Majlis Penyerahan Piala Pusingan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1438H/2017M Kepada JAKIM

pialamtqjakim

 

 

7 Mac 2018 | 19 Jamadilakhir 1439H - Majlis Penyerahan Piala Pusingan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan  bagi Tahun 1438H/2017M daripada JAWI Kepada JAKIM telah diadakan di Pejabat Bahagian Perhubungan JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

Majlis ini menyaksikan penyerahan piala pusingan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaldin bin Mohd Damin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI kepada YBrs. En. Nik Mohd Ridzuan bin Nik Yaacob, Pengarah Bahagian Perhubungan JAKIM selaku Urus Setia Bagi  Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK). 

Terdahulu, Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1438H/2017M telah diadakan pada 2 hingga 8 April 2017 bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Majlis pada kali ini telah menobatkan wakil Wilayah Persekutuan, Ustaz Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad selaku johan Qari, sekali gus mengharumkan nama Wilayah Persekutuan dalam pencapaian yang amat membanggakan di peringkat kebangsaan. Beliau menerima hadiah wang tunai RM15,000, wang tunai tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, piala iringan, piala pusingan dan sebuah kenderaan serba guna Proton Exora.

Lazimnya piala pusingan yang diperoleh akan dihadiahkan kepada individu yang mendapat johan kategori qari atau qariah mewakili negeri masing-masing.

 

 Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com