PROGRAM PSIKOSOSIAL - KRAFTANGAN LUKISAN
28 JUN 2025M | 2 MUHARAM 1447H (SABTU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Unit Psikologi, Cawangan ‘Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah telah melaksanakan program psikososial bertemakan Kraftangan Lukisan yang melibatkan penyertaan aktif daripada kalangan klien. Program ini merupakan antara aktiviti yang disusun khas untuk klien di 'Ilaj Home bagi sesi 2025 berdasarkan modul rawatan dan pemulihan sedia ada. Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada peserta untuk mengekspresikan diri melalui seni visual, dengan penggunaan warna sebagai medium untuk meluahkan emosi dan pengalaman yang sukar dizahirkan secara lisan.
Selain itu, program ini turut menjadi wadah interaksi sosial yang positif dalam suasana yang selamat dan menyokong, serta membantu meningkatkan keyakinan diri peserta melalui penghargaan terhadap hasil karya masing-masing. Sesi diakhiri dengan pembentangan hasil lukisan dan sesi bergambar sebagai tanda kenangan.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan sebagai salah satu bentuk sokongan psikososial yang berkesan dalam membantu proses pemulihan klien, di samping memupuk rasa percaya diri dan semangat kebersamaan dalam kalangan mereka.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan