Imsak
5.37
|
 Subuh
5.47
|
 Syuruk
7.02
|
Zohor
1.09
|
Asar
4.14
|
Maghrib
7.11
|
Isyak
8.20

Bengkel Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Dan Kaedah Pelaksanaan (BBM) Hadith

 z3 1

22 Jun 2017M/27 Ramadhan 1438H, SRA ZON 3 telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Bahan Bantu Mengajar(BBM) Hadith dan Kaedah Pelaksanaannya dalam PdP pada 21 Jun 2017 bertempat di Bilik Multimedia SRA Raja Muda Musa. Bengkel ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada Guru mata pelajaran Hadith Tahun 1 SRA Zon 3 dan AJK LADAP Zon 3.

        Bengkel ini telah  dibimbing oleh ustazah Nor Asiah Bt Harun Penolong Pengarah Kanan dari Unit Akademik Bahagian Pelajaran JAWI.

        Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada guru mengenai asas kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dan mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan pembelajaran abad ke 21.

        Bengkel ini amat penting dan banyak memberi manfaat kepada guru tentang teknik asas penyediaan BBM, berkongsi pandangan sesama rakan disamping memberi semangat dan motivasi mengenai kelebihan penggunaan BBM dalam PdP di sekolah. 

 
 z3 2 z3 3 
 z3 4  z3 5
 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com