Imsak
5.40
|
 Subuh
5.50
|
 Syuruk
7.11
|
Zohor
1.22
|
Asar
4.46
|
Maghrib
7.30
|
Isyak
8.44

Program Remaja Sakinah 2017: “Pemuda Harapan Ummah”

1
17 Mei 2017M / 20 Syaaban 1438 H (Rabu)- Cawangan Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dengan kerjasama Pusat Zon 4 Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju dan Maahad Tahfiz Dhiya Ul Islah, Jalan Semarak telah mengadakan Program Remaja Sakinah 2017 : “Pemuda Harapan Ummah”. Program ini menyasarkan kepada pelajar-pelajar tahfiz seramai 50 orang yang hadir.

 

Program yang julung kali dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Keluarga Islam, BPPK ini adalah untuk memberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab remaja serta pemuda Islam terhadap masyarakat dan negara.

 

Program ini bermula dengan aktiviti acara sukaneka dari jam 8.00 pagi hingga jam 10.00 pagi. Aktiviti seperti ini memberi ruang kepada pelajar untuk beriadah bagi menyihatkan tubuh badan selain daripada menghafaz Al-Quran semata-mata. Seterusnya program disambung dengan acara berpidato oleh pelajar-pelajar tahfiz dan diteruskan dengan sesi ceramah yang diundang khas iaitu Us. Mohd Hazman Yani bin Ahmad (Daie Hazman) dengan tajuk “Percaya dan Berjaya” dari jam 10.30 pagi hingga jam 11.30 pagi.

 

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK, Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah, BPPK Ustaz Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Pengerusi Maahad Tahfiz Dhiya Ul Islah Tn. Hj Zulkifli bin Husin, ahli jawatankuasa serta PPK Zon 4 (merangkap Pengerusi Masjid Usamah bin Zaid), Ustaz Wan Yusof bin Wan Ishak. 

 

Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi (TPO) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah, pemenang berpidato dan pemenang acara sukaneka.

3  4
 5  6
 7  8
 9  10

 

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com