Imsak
5.37
|
 Subuh
5.47
|
 Syuruk
7.02
|
Zohor
1.09
|
Asar
4.14
|
Maghrib
7.11
|
Isyak
8.20

Program Turun Padang: Promosi Perkhidmatan Di PKKSK dan AKUAJA

 1

11 Julai 2017 (Selasa) – Dalam usaha menyebarluaskan perkhidmatan yang yang ditawarkan di Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) dan Anjung Khidmat Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Akuaja) kepada masyarakat awam di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cawangan Pembangunan Keluarga Islam (PKI), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Program Turun Padang di sekitar kawasan pusat komersial Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Program yang disertai seramai enam orang pegawai dan kakitangan BPPK yang diketuai oleh Ustaz Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah, BPPK telah berjaya mewar-warkan mengenai perkhidmatan khidmat nasihat tentang urusan perkahwinan dan kekeluargaan yang disediakan di PKKSK dan Akuaja melalui edaran pamphlet dan penerangan ringkas kepada orang awam di kawasan tersebut.

 2  3
 4  5

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com