk saling berkongsi maklumat dan kefahaman yang sebenar berkaitan dengan bahan penerbitan berunsur Islam yang selaras dengan ajaran Islam.

    Program diskusi ini merupakan program julung kali diadakan dengan menghimpunkan seramai 90 orang peserta termasuk dalam kalangan penulis, penerbit, pencetak dan pengedar bahan penerbitan berunsur Islam yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Program dimulai dengan sesi pertama oleh YBhg. Prof. Dato’ Zakaria bin Stapa, Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan Etika Penulisan Dalam Bahan Penerbitan Berunsur Islam: Pematuhan kepada Garis Panduan Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam. Manakala sesi kedua pula disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris, Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam Sains dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkaitan Prinsip-prinsip dan ciri-ciri Pluralisme dan Liberalisme dalam penulisan serta pengaruhnya kepada masyarakat.

    Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Turut hadir bersama adalah En. Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah, Bahgaian Penyelidikan JAWI dan Pn. Siti Razmah bin Haji Idris, Ketua Penolong Pengarah, Unit Unit Kajian Media, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM.

     

    PIC 2 PIC 3
    PIC 4 PIC 5
     PIC 6 


    Disediakan oleh:

    Bahagian Penyelidikan

     

     

     

     
  • ILMU SEMBELIHAN KORBAN @ TAMAN MELATI

    WhatsApp Image 2018 08 11 at 2.30.43 PM

     

    11 Ogos 2018 (Sabtu) – Jawatankuasa Masjid Salahuddin Al-Ayyubi telah menganjurkan Kursus Sembelihan Korban Perdanauntuk anak kariah.Kursus yang diadakan selama 4 jam itu menampilkan Ustaz Abdul Halim Zakaria panel fasilitator sembelihan di mulai dengan teori sembelihan bertempat di ruang solat utama masjid berkenaan.

    Sebanyak 150 peserta telah terlibat di dalam kursus pada kali ini sebagai persiapan ibadah korban pada tahun ini.

    Sesi praktikal juga telah diadakan sebagai pendedahan  kepada peserta dengan menyembelih ayam dan kambing pada petang tersebut. Rata-rata peserta berpuas hati dan mengucapkan syabas dengan pengurusan masjid yang telah menganjurkan program ini.




    WhatsApp Image 2018 08 11 at 2.30.45 PM    WhatsApp Image 2018 08 11 at 2.31.05 PM

    WhatsApp Image 2018 08 13 at 8.47.30 AM 1    WhatsApp Image 2018 08 13 at 8.47.30 AM 2 


     WhatsApp Image 2018 08 13 at 8.47.30 AM 3     WhatsApp Image 2018 08 13 at 8.47.30 AM    



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • Kursus Pemantapan Akhlak (KPA) Siri 7/2018

     IMG 20180828 WA0025IMG 20180828 103055

    28 Ogos 2018 (Selasa) – Bertepatan dengan inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang prihatin dengan masalah sosial dan kesalahan berkenaan jenayah syariah, program berkala anjuran Bahagian Penguatkuasaan telah diadakan. Program yang dinamakan Kursus Pemantapan Akhlak yang bertujuan untuk mendekati masyarakat agar menghindari diri dari melakukan kesalahan Jenayah Syariah. Kursus ini terdiri daripada dua slot iaitu slot Kes-Kes Jenayah Syariah dan Iktibar Hidup. Slot ini telah disampaikan oleh Tuan Mohd Ihsan bin Mohamad Daud dari Japens dan KPPK Bah.Pelajaran JAWI iaitu Yang Berusaha Ustaz Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.Kehadiran peserta siri 7/2018 adalah lebih kurang 60 orang.

     

     

    IMG 20180828 WA0015IMG 20180828 WA0017IMG 20180828 WA0022IMG 20180828 WA0027

     

    Disediakan Oleh :

    Bahagian Penguatkuasaan JAWI

  • LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENYELIDIKAN, JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN (JAHEAIK) KE PUSAT PELUPUSAN AL-QURAN DARUL KALAM (DK)

     

     
    a27c1a5b 9c1c 41da b6a6 c86713b8b0ad

    3 September 2018  /22 Zulhijjah 1439H 


    Lawatan daripada JAHEAIK diketuai oleh Ustaz Nik Mohd Zawawi bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan (PPK) Akidah & Syariah. Turut serta ialah Ustaz Abdul Muiz bin Abdullah, Penolong Pengarah Penapisan Media dan pemandu jabatan iaitu Encik Mohd Rawi.


    Manakala Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diketuai oleh Ustaz Mohamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah (KPP) bahagian. Turut menyertai ialah Ustaz Mohd Sahirman, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Tapisan Media, Ustazah Hashrina binti Ayub, Ustazah Nurul 'Aini binti Yahya, En. Khairuddin bin Buyong dan Ustaz Kamarulzaman bin Mohd. Noordin.
    Lawatan dimulakan dengan ucapan aluan oleh KPP Bahagian Penyelidikan JAWI seterusnya ucapan balas daripada JAHEAIK. Penerangan ringkas mengenai sejarah dan pengurusan operasi DK turut disampaikan seterusnya diikuti oleh perbincangan kedua-dua pihak.


    JAHEAIK menerangkan bahawa tujuan lawatan adalah sebagai persediaan ke arah mewujudkan pusat pelupusan di Negeri Kelantan. Lawatan ke JAWI dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai fasa pengumpulan maklumat dan kajian perbandingan yang akan dijadikan asas kepada usaha tersebut.
    Selepas sesi perkongsian maklumat diteruskan pula dengan lawatan sekitar DK. Penerangan mengenai proses pengasingan bahan, pengendalian mesin pelupusan, demo pembakaran dan teknik pembersihan abu disampaikan. Tetamu juga turut mengambil peluang merincih bahan pelupusan dan meneroka relau pembakaran secara dekat.


    Hasil lawatan memberikan peluang kepada  kedua-dua pihak untuk saling berkongsi maklumat dan membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan pelupusan al-Quran pada masa hadapan.


    6624e8c8 4893 4b83 8ab7 d66738eb8116 b4526d6d f7de 4ae9 a1e6 f9c7d95a7e9f
    d54d156a c023 456c ae30 fef7274eb404 0ed4fd16 1205 4b9d 90f9 583add7ebc46
      d0f30502 4427 454b a5a4 27453fa447b7

     

    Disediakan oleh:

    Bahagian Penyelidikan

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

  • HIJRAH MENUJU KEPADA ALLAH @ TAMAN MELATI

    WhatsApp Image 2018 10 10 at 7.43.14 PM

     

    Taman Melati, 10 Oktober 2018 (Rabu) - Jawatankuasa Kariah Masjid Salahuddin al Ayyubi telah menganjurkan Ceramah Perdana sempena sambutan Maal Hijrah 1440 yang bertempat di dewan solat utama Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati Setapak, Kuala Lumpur.

    Ceramah yang bermula pada jam 8.00 malam ini telah dimeriahkan lagi oleh penceramah jemputan, Ybhg. Ustaz Roslan bin Mohamed (Mantan Pensyarah Kanan Univ. Malaya). Beliau telah membincangkan tajuk "Hijrah Menuju Kepada Allah". Seramai 200 anak jemaah telah hadir bersama-sama untuk menjayakan program ini. 

    Majlis berakhir 9.30 malam dengan solat isya secara berjemaah dan sedikit jamuan makan untuk penceramah dan jemaah yang hadir.

     

     

    WhatsApp Image 2018 10 10 at 8.45.21 PM    WhatsApp Image 2018 10 10 at 8.32.54 PM

    WhatsApp Image 2018 10 10 at 8.32.55 PM    WhatsApp Image 2018 10 10 at 8.32.53 PM
                

         

    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • FORUM PERDANA DHUHA @ TAMAN IBU KOTA

    WhatsApp Image 2018 10 11 at 10.44.08 AM

     

    11 Oktober 2018 ( Khamis) -Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota dengan kerjasama Pusat Zon 2 JAWI  dan TV Al-Hijrah telah mengadakan Forum Perdana Dhuha di Dewan Solat Utama, Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota. Forum Dhuha Perdana menampilkan panelis terkemuka iaitu Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman dan Ustazah Asni Mansor di moderator oleh Encik Noor Zawazi Bin Yusof ( Penyampai Berita Arab TV Al-Hijrah)

    Forum Dhuha Perdana yang berlangsung hampir dua jam bermula jam 10.00 pagi telah membincangkan tajuk Jom Hijrahdan telah menarik perhatian hampir 600 jemaah yang telah memenuhi ruang solat utama dan lobi masjid. Forum berakhir dengan sedikit jamuan makan yang disediakan oleh pihak jawatan kuasa masjid untuk penceramah dan tetamu yang hadir. Forum Dhuha Perdana juga boleh diikuti melalui https://www.facebook.com/433382016731616/videos/2160717387587870/




        

    WhatsApp Image 2018 10 11 at 10.41.08 AM    WhatsApp Image 2018 10 11 at 10.41.08 AM 1

    WhatsApp Image 2018 10 11 at 10.41.07 AM    WhatsApp Image 2018 10 11 at 10.41.06 AM 1
        



    Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
    JAWI

     

     

  • Tambah Khutbah

    Form not found or is not published

    Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com