Imsak
5.31
|
 Subuh
5.41
|
 Syuruk
6.56
|
Zohor
1.01
|
Asar
4.18
|
Maghrib
7.00
|
Isyak
8.10

Kursus Tot Al-Quran Dan Pelajaran Tajwid

 tot 1
 

31 Julai 2017M / 7 Zulkaedah 1438H Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuantelah mengadakan Kursus Tot Al-Quran dan Tajwid  pada 25 Julai 2017 diBilik Aktiviti Aras 3, Bangunan Pusat Islam Kuala Lumpur. Kursus ini telah dihadiri oleh 1 seorang pegawai, 1 orang Penolong Pegawai dan 15 orang guru dari Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kursus ini adalah kesinambungan dari kursus yang dijalankan sebelum ini. Ia bertujuan untuk melahirkan guru-guru SRA JAWI yang mahir dalam bidang tarannum Al-Quran serta pakar dalam tajwid. Kursus ini disampaikan oleh Ustaz Zainuddin bin Ab. Rahman, dari Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM) Bangi yang juga merupakan Qari Wilayah Persekutuan.

Kursus seperti ini amat diperlukan oleh guru-guru SRA JAWI dalam hasrat Jabatan untuk melahirkan guru pakar di masa akan datang. Di samping itu, kursus seperti ini  perlu diadakan dari semasa ke semasa  kerana ianya dapat  memberi percambahan dan perkongsian ilmu pengetahuan kepada guru-guru bagi melahirkan guru yang berkualiti, berketrampilan serta berdaya saing dalam merealisasikan pembelajaran abab ke 21.

tot 2   tot 3
 tot quran 4  tot quran 5
 

 Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com