W3C Tema Biru Tema Jingga Tema Merah Tema Hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
17 ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ Jamadilakhir 1435

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan



Dewan Muktamar direka untuk pelbagai kegunaan acara yang membolehkan penganjur mengendalikan program seperti perasmian, bual bicara, program terbitan tv dan sebagainya.

Dewan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu atas dan bawah serta dilengkapi kemudahan yang menjanjikan keselesaan terhadap pengunjung.
 
Kemudahan Yang Ditawarkan:
  • Sesuai bagi acara berskala kecil dan sederhana yang boleh memuatkan sehingga 1000 pengunjung.
  • Pentas yang boleh memuatkan backdrop
  • Peralatan audio-visual
  • Sistem pencahayaan
  • Bilik VVIP
 



 
Temuduga Tauliah Kebenaran Menyembelih Siri 1/2014
alt
 
18 Mac 2014 (Selasa) – Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan sesi Temuduga Tauliah Kebenaran Menyembelih Siri 1/2014 yang bertujuan untuk memberikan Surat dan Kad Kebenaran Menyembelih kepada jurusembelih yang bekerja di premis sembelihan sekitar Kuala Lumpur.
 
Sesi Temuduga Tauliah Kebenaran Menyembelih ini bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam yang dihadiri seramai 40 orang pemohon yang terdiri daripada jurusembelih yang memperbaharui dan permohonan baru Tauliah Kebenaran Menyembelih. Terdapat tiga sesi yang perlu dihadiri oleh pemohon tauliah iaitu sesi penilaian bertulis, sesi temuduga dan diikuti dengan sesi praktikal penyembelihan. Panel temuduga terdiri dari pegawai-pegawai dari Bahagian Penyelidikan JAWI yang diketuai oleh Ustaz Abd. Fatah bin Yusof.
 
Sesi temuduga ini berjalan dengan lancar dan jayanya dengan mendapat kerjasama yang amat baik dari panel penemuduga, urusetia penyembelihan dan para pemohon tauliah. Diharap semoga siri yang berikutnya akan lebih baik lagi.

alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan, JAWI

Operasi Cegah Maksiat bersama Pelajar-Pelajar Univesiti Islam Antarabangsa 

alt

12 APRIL 2014 ( SABTU ) - Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah mengadakan Operasi Cegah Maksiat Bersama  21 orang pelajar Kelab Titian Wahyu,Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak,Kuala Lummpur.Sesi taklimat telah di adakan pada jam 11.30 malam pada 12 April 2014.Sessi taklimat telah diadakan di bilik mesyuarat Bahagian Penguatkuasaan pada jam 11.30 malam bertempat di bilik mesyuarat Bahagian Penguatkuasaan JAWI.Operasi bermula jam 12.30 pagi menuju ke Taman Tasik Titiwangsa dan Hotel-hotel di sekitar Kepong Kuala Lumpur. Operasi berakhir pada jam 5.00 pagi.Seramai 12 pasangan telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 Kesalahan Khalwat,Seksyen 27 Akta 559 (Siri 09/14) dan Kesalahan Perbuatan tidak sopan di tempat Awam,Seksyen 29 Akta 559 (Siri 08/14).
alt alt
alt alt

Foto oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan
Teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat  Wilayah Persekutuan 1435H 2014M

alt

11 APRIL 2014 ( JUMAAT ) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran kali ke 42 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta Kuala Lumpur, Majlis bermula pada jam 5 petang hingga 11.30 malam. seramai 10 orang Peserta telah mengambil bahagian pada malam tersebut.
 
Johan bagi kategori Qari disandang oleh Encik Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad 40 , Pensyarah Pendidikan Islam Kolej Universiti Antarabangsa(KUIS) dan Johan bagi kategori Qariah disandang oleh Puan NorAmalina binti Alias 32, Pensyarah Politik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI ) . Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 ,piala pusingan, pakej umrah,senaskah Al-Quran dan hadiah iringan serta sijil penyertaan.
 
Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Dato' Hj Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya. 


alt alt
alt alt

Foto oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan
Teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan

MULTAQA GURU-GURU SRA DAN KAFA JAWI 2014

Multaqa Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Dan Kelas Al-Quran & Fardhu Ain JAWI 2014
alt
 
3 April 2014 (Khamis) – Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Multaqa Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Dan Kelas Al-Quran & Fardhu Ain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam.

Program dimulakan dengan ceramah yang bertajuk ‘Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)’ yang disampaikan oleh Puan Siti Halimah Binti Syed Nordin, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Objektif program ini diadakan bagi memberikan informasi terkini berkaitan dasar-dasar Pendidikan Negara disamping menghargai sumbangan warga pendidik JAWI di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan. Program yang dihadiri seramai 1200 orang guru SRA dan KAFA ini telah dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B).
 
Dalam majlis yang sama, seramai 657 orang guru KAFA dan 56 orang guru SRA Elaun menerima insentif berupa bantuan kewangan sebanyak RM500.00 seorang. Sumbangan  yang berjumlah RM356,500.00 keseluruhannya adalah peruntukan daripada Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Insentif ini merupakan antara usaha JAWI untuk menjaga kebajikan guru-guru KAFA dan SRA di Wilayah Persekutuan.
 
Dengan pemberian sumbangan tersebut, diharapkan semua warga pendidik SRA dan KAFA di Wilayah Persekutuan akan terus meningkatkan usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan menjadi pemimpin masyarakat yang boleh dicontohi.

Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI dan YBhg. Dato’ Razali Bin Shahabuddin, Timbalan Pengarah JAKIM, Bahagian Pembangunan Insan.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Unit Pengurusan Sekolah
Bahagian Pelajaran

Artikel lagi...

Muka 1 dari 48

Mula
Sblm
1
TEXT_SIZE