Imsak
5.40
|
 Subuh
5.50
|
 Syuruk
7.11
|
Zohor
1.22
|
Asar
4.46
|
Maghrib
7.30
|
Isyak
8.44

Katakan Tidak Kepada Terrorisme

 
banner kempen terrorisme 12x5-01 28129 2

19 Mei 2017M (Jumaat) | 22 Syaaban 1438H JAWI melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya menjalankan Wacana Ilmu dan Isu Semasa: Katakan Tidak Kepada Terrorisme pada 18 Mei 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Wacana ini merupakan kerjasama strategik antara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Masjid Negara.

 

 

Wacana Pertama bertajuk “Islam, Ummah, Mazhab dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah” disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nik Muhd Marzuki Haji Muhd Nor, Penolong Pengarah, Unit NGO dan Antarabangsa, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Beliau menjelaskan Islam di Malaysia berdasarkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). ASWJ ialah Asyairah dan Maturudiyah dalam akidah, empat mazhab dalam feqah, serta ahli tasawuf yang murni dalam ilmu, akhlak dan tazkiah, sesuai dengan manhaj Imam al-Junaid dan para ulama’ yang meniti jalannya. Beliau mengesyorkan takrif ini perlu diwartakan dalam perundangan negara.Pembentangan wacana tersebut boleh diikuti di sini.

 

 

Wacana Kedua bertajuk “Perspektif Islam Terhadap Ekstrimisme, Fanatisisme dan Terrorisme, serta Hubungannya dengan DAESH” mengundang penampilan khas YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Timbalan Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau menjelaskan ideologi ekstrimisme berpunca antara lain, daripada kesalahan memahami slogan kembali kepada al-Quran & al-Sunnah, bid’ah, syirik, tawassul, tarikat, jihad, menghalalkan darah manusia, negara Islam dan seumpamanya.Ideologi ekstrimisme inilah membawa kepada fanatisme dan ahirnya terrorisme. Beliau mengesyorkan dialog antara dan sesama agama perlu ditekankan bagi menangani isu tersebut. Pembentangan wacana tersebut boleh diikuti di sini. 

 

Wacana Ketiga bertajuk “Perkongsian Pengalaman dan Konsultasi Penyelesaian Terrorisme” mengundang penampilan khas YBhg. Ustaz (Dr.) Abdullah Jalil, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga merupakan ahli kaunseling tahanan ISA dan POTA. Beliau menjelaskan gerakan esktrim militan ‘bertopengkan’ Islam di seluruh dunia menganut ideologi Salafi-Wahabi Jihadi-Irhabi. Ianya diperakui bukan sahaja oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, bahkan penyelidikan universiti, negara-negara dan dunia antarabangsa, serta ulama’ mereka sendiri. Ideologi ini mengkafirkan semua umat islam yang tidak mengikut tauhid mereka, menghalalkan darah mereka, mendakwa mereka kekal di dalam neraka dan mewajibkan “jihad qital” terhadap mereka. Ideologi yang melahirkan ekstrimis inilah yang perlu ditangani supaya ia tidak lagi melahirkan kumpulan terroris baru. Beliau mengesyorkan peserta memperhatikan perubahan sikap ahli keluarga dan hubungi pihak polis jika telah serius. Manakala, pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang secara tegas.  Pembentangan wacana tersebut boleh diikuti di sini.

 

 

Wacana ini menarik muka baru seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru disiplin sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Kuala Lumpur. Ia dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Yaakob Abdul Rahim, Timbalan pengarah Operasi mewakili Pengarah JAWI. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohamed Nor bin Haji Salleh, Ketua Sektor Pendidikan Islam, mewakili Pengarah JPWPKL dan Tuan Haji Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Wacana telah berjalan lancar, bermula daripada 8.30 pagi, dan berakhir pada 4.30 petang.

 

 

Sebagai tindakan susulan, kerjasama strategik antara JAWI, JPWPKL dan Masjid Negara melancarkan “Kempen Keganasan Tidak Beragama” bagi Tahun 2017.

 

 

NoTerrorisme1 NoTerrorisme3
 NoTerrorisme4  NoTerrorisme6
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com