05:57
Subuh
07:34
Dhuha
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

SAMBUTAN MAAL HIJRAH BERSAMA KLIEN 'ILAJ HOME

497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n

27 JUN 2025M | 1 MUHARAM 1447H (JUMAAT) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan ‘Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah dan Surau As- Sofa telah menganjurkan Sambutan Maal Hijrah bersama klien ‘Ilaj Home bagi tahun 2025M/1447H. Program yang telah dihadiri klien dan warga 'Ilaj Home seramai 30 orang peserta ini bertujuan untuk mengingati dan menghayati serta mengambil ibrah daripada peristiwa penghijrahan Rasullullah SAW dan para sahabat baginda.

Selain itu, program ini juga diadakan sebagai motivasi dan galakan kepada klien untuk terus membuat perubahan ke arah yang lebih positif, disamping membentuk jati diri muslim dalam diri klien serta melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa.

Program dimulakan dengan Solat Dhuha berjemaah, zikir munajat dan Kuliah Dhuha yang dipimpin dan disampaikan oleh YBrs. Ustaz Jais Mariappan bin Abdullah, Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM dengan tajuk "Masih ada Sinar" . Program turut diserikan dengan ucapan amanat daripada YBrs. Ustazah Mazliza Suriayana binti Dollah, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan 'Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah mewakili Ketua Penolong Pengarah 'Ilaj Home. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah.

Semoga program ini dapat memberi inpirasi dan dorongan kepada peserta untuk terus kekal bersemangat bagi menjalani rawatan dan pemulihan di 'Ilaj Home.

Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

497469630 1078054457471728 2934641180399494159 n 497839064 1078054437471730 6957539397860468244 n
497981821 1078054514138389 633007135253307003 n 497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n
497957527 1078054557471718 458075638397361845 n 513713558 1111046914172482 3832262920003053004 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar