05:57
Subuh
07:34
Dhuha
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

SESI TAKLIMAT SPPIM 2.0 BERSAMA PENGARAH JAWI

1000402766
 
26 Jun 2025M | 29 Zulhijjah 1446H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan satu sesi taklimat berkaitan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) bersama Pengarah JAWI dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di JAWI Putrajaya.
 
1000402787
 
Taklimat yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang ini bertujuan memberikan pendedahan lanjut kepada Pengarah JAWI berkenaan pelaksanaan serta penambahbaikan SPPIM, selaras dengan usaha pemerkasaan sistem pengurusan perkahwinan Islam yang lebih efisien dan mesra pengguna.
 
1000402778
 
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Rosnahni binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Antara yang turut hadir dalam sesi ini ialah Pn. Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, En. Mohd Suhaimi bin Mohd Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Putrajaya, dan beberapa pegawai kanan serta kakitangan BPPK dan JAWI Putrajaya.
 
1000402760
 1000402775
 
Sesi ini juga membuka ruang perbincangan secara langsung antara pihak pelaksana dan kepimpinan JAWI dalam memastikan SPPIM terus relevan serta memenuhi keperluan semasa masyarakat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
 
Segala komitmen dan sokongan yang diberikan dalam sesi taklimat ini amat dihargai dan diharapkan dapat memacu penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan perkahwinan Islam di peringkat jabatan.
 
 
 
BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK)
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar