05:57
Subuh
07:34
Dhuha
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

BENGKEL SEMAKAN MODUL KELAS PENGAJIAN MUALAF 1446H/2025M

497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n

26 JUN 2025M | 29 ZULHIJAH 1446H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kompleks Darul Hidayah, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Bengkel Semakan Modul Kelas Pengajian Mualaf. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini bermula pada 24 hingga 26 Jun 2025 bertempat di Copthorne Hotel Cameron Highlands, Brinchang Pahang

Objektif bengkel ini dilaksanakan untuk menyemak, menambah baik dan menyeragamkan modul pembelajaran bagi kelas pengajian mualaf di Wilayah Persekutuan agar lebih relevan dan berkesan. Tambahan lagi Modul yang sedia ada ini perlu disemak semula selepas digunapakai sejak 2017 yang lalu agar seiring dengan subjek yang diajar dengan peruntukan masa yang ada.
 
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang turut menyampaikan amanat dan komitmen JAWI dalam memperkasa pengajian mualaf sebagai salah satu agenda dakwah utama.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan bengkel ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu pendidikan dan bimbingan terhadap saudara-saudara baharu Islam.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

497469630 1078054457471728 2934641180399494159 n 497839064 1078054437471730 6957539397860468244 n
497981821 1078054514138389 633007135253307003 n 497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar