Imsak
5.40
|
 Subuh
5.50
|
 Syuruk
7.10
|
Zohor
1.12
|
Asar
4.34
|
Maghrib
7.08
|
Isyak
8.23

Program “Love Masjid” Cintai Masjid Ambang 2017

LoveM pl1

31 Disember 2016M / 1 RabiulAkhir 1438H (Sabtu) – Masjid Mua’adz Bin Jabal (MMBJ) Setiawangsa Kuala Lumpur telah mengadakan Program “Love Masjid” Cintai Masjid bersempena diambang tahun baru 2017.

Majlis bermula pada jam 7.30 pagi hingga 9.15 malam. Di antara pengisian pada sesi pagi diadakan aktiviti memanah,pertandingan ping pong terbuka dan gunting rambut percuma sempena “back to school” pelajar darjah 1 hingga darjah 6.

Sessi tengahari, penyampaian sumbangan kepada anak-anak asnaf surau-surau di bawah pentadbiran kariah MMBJ yang disempurnakan oleh YB Dato’ Ahmad Fauzi Zahari (Ahli Parlimen Setiawangsa) dan Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim (Timbalan Pengarah ,Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) kepada 150 orang anak-anak asnaf darjah 1 hingga darjah 6.

Majlis Pelancaran kalendar MMBJ tahun baru 2017 dan penyampaian hamper kepada pemenang acara memanah dan pertandingan pingpong turut dilaksanakan selepas sumbangan kepada anak-anak asnaf.

Program diteruskan selepas solat Maghrib dan Isyak berjamaah dengan Ceramah Khas sempena persiapan tahun baru  dan program kerohanian ,Qiamullail, “chit chat subuh” mengakhiri program “Love Masjid” ,satu hari bersama MMBJ. Dianggarankan 1500 orang Jemaah yang hadir bagi memeriahkan program ini.

Turut hadir menyerikan majlis adalah Datin Natila (Isteri YB Parlimen Setiawangsa), Encik Che Marwan Che Desa (Pengurus DBKL Cawangan Setiawangsa),Ustaz Mohd Fadli Zain (Timbalan Pengerusi MMBJ), Jawantankuasa Surau-surau pentadbiran MMBJ dan para Jemaah Masjid Mu’adz bin Jabal.

LoveM g1 LoveM gr1
LoveM IMG-20161231-WA0022 LoveM p2
 

Disediakan Oleh:
Masjid Mua’adz bin Jabal ,Setiawangsa K.Lumpur
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 4

Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com