Imsak
5.40
|
 Subuh
5.50
|
 Syuruk
7.11
|
Zohor
1.22
|
Asar
4.46
|
Maghrib
7.30
|
Isyak
8.44

JAWI Beraya Bersama Pesakit HKL

 
hkl77174

12 Julai 2017 | 18 Ramadhan 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Ziarah Dakwah bil Hal bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri melibatkan Wad 12 dan Wad 13, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 Julai  2017 (Selasa). Seramai tujuh (7) orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah terlibat dalam sesi ziarah kali ini diketuai oleh Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam Bahagian Pengurusan Dakwah, Ustazah Salasia binti Isdal.

 

Rombongan memulakan lawatan pada jam 10.00 pagi di samping turut menyampaikan sumbangan goodies bag berupa barangan keperluan harian berserta bacaan panduan ibadah pesakit di samping memberi khidmat nasihat kepada pesakit-pesakit yang ditempatkan di wad berkenaan. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar aktiviti Ziarah Dakwah bil Hal ini dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada para pesakit bersempena dengan Hari Raya.

hkl7717 hkl77171
hkl77175 hkl77172

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com