Imsak
5.34
|
 Subuh
5.44
|
 Syuruk
7.07
|
Zohor
1.19
|
Asar
4.45
|
Maghrib
7.28
|
Isyak
8.44

  • Soalan Lazim Bahagian Penyelidikan

     

    1.      Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Cawangan Kajian & Pemantauan Akidah ?

            Perkhidmatan Yang Disediakan;

    • Menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan isu akidah dan syariah.
    • Menyediakan profil berkaitan dengan isu-isu akidah dan syariah yang terdapat di Wilayah Persekutuan.
    • Memberi penjelasan mengenai isu-isu akidah dan syariah kepada  semua lapisan masyarakat di Wilayah Persekutuan.
    • Mendokumentasikan hasil kajian dan penyelidikan JAWI serta risalah-risalah yang berkaitan isu akidah dan syariah .
    • Mengadakan pemantauan ke atas penyebaran ajaran dan pegangan akidah dan syariah yang menyeleweng.

     

    2.      Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Cawangan Penapisan Media & Visa?

          Perkhidmatan Yang Disediakan;

    • Mengkaji dan menapis bahan-bahan penerbitan berunsurkan Islam yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
    • Menerima aduan dari orang ramai berkenaan premis yang menjual atau mempamerkan barang-barang atau terbitan yang mengandungi kalimah Allah dan ayat-ayat Al-Quran.
    • Membuat pemantauan ke kedai-kedai buku, peralatan audio visual dan premis-premis yang disyaki  sekitar Wilayah Persekutuan .
    • Menerima  kitab Al-Quran, buku,  atau sebarang bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang telah rosak atau tidak diingini  lagi sama ada dalam kuantiti yang sedikit atau banyak bagi tujuan pelupusan dengan cara yang lebih selamat.
    • Menyaring permohonan dan temuduga bagi tujuan pengeluaran surat-surat sokongan seperti Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Bagi Mengajar dan Belajar Agama Warganegara Asing

      

    3.      Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Cawangan Kajian & Pemantauan Akidah & Syariah?

           Perkhidmatan Yang Disediakan;

    • Melaksanakan program pengurusan halal seperti kempen kesedaran halal, penyembelihan menurut Islam serta perkhidmatan menyamak.
    • Menguruskan aduan-aduan berkaitan isu makanan halal, penyembelihan di premis-premis penyembelihan dan di pasar-pasar, barang gunaan Islam yang meragukan  dan sebagainya.
    • Menerima permohonan Surat Kebenaran Menyembelih dan menjalankan temuduga dan praktikal bagi jurusembelih yang akan diberi tauliah di Wilayah Persekutuan.

    4)   Saya ingin membuat aduan berkaitan halal, adakah Bahagian Penyelidikan adalah tempat yang sesuai untuk membuat aduan halal? 

            Ya, aduan berkaitan dengan halal boleh dibuat di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

    5)   Saya ingin membuat aduan berkaitan dengan ajaran sesat, dakyah, hal ehwal agama Islam dan lain-lain, adakah Bahagian Penyelidikan  adalah tempat yang sesuai untuk membuat aduan tersebut?

           Ya, aduan berkaitan dengan ajaran sesat, dakyah, hal ehwal agama Islam dan lain-lain boleh dibuat di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

    6)   Saya mempunyai barang-barang gunaan Islam, bahan-bahan   bercetak, visual yang meragukan, adakah saya boleh menghantarnya ke Bahagian Penyelidikan?

           Ya, Anda boleh menghantar barang-barang tersebut ke Bahagian Penyelidikan untuk kajian dan urusan penyelidikan ATAU menghantar aduan ke emel JAWI iaitu aduan@jawi.gov.my   

    7)   Bagaimanakah saya ingin berkerjasama dengan Bahagian Penyelidikan dalam melaksanakan program-program seperti        penyembelihan halal dan sebagainya? 

