SAMBUTAN HARI BAPA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2025
21 JUN 2025M | 24 ZULHIJAH 1446H (SABTU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dan Pejabat Cawangan Segambut, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Bapa Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2025. Program yang bertemakan "Ayahku Kapten Keluarga dan Bapa Mithali: Keluarga dan Komuniti Sejahtera" bertempat di Dewan As-Syafie, Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
Program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada Yayasan Kebajikan Negara(YKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur. FAMA Negeri Selangor, WPKL & Putrajaya, Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Wilayah PersekutuanKuala Lumpur & Putrajaya(JKWPKL&P), Jabatan Penguatkuasaan DBKL, dan Danone Specialized Nutrition (M) Sdn Bhd.
Program yang berobjektifkan mengiktiraf peranan bapa dalam keluarga sebagai qawiul amin, menyemai hubungan erat antara bapa dan keluarga, meningkatkan penghayatan nilai Islam dalam institusi keluarga serta menggalakkan peranan bapa dalam pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.
Program dimulakan dengan aktiviti senaman pagi diikuti dengan Pertandingan Sukaneka keluarga melalui permainan seoerti isi air dalam botol, kerusi berirama dan lain-lain. Aktiviti lain yang seiring dijalankan adalah acara Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak kategori berumur 4-8 tahun dan 9-12 tahun. Selain itu, turut diadakan Pertandingan Kuiz Kenali Bapa dan Pertandingan Permainan Minda bagi remaja berumur 13-24 tahun.
Para peserta turut dihidangkan sesi Pocket Talk bertajuk: Bapa Mithali: Keluarga dan Komuniti Sejahtera oleh Ustaz Mohamad Amirul Amin Maula LokmanHakim atau dikenali PU Amin.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah, JAKIM merangkap Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Turut hadir YBrs. En. Abdul Halim bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) mewakili Ketua Pengarah LPPKN, YBrs. Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI) mewakili YBrs Pengarah JAWI, yang menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Rosini binti Abd Samad, Bendahari, Masjid At-Taqwa (TTDI) dan YBrs. En. Mohamad Azhar bin Abdul Rahman, Penolong Jurutera Kanan, Pejabat Cawangan Segambut (DBKL).
Program diakhiri dengan penyampaian hadiahkepada para pemenang dan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan. Program telah dihadiri oleh 300 orang peserta yang terdiri daripada ibubapa dan anak-anak.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan