Imsak
5.37
|
 Subuh
5.47
|
 Syuruk
7.02
|
Zohor
1.09
|
Asar
4.14
|
Maghrib
7.11
|
Isyak
8.20

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Dan Solat Sunat Tasbih Sempena Ramadan 1438H

khatamtasbih1

 

 

21 Jun 2017 l 26 Ramadan 1438H - JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Solat Sunat Tasbih sempena Ramadan 1438H. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Surau Al-Muhajirin, JAWI, Kompleks Pusat Islam telah disertai oleh pegawai dan kakitangan dari pelbagai bahagian di JAWI.


Majlis dimulakan dengan pelaksanaan Solat Sunat Tasbih yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd. Ansarullah bin Mohd. Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan JAWI. Usai solat sunat tasbih, acara diteruskan dengan Khatam Al-Quran dan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Tuan Haji Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.


Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Tuan Haji Yusof bin Mamat diikuti penyampaian cenderahati kepada wakil penyampai Tazkirah Ramadan. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai sebelum bersurai.


Diharapkan program seperti ini dapat memupuk budaya cinta al-Quran dan menjadi medan untuk warga JAWI berkumpul bagi merapatkan ukhuwah.

khatamtasbih2 khatamtasbih3
 khatamtasbih4  khatamtasbih5
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com