MAJLIS PENJELASAN FATWA PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1 / 2018M

MUFTI

10 Januari / 22 Rabiul Akhir (Rabu) – Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3 JAWI dengan kerjasama Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS) Taman Maluri dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP),telah mengadakan “Majlis Penjelasan Fatwa Siri 1/2018”.100 orang peserta  yang hadir bagi mendengar penjelasan fatwa-fatwa terkini dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Majlis Penjelasan Fatwa Siri 1/2018 ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.Perasmian Majlis Penjelasan Fatwa Siri 1/2018  disempurnakan oleh YBhg SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan).

Pada majlis tersebut,para peserta dapat mendengar ceramah atau penjelasan yang terbahagi kepada tiga bahagian ceramah,iaitu penceramah pertama disampaikan oleh YBhg Ustaz Ahmad Tarmizi bin Mahmud ( Ketua Unit Buhuth PMWP ) dengan tajuk “Fatwa Di Malaysia:Satu Penjelasan”,ceramah kedua disampaikan oleh YBhg Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim ( Ketua Unit Istinbat PMWP ) dengan tajuk “Fatwa-Fatwa Yang Diwartakan Di Wilayah Persekutuan”.

Manakala bahagian terakhir ceramah diadakan forum mengenai “Isu-Isu Fatwa di Wilayah Persekutuan” yang disampaikan oleh tiga orang ahli panel iaitu YBhg Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim ( Ketua Unit Istinbat PMWP ),YBhg Ustaz Mohamad Razif bin Mohamad Fuad ( Ketua Unit Konsultasi Akidah PMWP), YBhg Ustaz Ahmad Tarmizi bin Mahmud ( Ketua Unit Buhuth PMWP )  manakala moderator YBhg Ustaz Umar Mukhtar bin Mohd Noor (Pegawai Penyelidik PMWP).

Hadir sama pada konvensyen ini YBhg SF Ustaz Haji Hashim bin Salleh ( Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan),YBhg Ustaz Haji Anuar Hakim bin Mohd Salleh (KPP Bahagian Pengurusan Masjid), YBhg Ustaz Mohd Yazid bin Saad (Penyelaras Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI) YBhg Tuan Haji Mohamad Nor bin Ibrahim (Pengerusi Masjid Al-Imam Ash-Shafie),AJK Masjid Al-Imam Ash-Shafie serta seluruh kakitangan Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3 JAWI dan Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

MUFTI1 MUFTI2
MUFTI3 MUFTI4
MUFTI5 MUFTI6

Disediakan oleh :

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3, JAWI &

Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS), Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com