Imsak
5.56
|
 Subuh
6.06
|
 Syuruk
7.24
|
Zohor
1.27
|
Asar
4.49
|
Maghrib
7.24
|
Isyak
8.37

Bahagian - Pengurusan Masjid

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) merupakan sebuah bahagian yang baru diwujudkan oleh pihak JAWI. Sebelum ini, BPM merupakan sebuah unit dalam Bahagian Dakwah yang dikenali sebagai Unit Kariah. Selaras dengan perkembangan peranan dan fungsi Unit Kariah, pihak pengurusan JAWI telah mengambil inisiatif dengan menjadikan Unit Kariah sebagai bahagian. Secara rasminya, BPM telah diluluskan penubuhannya berdasarkan kelulusan jawatan yang diberi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Disember 2007.

 

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan struktur organisasi yang berkesan dalam pentadbiran masjid dan surau
  2. Melahirkan masyarakat yang menghormati, menghayati dan menyintai masjid dan surau
  3. Melahirkan para pegawai dan kakitangan masjid dan surau yang terlatih dan bermaklumat
  4. Mempertingkatkan tahap kebersihan dan kecerian masjid dan surau

 

FUNGSI

  1. Mengurus pentadbiran masjid dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan.
  2. Menyelia keceriaan dan kebersihan masjid serta surau.
  3. Menyelaras permohonan pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan masjid serta surau.
  4. Menyelaras program-program pengimarahan dan takmir masjid dan surau.
  5. Menyelaras pengurusan tanah perkuburan Islam.
  6. Menerbitkan teks khutbah Jumaat dan khutbah multimedia.
  7. Memproses perlantikan dan pentauliahan Imam Ratib , Pembantu Bilal, guru takmir dan ahli jawatankuasa masjid serta surau.
  8. Menyelaras latihan kepada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid serta surau.
  9. Memproses pembayaran imbuhan dan elaun kepada Imam Ratib, Pembantu Bilal, guru takmir dan ahli jawatankuasa masjid.
  10. Menguruskan perasmian masjid dan lawatan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke masjid.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID TERDIRI DARIPADA 4 CAWANGAN :

  • Cawangan Penyelarasan & Perancangan Kariah
  • Cawangan Khutbah & Latihan
  • Cawangan Pengimarahan & Takmir
  • Cawangan Masjid & Surau

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com