          Anda boleh datang ke Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan maklumat lanjut atau dengan  menghubungi JAWI . 

    8)   Kami mempunyai banyak teks Al-Quran lama, kitab-kitab lama, bolehkan diserahkan ke Jabatan Agama Islam untuk melupuskannya? 

           Ya, teks Al-Quran lama dan kitab-kitab lama tersebut boleh diserahkan ke Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk proses pelupusan (setelah mendapatkan kelulusan KDN untuk dihantar ke IRIS, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur) 

     

     

    PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN

             Unit Akidah :

    Abdul Fatah Bin Yusof 

    03-22749333 ext : 1411

    Emel : abd.fatah@jawi.gov.my

     Unit Penyembelihan  :

     Zalikha Binti Muda

    03-22749333 ext : 1424

    Emel : zalikha@jawi.gov.my

    Bahagian Penyelidikan, Tingkat 4, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

    Jalan Perdana 50676, Kuala Lumpur

     

     

     

     

     

     

     

     

  • Soalan Lazim Bahagian Penguatkuasaan

    1.     Siapakah yang boleh memberi maklumat kepada pihak Penguatkuasa Agama?

    • Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 9 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) : “Tiap-tiap orang yang mengetahui perlakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan hendaklah dengan serta merta memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang terdekat tentang perlakuan atau niat itu”   Seksyen ini memberikan tafsiran yang umum di mana semua orang yang mengetahui perlakuan (perbuatan) atau niat sama ada kesalahan jenayah syariah sudah dilakukan atau akan dilakukan boleh memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama pada bila-bila masa dengan kadar segera.   

    2.     Bagaimanakah aduan boleh dilakukan? 

    • Aduan boleh dilakukan sama ada secara bertulis atau secara lisan iaitu:-
    • i.  Pengadu hadir sendiri ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI KL dan mengisi Borang 5; 
    • ii. Pengadu boleh membuat aduan menerusi telefon (03-2274 9333), hotline penguatkuasaan (1-800-88-1771), sms (15888)  suratemailfaksimililaporan polis atau seumpamanya di mana aduan tersebut akan di ubah dalam bentuk tulisan dalam Borang 5 dengan mencatatkan nama pengadu, tarikh dan masa aduan tersebut di terima aduan dari pengadu akan dikepeilkan bersama Borang 5 yang ditandatangani oleh PPA sebagai pemberi maklumat dan seorang PPA lain sebagai penerima maklumat   

    3.     Adakah maklumat pengadu akan didedahkan kepada umum? 

    • Maklumat pengadu dikategorikan sebagai sulit, ia tidak boleh didedahkan dan tidak akan diberitahu kepada umum sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Maklumat pengadu hanya diketahui oleh orang-orang yang perlu mengetahui kandungannya dalam masa menjalankan tugas-tugas rasmi mereka. 

    4.     Apakah kesalahan Jenayah Syariah? 

    • Kesalahan Jenayah Syariah ertinya kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang bertentangan dengan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan)  (Akta 303) dan Undang-undang Islam yang lain yang terpakai di Wilayah Persekutuan.   

    5.     Apakah bentuk atau jenis kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama? 

    • Bentuk atau jenis kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama adalah kesalahan berhubung dengan akidah, kesucian agama Islam dan institusinya, kesusilaan, penyubahatan dan percubaan, kesalahan pelbagai, kesalahan yang berkaitan dengan perkahwinan sebagaimana yang diklasifikasikan di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan)  (Akta 303).   

    6.     Sejauhmanakah pihak Penguatkuasa Agama dapat menguatkuasakan undang-undang dalam kawasan wilayah              sahaja sekiranya dibawah  kawasan negeri lain? 

    • Pegawai Penguatkuasa Agama tidak mempunyai bidangkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang di luar Wilayah Persekutuan kerana bidangkuasa undang-undang Islam terletak di bawah bidangkuasa negeri atau Sultan.  Walau bagaimanapun tertakluk kepada peruntukan Seksyen 26, Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997  (Akta 560), Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai kuasa untuk untuk memburu dan menangkap semula  seseorang yang berada dalam jagaan sah yang melarikan diri atau dilarikan dalam tahanan di mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bidangkuasa tempat dia berada dalam jagaan sedemikian, dan memperlakukan orang itu sebagaimana yang boleh diperlakukannya semasa penangkapan yang mula-mula di buat ke atas orang itu.  

    7.     Apakah tindakan Pegawai Penguatkuasa Agama selepas menerima aduan? 

    • Tindakan yang perlu diambil oleh Pegawai Penguatkuasa Agama selepas menerima aduan ialah :- 
    • i. Jika pengadu hadir sendiri ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI KL dan memberikan maklumat / aduan, Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah ;
    • - Mengubah aduan tersebut dalam bentuk bertulis dan aduan tersebut hendaklah di baca kepada pengadu; 
    • - Pengadu diberi peluang untuk menambah, membetulkan atau meminda aduan tersebut; dan 
    • - Jika ada pembetulan atau pindaan, ia hendaklah di buat pada masa itu pengadu hadir di hadapan Pegawai Penguatkuasa Agama dan pembetulan atau pindaan aduan tersebut akan di baca semula kepada pengadu.  Pengadu dan Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah menandatangani aduan / maklumat pada borang aduan tersebut. 
    • ii. Jika aduan / maklumat diterima melalui telefon atau hotline penguatkuasaan, Pegawai Penguatkuasa Agama akan ; 
    • - Mengubah aduan / maklumat itu dalam bentuk tulisan; 
    • - Mencatatkan tarikh dan masa maklumat itu diterima dalam Borang 5 (Borang Aduan) dan; 
    • - Menandatangani borang tersebut sebagai pemberi maklumat dan Borang tersebut akan ditandatangani oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama lain. 
    • iii. Jika aduan / maklumat diterima secara lisan atau bertulis melalui sms, surat, email, faksimili, laporan polis atau seumpamanya maka Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah; 
    • - mendapatkan maklumat diri pengadu / pemberi maklumat termasuk nombor telefon atau nombor yang boleh di hubungi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama dan ; 
    • - mendapatkan butir-butir berikut daripada pengadu; 
    • a)     alamat / lokasi kejadian atau tempat disyaki atau apa-apa petunjuk yang membolehkan lokasi itu dikenalpasti; 
    • b)     perihal aduan / maklumat 
    • c)     identiti orang yang disyaki (OYDS) 
    • d)     identiti orang lain yang berkenaan (jika ada); dan 
    • e)     apa-apa maklumat lain yang boleh menyokong aduan / maklumat berkenaan.  
    • iv.            Kesemua aduan / maklumat yang diterima sama ada secara lisan atau bertulis akan didaftarkan di dalam buku daftar maklumat dan akan diberikan nombor pendaftaran atau rujukan fail.  

    8.     Siapakah yang diberi kuasa untuk menangkap pesalah Syariah selain daripada Pegawai Penguatkuasa Agama? 

    • i.              Hakim
    • ii.             Pegawai Polis
    • iii.            Pegawai Masjid seperti Imam, Bilal dan Naqib 

    9.     Apakah Akta yang terpakai di Wilayah Persekutuan berhubung dengan kesalahan Jenayah Syariah? 

    • v  Akta Undang- undang Keluarga Islam (Akta 303)
    • v  Akta Pentadbiran Undang- undang Islam (Akta 505)
    • v  Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Akta 559)
    • v  Akta Prosedur Jenayah Syariah (Akta 560)
    • v  Akta Keterangan Mahkamah (Akta 561)
    • v  Akta Tatacara Hal Mahkamah Syariah (Akta 585) 

    10.   Sejauh manakah undang-undang ini terpakai di Malaysia di wilayah dan orang Islam? 

    • Akta ini terpakai hanya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi semua orang Islam yang tinggal di dalam Wilayah Persekutuan dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.

     

     

    PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN

    1. Salasia Binti Isdal

    03-22749333 ext : 3122

    Emel : salasia@jawi.gov.my

    2. Nadia Abdullah

    03-22749333 ext : 3209

    Emel : nadia_abdullah@jawi.gov.my

    Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

    Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur

     

     

     

     

     

     

     

     

     

  • Soalan Lazim Bahagian Pengurusan Dakwah

    1.   Bagaimanakah untuk saya mendapat khidmat penceramah ? 

    • Tuan perlu mengemukakan surat permohonan kepada jabatan ini melalui surat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh program dengan menyatakan tarikh, tempat dan tajuk ceramah yang hendak disampaikan kepada alamat berikut :- 
    • Pengarah
    • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
    • Menara Pusat Islam
    • Jalan Perdana 50676
    • Kuala Lumpur
    • (u.p : Ketua Penolong Pengarah Kanan Dakwah)

     2.   Saya ada seorang kawan yang berminat dengan Islam, dan beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam, di manakah boleh beliau memeluk Islam dan bagaimanakah cara untuk saya membantu beliau dalam perkara ini?

    • Sekiranya beliau berada di Wilayah Persekutuan, Tuan boleh membawa beliau untuk memeluk agama Islam di;
    • i.     Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Saudara Muslim
    • ii.    mana-mana cawangan PERKIM, ABIM Outreach,
    • iii.   mana-mana masjid berdekatan dan diislamkan oleh pegawai masjid berkenaan dan pegawai berkenaan perlu mengeluarkan surat pengesahan yang menyatakan beliau telah mengislamkan si fulan. 
    • Seterusnya sahabat tuan perlu hadir ke JAWI sendiri untuk mendaftar pengislaman beliau berserta dua keping gambar dan Kad Pengenalan / Passport berserta surat yang telah dikeluarkan oleh pegawai masjid atau borang pendaftaran PengIslaman, pihak kami akan mengeluarkan Kad Akuan Masuk Islam kepada beliau. 

    3.   Apakah prosedur seseorang untuk memeluk Islam?  

    • Seseorang yang ingin Memeluk Islam perlu hadir ke Cawangan Saudara Muslim JAWI dengan membawa bersama beliau dua orang saksi beragama Islam, Kad Pengenalan atau Passport dan juga dua keping gambar berukuran passport. 

    4.   Saya seorang Saudara Baru, di manakah boleh saya belajar untuk saya mendalami dan mempelajari agama Islam?  

    • JAWI ada menganjurkan kelas pengajian asas Al-Quran dan Fardhu Ain sepanjang tahun dalam waktu bekerja daripada Isnin hingga Jumaat.  Sekiranya tuan berminat boleh hadir ke JAWI di Cawangan Saudara Muslim untuk pertanyaan lanjut.   

    5.   Adakah JAWI menganjurkan Kelas pengajian Fardhu Ain atau program-program keagamaan? 

    • JAWI ada menganjurkan kelas pengajian tetapi bukan kepada masyarakat awam, kelas pengajian yang diadakan adalah kepada golongan tertentu iaitu Saudara Baru, Orang Cacat Pendengaran, Masyarakat terpilih seperti MakNyah, Pengidap HIV di Rumah Sinar Salam.  Manakala bagi program-program keagamaan diadakan secara berkala dan boleh berhubung dengan Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam  untuk pertanyaan lanjut. 

     

        

    PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN

    Maznah Binti Tahir

    03-22749333 ext : 1522

    Emel : maznah.tahir@jawi.gov.my

    Bahagian Pengurusan Dakwah, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur

     

     

  • Soalan Lazim Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga

    1. Apakah yang perlu saya lakukan untuk memohon kebenaran berkahwin dalam Wilayah Persekutuan?

    Pastikan anda bermastautin atau tinggal dalam Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 90 hari. Anda boleh memohon dengan mengisi Borang Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin (Borang 1) yang boleh didapati di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atau dimuat turun di laman web www.jawi.gov.my dan menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan

    1. Adakah ujian saringan HIV boleh dilakukan di Klinik/Hospital swasta?

    TIDAK boleh. Ujian saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik/Hospital Kerajaan Malaysia SAHAJA.

    1. Bilakah saya boleh menghantar borang kebenaran berkahwin?

    Seawal-awalnya 90 hari dan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah.

    1. Berapakah maskahwin yang ditetapkan di Wilayah Persekutuan?

    Maskahwin yang ditetapkan di Wilayah Persekutuan adalah sebanyak RM80.00. Namun begitu, terserah kepada pengantin lelaki untuk memberi lebih mengikut kemampuannya.

    Kadar upah untuk jurunikah pula ialah *RM80 manakala kadar upah saksi ialah *RM 20.

    * Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

    1. Bagaimana untuk memohon Kad Perakuan Nikah?
    1. Pasangan suami isteri hendaklah hadir bersama-sama (berpakaian menutup aurat)
    2. Pasangan mestilah mempunyai Surat Perakuan Nikah asal yang di daftarkan di Wilayah Persekutuan.
    3. Membuat bayaran
    4. Rekod perceraian/ perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah
    5. Surat Perakuan Nikah (Asal)
    6. Bayaran RM20.00
    7. Salinan kad pengenalan pemohon
    8. Salinan surat perakuan nikah/cerai/ruju’
    9. Surat akuan sumpah daripada pesuruhjaya sumpah beragama Islam yang menyatakan surat perakuan nikah/cerai/ruju’ hilang dalam simpanan.
    10. Bayaran sebanyak RM10.00 untuk satu surat perakuan nikah/cerai/ruju’
    11. Borang permohonan ruju’
    12. Rekod perceraian/perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah
    13. Surat perakuan nikah asal
    14. Borang 5 daripada bahagian Penguatkuasaan (sekiranya perceraian belaku di luar mahkamah)
    15. Rekod perceraian/ perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah (pastikan masih dalam tempoh ‘iddah)
    16. Surat Nikah / ruju’ yang asal.
    1. Bagaimana jika saya ingin membuat permohonan untuk bercerai?

    Permohonan cerai boleh dibuat di Mahkamah Syariah tempat anda bermastautin.

    1. Suami saya telah melafazkan cerai. Apa yang patut saya lakukan?

    Suami atau isteri perlu ke Mahkamah Syariah tempat bermastautin untuk membuat pengesahan lafaz cerai.

    1. Bagaimana proses mendaftarkan perceraian?

    Datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan membawa:

    * Surat Perakuan cerai akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

    1. Sekiranya surat perakuan nikah/cerai/ruju’ hilang, bagaimana cara untuk mendapatkan salinan yang baharu?

    Datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan membawa:

    * Surat perakuan nikah/cerai/ruju’ akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja

    1. Bagaimanakah prosedur ruju’?

    Datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk proses ruju’ setelah mendapat rekod perceraian/perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dan lengkapkan serta serahkan dokumen-dokumen berikut:

    1. Apakah prosedur pendaftaran ruju’?

    Datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan membawa:

    1. Rekod perceraian/ perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah (pastikan masih dalam tempoh ‘iddah)
    2. Surat Nikah / ruju’ yang asal.

     

    PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN 

    Ustazah Siti Aa'syah Binti Abdul Raman

     03-2274 9333 ext: 3330

    Emel : sitiaaisyah@jawi.gov.my

    Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

    Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur

     

     

     

     

     

  • Soalan Lazim Bahagian Penguatkuasaan 1

    7.    Apakah tindakan Pegawai Penguatkuasa Agama selepas menerima aduan? 

    Tindakan yang perlu diambil oleh Pegawai Penguatkuasa Agama selepas menerima aduan ialah :- 

    i.             Jika pengadu hadir sendiri ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI KL dan memberikan maklumat / aduan, Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah ;

    -      Mengubah aduan tersebut dalam bentuk bertulis dan aduan tersebut hendaklah di baca kepada pengadu; 

    -      Pengadu diberi peluang untuk menambah, membetulkan atau meminda aduan tersebut; dan 

    -      Jika ada pembetulan atau pindaan, ia hendaklah di buat pada masa itu pengadu hadir di hadapan Pegawai Penguatkuasa Agama dan pembetulan atau pindaan aduan tersebut akan di baca semula kepada pengadu. Pengadu dan Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah menandatangani aduan / maklumat pada borang aduan tersebut. 

    ii.            Jika aduan / maklumat diterima melalui telefon atau hotline penguatkuasaan, Pegawai Penguatkuasa Agama akan ; 

    -      Mengubah aduan / maklumat itu dalam bentuk tulisan; 

    -      Mencatatkan tarikh dan masa maklumat itu diterima dalam Borang 5 (Borang Aduan) dan; 

    -      Menandatangani borang tersebut sebagai pemberi maklumat dan Borang tersebut akan ditandatangani oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama lain. 

    iii.           Jika aduan / maklumat diterima secara lisan atau bertulis melalui sms, surat, email, faksimili, laporan polis atau seumpamanya maka Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah; 

    -      mendapatkan maklumat diri pengadu / pemberi maklumat termasuk nombor telefon atau nombor yang boleh di hubungi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama dan ; 

    -      mendapatkan butir-butir berikut daripada pengadu; 

    a)    alamat / lokasi kejadian atau tempat disyaki atau apa-apa petunjuk yang membolehkan lokasi itu dikenalpasti; 

    b)    perihal aduan / maklumat 

    c)    identiti orang yang disyaki (OYDS) 

    d)    identiti orang lain yang berkenaan (jika ada); dan 

    e)    apa-apa maklumat lain yang boleh menyokong aduan / maklumat berkenaan.  

    iv.           Kesemua aduan / maklumat yang diterima sama ada secara lisan atau bertulis akan didaftarkan di dalam buku daftar maklumat dan akan diberikan nombor pendaftaran atau rujukan fail.  

    8.    Siapakah yang diberi kuasa untuk menangkap pesalah Syariah selain daripada Pegawai Penguatkuasa Agama? 

    i.             Hakim

    ii.            Pegawai Polis

    iii.           Pegawai Masjid seperti Imam, Bilal dan Naqib   

     

    Seterus>>

  • Soalan Lazim Di Bahagian-Bahagian JAWI

    Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga

    Bahagian Penyelidikan

    Bahagian Pengurusan Dakwah

    Bahagian Penguatkuasaan

    Bahagian Pelajaran

     

     

     

     

     

  • Soalan Lazim Bahagian Pelajaran

    Tajuk : Pendaftaran Tahun Satu ke SRA JAWI

     

     

    1-  Bagaimana saya hendak mendaftarkan anak saya ke tahun satu di SRA, JAWI?

    Pendaftaran anak ke tahun satu SRA, hendaklah dengan mengisi borang “Pendaftaran Tahun Satu” yang boleh didapati di setiap sekolah agama.

     

    2- Bilakah saya boleh mendapatkan borang tersebut?

    Bagi pendaftaran tahun satu boleh dilakukan bermula bulan Julai hingga Ogos setiap tahun bagi tujuan kemasukan pada tahun berikutnya, walau bagaimanapun, sebarang perubahan hendaklah merujuk kepada pihak sekolah yang berdekatan.

     

    3- Apakah dokumen yang perlu saya sertakan dalam borang pendaftaran tersebut ?

    Dokumen yang perlu disertakan ialah :

    1-   Gambar Bersaiz Passpot

    2-   Salinan Mykid

    3-   Salinan Sijil Kelahiran

    4-   Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/Penjaga

    5-   Salinan Bil Utiliti Tempat Kediaman

     

    4- Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya adalah orang yang terlewat daftar ?

    Bagi pemohon yang terlewat hendaklah merujuk kepada unit Pengurusan HEM & Pentadbiran Sekolah di tingkat 4, Bahagian Pelajaran, JAWI

     

                                    

    Tajuk : Pendaftaran Sekolah Agama dan Tahfiz Swasta

     

     

    1-  Bagaimana saya hendaklah mendaftarkan sekolah agama atau tahfiz swasta di JAWI?

    Pendaftaran sekolah agama atau tahfiz swasta, hendaklah dengan mengisi borang “Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama atau Tahfiz Swasta” yang boleh didapatkan di bahagian Pelajaran, JAWI.

     

    2- Apakah lampiran dokumen yang perlu saya sediakan ?

    Dokumen yang perlu disediakan, ialah:

    1-   Kertas kerja permohonan

    2-   Senarai Nama Guru-Guru yang memiliki tauliah mengajar

    3-   Kelulusan premis dari Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur

    4-   Kululusan premis dari Bomba

    5-   Kelulusan Premis dari Jabatan Kesihatan

    Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke Bahagian Pelajaran , JAWI

     

    3- Berapa lama saya akan mengetahui keputusan kelulusan pendaftaran ?

    Proses kelulusan pendaftaran akan melalui beberapa peringkat , iaitu:

    1-    Serahan dokumen yang lengkap

    2-    Peperiksaan premis

    3-    Penyediaan laporan

    4-   Pembentangan laporan ke Jawatankuasa Pendaftaran Sekolah Agama atau Tahfiz Swasta

     

                             

    Tajuk : Proses permohonan Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Belajar Agama Bagi Warga Asing

     

     

    1-  Bagaimana saya hendak mendapat sokongan pas lawatan ikhtisas belajar agama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ?

    Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Belajar Agama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah dengan mengisi borang permohonan secara on-line di http://e-ikhtisas.islam.gov.my ( bagi pemohon 18 tahun ke atas). Borang tersebut hendaklah disahkan oleh pihak penganjur ( sekolah/institusi pengajian agama swasta)

     

    2- Apakah lampiran dokumen yang perlu saya sediakan ?

    Dokumen yang perlu disediakan, ialah:

    1-  Surat Perakuan Daripada Penganjur

    2-  Salinan Pasport Antarabangsa Yang Disahkan ( Termasuk Halaman Tarikh Tamat Passport)

    3-  Salinan Pas Lawatan Ikhtisas Terkini Yang Disahkan ( Bagi Permohonan Lanjutan)

    4-  Salinan Kad Akuan Memeluk Islam Yang Disahkan Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( Bagi Pelajar Baru )

    5-   Jadual Waktu Belajar

    6-   Salinan Rekod Kehadiran Pelajar ( Permohonan Lanjutan)

    7-   Salinan Sijil Berhenti Sekolah Bagi Pelajar Yang Bertukar Sekolah.

    Dokumen yang lengkap dan borang permohonan hendaklah dihantar ke Unit Penyelarasan Sekolah Agama/Sekolah Tahfiz Swasta, Tingkat 4, Bahagian Pelajaran, JAWI

     

    3- Apakah prosedur selepas semua borang yang lengkap diserahkan kepada JAWI ?

    Pemohonan akan ditentukan satu ketetapan tarikh untuk ditemuduga oleh pihak JAWI.

     

                                               

    PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN 

    Mohd Sahirman Bin Ahmad

     03-2274 9333 ext: 1301

    Emel : sahirman[at]jawi[dot]gov[dot]my

    Bahagian Pelajaran, Tingkat 3, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur

     

     

     

     

     

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com