Imsak
5.31
|
 Subuh
5.41
|
 Syuruk
6.59
|
Zohor
1.02
|
Asar
4.24
|
Maghrib
6.59
|
Isyak
8.12

Kursus Tahsin Al-Quran Mantapkan Lagi Teknik Bacaan Qari/Qariah & Hafiz/Hafizah Wilayah Persekutuan

 
tahsin20176

 

17 Mac 2017 | 18 Jamadilakhir 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Tahsin Al-Quran dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan pada 14 – 16 Mac 2017 bertempat di Dewan Muslimat dan Bilik Seminar Anjung C. Kursus 3 hari tersebut melibatkan seramai 45 orang Qari, Qariah serta Hafiz dan Hafizah dari sekitar Wilayah Persekutuan termasuk mereka yang akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Hafazan & Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Melaka pada awal April 2017 nanti.

Kursus telah dibahagikan kepada 2 kelas (Qari/Qariah & Hafiz/Hafizah) melibatkan keseluruhan sebanyak 20 sesi yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas mewakili bidang-bidang kepakaran masing-masing antaranya, Al-Fadhil Ustaz Nik Azizan bin Dato Nik Ja'afar (Hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan), Al-Fadhil Ustaz Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah (Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1437H), Al-Fadhil Ustaz Hasim bin Harun (Pensyarah Institut Perguruan Islam), Al-Fadhil Ustaz Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim (Pensyarah USIM), Al-Fadhil Ustaz Amru Alhaz bin Adnan (Imam Masjid Negara), Al-Fadhil Ustaz Muhammad Zaki bin Ab. Rahman (Pensyarah Darul Quran, Jakim) dan Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Noh bin Wan Hamat (Pesara Guru Agama).

Majlis perasmian penutupan kursus dijalankan pada 16 Mac 2017 bertempat di Dewan Muslimin Masjid Wilayah Persekutuan dan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI dengan diiringi oleh Tuan Haji Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Zamri bin Abdul Halim selaku wakil Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan. Kursus berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

 

tahsin20171 tahsin2017
tahsin20172 tahsin20173
   
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com