Imsak
5.31
|
 Subuh
5.41
|
 Syuruk
6.56
|
Zohor
1.01
|
Asar
4.18
|
Maghrib
7.00
|
Isyak
8.10

JEMAAH IBU KOTA DALAMI ILMU PENGURUSAN JENAZAH

 

WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.15.42 AM

12 MAC 2017 (AHAD) - Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota dengan kerjasama Pusat Zon 2 JAWI telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Dewan Seminar, Masjid Ibn Abbas, Jalan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan slot pengenalan pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Ust. Mohd Marngi Bin Wasim dan pada slot kedua praktikal mandi dan juga mengkafan jenazah yang dikendalikan oleh fasilitator dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI iaitu Ust Mohd Shafiq dan Ustazah Raisah. Seramai 80 orang anak kariah telah mengambil bahagian dalam kursus ini, dan keseluruhan peserta memberikan komen dan juga respon yang positif terhadap kursus ini kerana sangat bermanfaat dan memberi input yang sangat berguna untuk dipraktikkan pada masa hadapan.

Turut hadir menyerikan majlis adalah Y.Bhg. Ust. Mohamad Fazli Bin Zain, Ketua Penyelaras, Pusat Zon 2 JAWI yang telah merasmikan Majlis Perasmian Penutup serta menyampaikan cenderamata kepada peserta kursus dan juga fasilitator. Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari.

.

 

WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.18.29 AM WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.20.09 AM
WhatsApp Image 2017-03-13 at 9.10.06 AM WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.18.31 AM 1
   


Teks dan Foto Disediakan oleh:
Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com