05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Bahagian: Perkahwinan & Pembangunan Keluarga

Cawangan Nikah Cerai Ruju'

FUNGSI   

  1. Memastikan urusan perkahwinan, perceraian dan ruju' dibuat mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).
  2. Memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat dalam urusan perkahwinan, perceraian dan ruju' di Wilayah Persekutuan.
  3. Bertanggungjawab menjalankan penyeliaan dan kawalan terhadap pengeluaran dan pendaftaran sijil nikah, cerai dan ruju' di Wilayah Persekutuan.
  4. Memberi khidmat nasihat serta panduan kepada orang ramai berkaitan persoalan hukum dan prosedur perkahwinan, pendaftaran perceraian dan ruju' di Wilayah Persekutuan.
  5. Mengurus perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar Kanan, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ orang Islam.    

 

PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH     

 

PERMOHONAN PENDAFTARAN CERAI

  1. Pemohon hendaklah terlebih dahulu memfailkan pengesahan lafaz cerai / permohonan bercerai di Mahkamah Syariah.
  2. Pendaftaran cerai di JAWI boleh dibuat setelah menerima perintah daftar dari Mahkamah Syariah.
  3. Dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkah cerai:-  
  • Surat perintah daftar dari Mahkamah Syariah WP.
  • Surat perakuan nikah yang asal.
  • Bayaran daftar cerai sebanyak RM 20.00 sepasang

      4.   Surat cerai akan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu setelah didaftarkan.

 

 

PERMOHONAN PENDAFTARAN RUJU’  

  1. Pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftarkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah.
  2. Proses ruju’ boleh di buat selepas perintah  Mahkamah Syariah diperolehi dan isteri masih dalam tempoh eddah. 
  3. Pasangan suami isteri perlu hadir di hadapan Pendaftar Nikah , Cerai dan Ruju’ untuk proses ruju’. 
  4. Bayaran untuk mendaftarkan Ruju’ ialah sebanyak RM20.00 sepasang