Imsak
5.31
|
 Subuh
5.41
|
 Syuruk
6.59
|
Zohor
1.02
|
Asar
4.24
|
Maghrib
6.59
|
Isyak
8.12

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Setiawangsa Tahun 1438H

IMG 2294

7 Januari 2017 (Sabtu) – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Setiawangsa 1438 Hijrah telah berlangsung bertempat di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sebanyak 1500 orang yang terdiri daripada 32 Kontijen masjid/surau dan NGO telah turut serta dalam perarakan Maulidur Rasul MAPEMS.

Majlis yang dirasmikan oleh YB. Senator Datuk Seri Abdul Halim Bin Abd Samad, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara ini bertemakan ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’.

Peserta yang mengambil bahagian dalam acara perarakan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Setiawangsa bagi tahun 1438H turut dihadiahkan anugerah melalui empat kategori yang dipertandingkan.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Anugerah Pakaian Terbaik yang dimenangi oleh Johan Masjid Solehin, Pulapol, Naib Johan Surau As-Syakirin, Keramat Wangsa dan Tempat Ke-3 Surau Al-Mukmin, Desa Pasifik. Manakala Anugerah Sepanduk Terbaik dimenangi oleh Johan Surau As-Syakirin, Keramat Wangsa, Naib Johan Surau Al-Hidayah, Kelompok Melati dan Tempat Ke-3 Surau At-Taqwa, Air Panas.

Seterusnya Anugerah Keseluruhan Terbaik Kanak-Kanak telah dimenangi oleh Sekolah Rendah Agama Muaz Bin Jabal dan Anugerah Keseluruhan Terbaik Dewasa dimenangi oleh Surau Jumaat As-Syakirin, Keramat Wangsa.

Turut hadir, YB. Dato Ahmad Fauzi Bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa, YBrs. Tuan Haji Yaakob Bin Abd Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. Che Marwan Bin Che Desa, Pengurus DBKL Cawangan Setiawangsa dan YBrs. Ustaz Wan Yusuff Bin Wan Ishak, Penyelaras Pusat Pentadbiran Zon 4 JAWI merangkap Pengerusi Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa serta NGO yang terlibat.

IMG 2013 IMG 2015
IMG 2017 IMG 2046
IMG 2095 IMG 2050
IMG 2134 IMG 2230

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com