05:57
Subuh
07:34
Dhuha
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

BENGKEL PENYEDIAAN SOALAN TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN TAHUN 1446H/2025M

497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n

25 JUN 2025M | 28 ZULHIJAH 1446H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Bengkel Penyediaan Soalan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Tahun 1446H/2025M. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini bermula pada 23 hingga 25 Jun 2025 bertempat di Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik, Bentong, Pahang.

Bengkel ini diadakan khusus untuk merangka dan menggubal soalan-soalan untuk Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat saringan dan peringkat negeri untuk tahun 2025. Pelaksanaan bengkel ini juga bagi memastikan soalan yang dibangunkan berkualiti dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Sekretariat Induk Peringkat Kebangsaan bagi penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran.
 
Pelaksanaan bengkel terbahagi kepada dua(2) kategori iaitu kategori tilawah dan kategori hafazan. Kategori Tilawah melibatkan 4 orang Panel Penggubal yang dijemput khas antaranya Tuan Haji Abdul Karim bin Zakaria, Tuan Haji Abdul Khair bin Jalil, Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim dan Tuan Haji Mohd Nidzomuddin bin Ahmad.
 
Manakala bagi kategori Hafazan pula, Panel Penggubal yang terlibat ialah Tuan Haji Othman bin Muda, Tuan Haji Ahmad Mujahid bin Salleh Sani, Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman dan Ustaz Malik bin Ahmad.
Semoga penganjuran bengkel ini dapat mencapai objektif dalam membantu JAWI menghasilkan soalan-soalan yang berkualiti dan berpiawaian mengikut standard yang ditetapkan.

Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

497469630 1078054457471728 2934641180399494159 n 497839064 1078054437471730 6957539397860468244 n
497981821 1078054514138389 633007135253307003 n 497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n
497957527 1078054557471718 458075638397361845 n 513713558 1111046914172482 3832262920003053004 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar