Imsak
5.59
|
 Subuh
6.09
|
 Syuruk
7.24
|
Zohor
1.29
|
Asar
4.45
|
Maghrib
7.29
|
Isyak
8.39

Pendakwaan

PENGENALAN

Bahagian Pendakwaan (BPD) bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pendakwaan terhadap pelaku yang melakukan kesalahan Syariah di bawah peruntukan Undang-undang Islam yang berkuatkuasa di Wilayah-wilayah Persekutuan. Bahagian ini juga bertanggungjawab membantu Hakim Syarie dalam membuat keputusan dan hukuman yang adil. Bahagian ini diketuai Ketua Pendakwa Syarie (LS 52) disamping dibantu oleh Pendakwa Syarie Kanan (LS 48) dan juga para Pegawai Pendakwa Syarie (LS 44 dan LS 41) serta para Pembantu Pendakwa Syarie (LS 17). Bahagian ini terpecah kepada tiga cawangan iaitu Cawangan Mahkamah Tinggi dan Rayuan Syariah, Cawangan Mahkamah Rendah dan Cawangan Pendaftaran dan Rekod.

 

VISI BAHAGIAN

Menjadi ejen perdana dalam usaha membanteras kesalahan jenayah syariah yang berpaksikan prinsip al-amru bil ma’ruf wa  nahyu ‘anil munkar.

 

MISI JABATAN

  1. Memantapkan Akidah, Syariah dan Akhlak secara kolektif dan komprehensif.
  2. Menguruskan Hal Ehwal kekeluargaan Islam.
  3. Melaksanakan dakwah secara menyeluruh dan professional.
  4. Memantapkan pendidikan ummah berteraskan Al-quran & Sunnah.
  5. Mengimarah masjid & surau.

 

 MISI BAHAGIAN

  1. Berusaha membanteras jenayah syariah dengan sedaya upaya mungkin bagi menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang dihormati dan dipandang tinggi.
  2. Memastikan tertuduh disabitkan kesalahan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal supaya kesalahan tersebut boleh dicegah dari berleluasa.
  3. Mewujudkan rantaian kerja yang erat dan padu dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan prosiding pendakwaan berjalan lancar.

 

OBJEKTIF BAHAGIAN

  1. Untuk menjalankan pendakwaan dengan lebih sistematik dan efisyen.
  2. Untuk meningkatkan kualiti kes yang didakwa agar semua tertuduh disabitkan kesalahan.
  3. Untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan profesionalisme Pendakwa-pendakwa Syarie dalam mengendalikan pendakwaan di Mahkamah Syariah.
  4. Untuk memastikan kes-kes pendakwaan diselesaikan dengan cepat dan dengan kos yang paling minima.
  5. Untuk memastikan data dan maklumat setiap kes direkod dengan lebih sistematik dan boleh dicapai dengan mudah.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN

FUNGSI

PROSES KERJA

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com