Imsak
5.29
|
 Subuh
5.39
|
 Syuruk
7.01
|
Zohor
1.13
|
Asar
4.38
|
Maghrib
7.22
|
Isyak
8.36

Majlis Perasmian Kompleks Darul Hidayah Kuala Lumpur

 
RasmiKDH1

 

7 Mac 2018 I 19 Jamadilakhir 1439H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam WIlayah Persekutuan (MAIWP) telah berjaya melaksanakan Majlis Perasmian Kompleks Darul Hidayah pada 7 Mac 2018 (Rabu) bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) , Menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Turut hadir, YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI, SS Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kompleks Darul Hidayah (KDH) ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi perlindungan sementara serta bimbingan yang berterusan kepada saudara baru. Penubuhan Kompleks Darul Hidayah oleh MAIWP dan pengurusannya oleh JAWI adalah bertujuan meneruskan kelangsungan pengurusan saudara baru sedia ada dengan memastikan aspek kebajikan khususnya dari sudut penjagaan dan pendidikan dapat dilaksanakan selaras dengan fungsi JAWI sebagai agensi pelaksana kepada dasar MAIWP dalam hal ehwal muallaf di Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, MAIWP telah menyerahkan pengurusan KDH kepada JAWI pada 1 November 2016. Proses perpindahan daripada kompleks lama di Kg. Baru bermula pada 15 Disember 2016 dan operasi pengurusan bermula pada 3 Januari 2017

Pengurusan operasi KDH bertindak sebagai “one stop centre” di mana semua urusan hal ehwal muallaf termasuk penganjuran program-program keagamaan, pembelajaran dan lain-lain urusan berkaitan muallaf akan berpusat di satu premis sahaja.

Perasmian ini merupakan satu medium untuk memaklumkan kepada masyarakat secara rasmi tentang projek pembangunan KDH yang telah dilaksanakan oleh JAWI dan MAIWP. Melalui kewujudan kompleks ini, diharapkan pengurusan Saudara Baru lebih tersusun dan teratur, selain menjadi tempat transit yang selamat, juga menjadi tempat pembelajaran yang terbaik bagi melahirkan masyarakat Islam yang berilmu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta ditunjangi oleh nilai-nilai agama, moral dan etika yang utuh.

 

RasmiKDH2 RasmiKDH3
RasmiKDH4 RasmiKDH5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com