Imsak
5.31
|
 Subuh
5.41
|
 Syuruk
6.56
|
Zohor
1.01
|
Asar
4.18
|
Maghrib
7.01
|
Isyak
8.11

Ceramah Khas Maulidur Rasul 1438 Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri

SMRIS1

 

29 Disember 2016M / 29 Rabiul Awal 1438H (Khamis) – Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri telah mengadakan Ceramah Khas Maulidur Rasul 1438H/2016M bertempat di Dewan Solat Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Majlis bermula pada jam 7.30 malam hingga 9.30 malam. Majlis dimulakan dengan  solat maghrib berjemaah, Persembahan Selawat oleh Imam dan Bilal Masjid Al-Imam Ash-Shafie yang diketuai oleh YBhg Ustaz Haji Ibrahim bin Abdullah Fadzil (Imam Ratib Masjid Al-Imam Ash-Shafie) dan Ceramah Perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Azman Syah bin Ilyas, (PU Azman). Tajuk yang disampaikan adalah “UKHUWWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN UMMAH”. Pada ceramah tersebut,penceramah menekankan tentang sunnah-sunnah rasul yang ditinggalkan oleh kita semua.300 orang Jemaah yang hadir bagi memeriahkan ceramah ini.

Hadir sama pada ceramah khas ini Y.Bhg Tuan Haji Mohamad Nor Bin Ibrahim,Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Imam Ash-Shafie,barisan Jawatankuasa dan Pegawai serta kakitangan Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

SMRIS2 SMRIS3
SMRIS4 SMRIS5
SMRIS6 SMRIS7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com