Imsak
5.29
|
 Subuh
5.39
|
 Syuruk
7.01
|
Zohor
1.14
|
Asar
4.38
|
Maghrib
7.22
|
Isyak
8.37

Gotong Royong Masjid Abu Ubaidah Al jarrah Anjuran Pusat Zon 4

 
IMG-20170312-WA0052 1

 

17 Mac 2017 (Jumaat) - Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah,dengan kerjasama Pusat Zon 4 Bahagian Pengurusan Masjid,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kelab Kebajikan Kehormat Rela Daerah Sentul telah mengadakan Program Gotong-Royong pada 12 Mac 2017.

Program ini telah dapat mengumpul sukarelawan  terdiri daripada Pasukan Rela Daerah Sentul seramai 50 orang,remaja 10 orang dan para Jemaah di samping barisan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid dan pegawai. Kerja-kerja pembersihan melibatkan kawasan dalaman dan luaran masjid seperti mengecat siling, membersihkan kipas, memvakum, membuang sampah, membersihkan tandas dan tempat wudhuk, mengecat pagar dan sebagainya. Program ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.

Program sebegini mampu mendekatkan masyarakat dan para Jemaah kepada masjid dan menerapkan rasa cinta di hati mereka terhadap masjid.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Fauzi Bin Haji Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa

 

IMG-20170312-WA0073 IMG-20170312-WA0087
IMG-20170312-WA0079 P 20170312 083340
   
   


Disediakan Oleh:


Pusat Zon 4,

Bahagian Pengurusan Masjid

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com