Imsak
5.31
|
 Subuh
5.41
|
 Syuruk
6.59
|
Zohor
1.02
|
Asar
4.24
|
Maghrib
6.59
|
Isyak
8.12

Program ‘Jejak Pesara’ Perkukuh Tradisi Kunjung-Mengunjung

 
jpwahabkuang

13 Julai 2017 | 19 Syawal 1438H (Khamis) – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam telah meneruskan siri program Jejak Pesara JAWI bersempena bulan Syawal 1438H dengan menziarahi mantan pemandu di Bahagian Pengurusan Dakwah, En. Ab. Wahab bin Ahmad bertempat di Kuang, Selangor pada 13 Julai 2017 (Rabu). Rombongan dua (2) buah kenderaan membawa seramai 14 orang peserta ziarah diketuai oleh YBhg. Tuan Hj. Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah yang turut menyampaikan cenderahati tanda kenangan dari Jabatan kepada En. Ab. Wahab bin Ahmad.

Program Jejak Pesara JAWI adalah merupakan program berkala kendalian Bahagian Pengurusan Dakwah bertujuan merapatkan lagi ukhuwah antara Jabatan dengan pesara JAWI di samping menunjukkan tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial jabatan dalam menyantuni golongan pesara yang telah menabur bakti di JAWI sepanjang perkhidmatannya. Semoga usaha murni menjejaki semula pesara-pesara yang pernah berkhidmat di JAWI ini dapat menjadi kebaikan dan asbab kepada kekukuhan hubunganpersaudaraan sesama saudara seagama.

jpwahabkuang1 jpwahabkuang2
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com